Makan Nasi Arab di Zaituna JB - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 5, 2024

Makan Nasi Arab di Zaituna JB

Kelmarin sebelum hantar si abang balik asrama, 
Suami MY bawa kami sekeluarga makan tengah hari di Zaituna Restaurant JB,
Kami keluar awal sikit, 
Saja je..
Biar abang balik awal sikit,
Duduk rumah langsung tak tengok buku. 
Seminggu cuti sekolah,
Seminggu la dia berpesta loka,
Main gitar, main PS, main handphone seharian..

Mama Yan, suami MY dan Moq minum ice lemon tea,
Order satu juga terus.


Ucid, Aril, Sarah dan Abang kongsi air Barbican ni.
Pada MY tak sedap lalu air ni,
Dah la mahal.
Sebotol kenit tu RM 8.

Kami order 2 set dulang 2 lamb 2 chicken.
Memang selalu ambil set dulang ni je,
Memang ngam ngam untuk kami satu keluarga.
Tapi hari tu,
Suami tambah lagi half chicken grilled,
Tapi chicken grilled tu takde gambar la,
Masa sampai,
MY tengah makan,
Tak kuasa nak keluarkan handphone untuk ambil gambar.

Selepas berbagai bagai cadangan nak makan kat mana keluar sebelum kami bertolak,
Akhirnya, kami semua ikut cadangan ayah.
Makan nasi arab zaituna.
Suami MY nak makan nasi,
Perut Melayu Jawa kan…
Kalau tak makan nasi dalam sehari tu,
Kiranya seharian belum makan.
Walaupun dia dah melahap ayam goreng ke, 
Burger ke, roti ke, chicken chop ke…
Tetap kira belum makan.
Kami pun gembira je dapat makan nasi Arab,
Nak nak isterinya ni,
Double gembira. 
Gembira dapat makan sedap satu hal.
Gembira tak payah masak satu hal…


Mama Yan team satu dulang dengan suami, Sarah dan Aril.
Satu dulang lagi, Abang, Moq, Ucid dan Mijan.
Punyalah abang dan Moq tu dah membesar,
MY terpaksa eksport sikit nasi dari dulang kami ke dulang diorang,
Diorang tak cukup nasi.. hahaha..
Mujur suami order tambahan lauk lagi,
Sebab semuanya habis licin.
Tinggal tulang dan bawang aje… hehehe

Satu dulang ni ada tiga jenis nasi,
Tapi lidah MY ni boleh digest satu rasa je untuk tiga jenis nasi ni… 
Rasa sedap je…
Apa bezanya Mama Yan pun tak perasan.. hahaha

Masa kami tengah makan tu,
Kiri kanan meja kami tu diapit oleh budak kecik menangis,
Meja kanan nangis,
Meja kiri nangis,
Punyalah hingar,
Tapi mak bapak zaman sekarang cool aje makan walaupun anak menjerit macam nak terkeluar isi perut,
Masa MY dan suami anak kecik kecik dulu,
Kelam kabut masing masing makan, 
Siapa siap dulu, 
Pujuk anak, bawa keluar dari kedai,
Supaya tak ganggu orang,
Kadang tu memang makan bergilir gilir,
Sorang layan anak,
Sorang makan dengan tenang,
Lepas tu sorang lagi layan anak,
Sorang lagi makan dengan tenang.
Parenting mak bapak muda sekarang memang luar biasa,
Tapi hingar dan bingit macam mana pun,
Kami makan habis dua dulang juga..hahaha
Dah imun dengan bunyi budak nangis.


Ni tempat basuh tangan kat restoran tu,
Betul betul konsep timur tengah la kiranya,
Dengan dinding batu batunya…
Kepala paip tembaga berukir ukirnya,
Tapi cacat pula ada botol Harpic kat situ..

Syarikat kami pernah ada orang kaya minta bagi sebutharga untuk bina banglo dia,
Berkonsepkan Timur Tengah…
Suami MY angkat tangan surrender terus,
Tak berani oii…
Bukan kami punya kepakaran… hihihi
Kalau buat runah biasa biasa boleh la,
Siap konsep konsep,
Memang pening, memang confirm nanti bertaki dengan team ID dia… hahaha
Kita buat je lanikut kepakaran kita…
Tak bersedia, jangan buat.
Nanti menyusahkan orang dan diri sendiri je…
Okaylah… Sekian, wassalam



 

8 comments:

  1. sedapnya.. baru nampak rest arab nak buka hari tu, lama gak x makan nasi arab ni...

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan nasi Arab... Sedap ni makan, makan dgn anak² pulak mmg terbaiklah

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap..X pernah makan kat Zaituna lagi..nanti l ajak suami kalau balik sana

    ReplyDelete
  4. Hahaha.. sama la tu, sehari tak makan nasi rasa tak lengkap. Bukan tekak jawa jer macam tu, tekak org Msia mmg mcm tu MY. Bagus ngam cukup la family MY, 8 org, ngam² 4 org sedulang. Pandai pulak tu letak ahli dulangnya. Mijan tak kisah pulak tak makan bawah ketiak mama ya.

    Hurmmm, lama tak makan kat Zaituna.

    ReplyDelete
  5. Saya paliiiing suka nasi arab begini ❤️❤️❤️. Apalagi kalo bumbu dia strong, lagi sedap. Lupa nak diet yg ada 🤣

    Memang kak, pola parenting zaman skr beda sikit kan. Saya dulu pun merasa tak enak kalo sampai anak menangis, takut ganggu yg lain.

    Krn itu dulu kami gantian makan juga dengan babysitter. Selesai saya makan, babysitter makan dengan tenang. Saya ajak anak kluar dulu, JD tak ganggu orang lain kalo dia menangis.

    Memang anak saya jarang cranky, tp kan ada juga waktu yg dia tak nyaman di tempat baru.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad