Pokok Bidara - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, June 3, 2024

Pokok Bidara

 

Pokok bidara yang kami tanam dalam pasu beberapa tahun lepas dah membesar dengan jayanya di sudut hujung pagar.
MY rasa,
akarnya dah terkeluar dari bahagian bawah pasu rasanya.
Lain macam dia punya gemuk tu.
Dah mendongol ke luar pagar tu.
Suami MY alihkan ke sudut hujung pagar tu sebab anak anak tak main kat kawasan hujung tu.
Lagipun takde orang saja saja lalu kat hujung sudut tu.
Pokok ni banyak duri dan durinya sangat tajam.
Kalau tercucuk memang terasa bisanya.

Bila tengok dari dekat, memang nampaklah pokok ni tengah galak berbunga.
Tapi tak tahulah lekat buah ke tidak.
Orang kata daun pokok ni ada banyak khasiat dari segi perubatan.
Tapi MY beli dulu sebab dia ada buah sebiji macam buah epal tu.
Tapi tu je lah sekali nampak ada buah..
Lepas tu,
Tak nampak berbuah dah...
Harap harap lekatlah buahnya ni..
Jimat duit tak payah beli epal dah ... hahaha
Sebab rasanya seakan akan epal hijau... 

Gambar masa mula beli sekitar Mei 2020






9 comments:

  1. Buah bidara ni favorite PH. Bg PH sedap dari epal sbb isinya gebu. Epal hijau PH tak leh gigit, ngilu 😅
    Tak pindahkan ke tanah ke MY? Mana tau berbuah ...

    ReplyDelete
  2. Boleh dibonsaikan rasanya pokok ni.

    ReplyDelete
  3. Subur pokoknya walaupun hanya tanam dalam pasu.

    ReplyDelete
  4. Dulu kat kampung sebelah rumah guru mengaji ada sepohon bidara besar dan tinggi melepasi atap rumah. Daun tu dia guna juga setiap kali urusan mandi jenazah. Buah rangup dan manis dari pohon dia. Sedap.

    ReplyDelete
  5. wah..besar nya..dlm pasu pun boleh kann

    ReplyDelete
  6. Baru je ada kawan update pokok bidara dia mati sebab seminggu tinggalkan rumah. Kalau tak silap pokok ni boleh mengelakkan sihir jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syirik kalau percaya pokok tertentu boleh elakkan syirik. Syirik dihindari dengan Al Falaq dan An Nas seperti Nabi (saw) khabarkan.

      Delete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad