Pagi semalam,
Mama Yan berkesempatan pergi mendapatkan khidmat salon rambut.
Dalam sebulan ni,
Bukan main gatal lagi kulit kepala.
beberapa kali juga cuba pergi ke salon yang MY pergi sebelum ni,
Tapi tutuplah..
tengah ada customer lah..
Asalnya semalam, Mama Yan dah berhenti dah depan salon rambut yang biasa pergi tu.
Nama salon dirahsiakan.
Lepas MY parking kereta,
Depan kedai tu tauke salon tu tengah marah marah staf dia.
Luar kedai tau.
Dengan muka menyinga dan suara melengking lengking.
Terus Mama Yan tak jadi turun.
Cari kat facebook, Salon muslimah pekan nanas..
Jumpa la iklan ni..
Terus masuk gear kereta..
Tak jadi pergi salon yang lama tu.
Kita pergi cuba salon baru.
MY taknak ulas pasal salon lama,
tapi aksi tersebut memberikan MY satu pengajaran.
Jangan marah marah depan pintu kedai atau rumah waktu pagi,
Rezeki lari lohhh...
Jadinya semalam kita cuba salon baru yang belum pun sebulan beroperasi.
Okay juga la kat dalamnya..
Masuk kena buka selipar..
Eh.. baru perasan.. diorang takde sediakan selipar bulu bulu untuk customer.
Tapi okay aje..
sebab bersih..
sentiasa disapu.
Cuma kalau ada alas kaki disediakan,
lagi best kut.
Cermin dia best ye..
ada lampu keliling.
Salon pun nampak ceria.
Rasa nak beli je cermin macam ni letak kat rumah.
Ada kipas dan aircond juga.
Memang selesa.
Semalam MY buat rawatan kulit kepala.
Kepala MY ni gatal yang amat sangat.
Tak tahu apa kenanya.
Padahal dah lama tak tukar-tukar shampoo.
Ataupun bila dah lama tak tukar shampoo,
dia dah imun sehingga tak mampu merawat atau membersih lagi.
Mama Yan garu kepala sampai luka luka kepala.
Jadi stress sangat.
Kemuncak stress tu bila MY seharian berada dalam seminar hari Sabtu tu.
Kepala MY gatal sangat sangat.
Tak boleh fokus jadinya.
Ni kalau tak jumpa salon baru ni,
Memang MY gigih je bawa kereta ke Skudai cari salon.
tak tahan dah dengan kegatalannya.
Selepas selesai buat scalp treatment..
Rasa lega sangat.
Lihatlah wajah kehappyan kegembiraan Mama Yan yang sudah tidak kegatalan...kahkahkah..
Malam tadi,
boleh la tidur dengan selesa.
Kawasan depan tempat MY ambil gambar ni agak luas juga.
Boleh la kalau nak bawa anak anak kecil sambil set rambut.
Jadi takde alasan la tak sempat pergi cuci rambut sebab takde orang jaga anak.
dan salon ni,
Untuk wanita sahaja okay.
lelaki tak dibenarkan masuk ye.
Salon ni ada di tingkat atas.
Manakala tingkat bawah tu pula,
ada barbershop.
Boleh la sekali jalan..
Hantar isteri cuci rambut, suami potong rambut kat kedai bawah,
lepas tu sambung la menunggu kat kedai makan kat hujung tu...
hihihi..
Orang lelaki potong rambut sap sap sui..
10 ke 15 minit siap.
Orang perempuan...
Habisla tiga cawan teh tarik nasi lemak sepinggan pun tak siap lagi..
cuci, potong, sapu ubat, steam, cuci lagi, keringkan...
belum buat smoothing, rebonding, colouring, perming, keratin dan lain lain lagi
Lepas ni Mama Yan nak datang lagi untuk warnakan rambut pula.
Mama Yan kan kipas tak mati Britney Spears.
Harusla sesekali jadi blondie..
Kahkahkah...
Salon ni terletak di Pusat Perdagangan Pekan Nanas,
Tak jauh dari Masjid Pekan Nanas, Eco Shop, Burger King semua tu.
boleh whatsapp untuk booking slot.
ish marah staff depan kedai pula,hurmmmm
ReplyDeletealhamdulillah dah okey tak gatal dah ye? LM lama tak g saloon rambut. entah bila la rajin nak gi.nak warna rambut, trim rambut..semua nak kena buat
Sudah lama banget gak perawatan rambut di salon, apalagi semenjak berhijab karena tertutup,padahal justru harus lebih perhatian terhadap kondisi rambut, sekali" merawat diri ya .
ReplyDeleteTerus tak lalu nak ke saloon tu bila nampak taukenya marah2... yelah mesti mood dalam saloon jadi tak best kan. Mujur jumpa saloon baru yg menarik tu kan MY.
ReplyDeleteMrs. A dulu pun ada masalah kelemumur teruk sampai terjebak ke Salon color merah yang fofular tu tapi tak jugak berkesan. Last sekali pergi salon kat kampung tu amoi tu salon suggest guna shampoo Head&Shoulder alhamdulillah sesuai dengan Mrs. A hilang kelemumurnya
ReplyDeletebetul2..kelemumur ni kalau dia dtg mmg habis kelapa kita garu sbb terlalu gatal kan..
ReplyDeleteSaya pun tak akan respect kalo seorang atasan marah anak buah di depan customers . Bagusnya kalo nak marah, jangan permalukan dia depan umum lah.
ReplyDeleteSyukur dapat salon lain yg juga bagus ya kak 👍👍. Saya juga ingin sebenarnya ke salon khusus wanita. Tp dekat rumah ini tak ada lah. Jarang sangat salon wanita di sini. Ada, tapi tak banyak dan jauuuh
Wah kalau mama yan jadi blondie ala ala Mat Salleh gitew....
ReplyDeleteHAHAHAHA nak jugak laa jadi blondieee sesekali untuk suamiii ;)
ReplyDeleteLegaaa kan lepas kepala dah tak gatal, ituu yang senyum sampai telinga tuu. Hehehe.
Salam kenal ya mama yan, kita singgah & follow sini tauu
Pernah jugak kena gatal² kepala ni, tukar shampoo jer terus ok. Tak terfikir pulak nak pergi salon, agaknya kalau melarat baru terfikir salon kot.
ReplyDeleteNak marah biarlah tertutup jgn di tmpt terbuka kesian staff tu.. kan dah lari customer.. by the way nampak di situ tak mudah org prmpn nk pergi salon..
ReplyDeleteSy baru saja buat rawatan rambut .. salon sy pergi sini cina.. tetapi dorg ada sediakan bilik utk muslimah... salon muslimah sy pergi sebelum nie tak reply langsung bila tanya nak gunting rambut... lepas nie tau dah ada salon kat pekan nenas
ReplyDelete