Sinopsis High School Return of a Gangster - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, June 20, 2024

Sinopsis High School Return of a Gangster



high school retur of a gangster
 Dah lama tak menonton drama Korea. 
Kali ni MY kembali menonton.
Menarik juga la drama kali ni.
Episod pun pendek je.. ada lapan episod aje.

Drama ni mengisahkan seorang ketua gangster yang tak berpelajaran. Dah berusia 46 tahun, tapi masih gigih nak belajar. Tapi tak ramai cikgu nak ajar dia. Sebab setiap kali belajar… asyik kena kacau aje. Sebab dia gangster kann..

Satu hari, Kim Deuk Pal ni selamatkan seorang pelajar sekolah yang terjun dari jejantas untuk bunuh diri. Apabila dia tersedar, dia berada dalam badan budak sekolah yang bernama Song Yi-heon. 
Melalui tablet milik Song Yi-heon, barulah dia tahu rupanya budak ni mangsa buli di sekolah. Kim Deuk Pal ni pun bertekad untuk memberi wajah dan reputasi baru kepada Song Yi-heon. Memandangkan Yi-heon ni anak tunggal lelaki seorang CEO syarikat pembinaan tersohor. Walaupun bertaraf luar nikah, dia diberikan kad kredit dan kemewahan. Keadaan ini menjadikan setiusaha ayahnya yang bernama Lee Mi-Kyung cemburu. 

Berbagai-bagai usaha yang dibuat oleh Lee Mi-Kyung untuk menghapuskan Song Yi-heon dan ibunya. Tetapi tak berjaya. Dengan imej dan jiwa baru, Sing Yi- heon pula menjadi popular dan disenangi rakan-rakan sekolahnya. 

Song Yi-heon berkawan rapat dengan Choi Se-kyung anak seorang pendakwaraya. Tapi, ayah Se-kyung tidak suka anaknya berkawan dengan Yi-heon. Masa ni Yi-heon difitnah dan hampir memusnahkan segala reputasi dan usaha Yi-heon.

Tapi akhirnya, memang pengakhiran yang menggembirakan la. Okay juga la cerita ni untuk hiburan sampingan. Oh ya.. cerita ni takde heroin. Ada kawan sekelas, ada mak, ada makcik asisten rumah tangga, ada setiausaha jahat. Jadinya, takde la aksi aksi panas atau comolot. Cuma sebagai orang Islam tengok sahajalah sebagai hiburan. Jangan sesekali percaya dengan apa jua kepercayaan mereka.

Mama Yan tonton cerita ni di Viu. Platform lain MY tak berapa pasti pula. Boleh download Viu kalau nak tengok okay.

Tajuk: High School Return of a Gangster 
Bahasa : Korea
Jumlah Episod : 8
Tarikh ke Udara: 29 Mei  - 19 Jun 2024

Pelakon:

Yoon Chan-young sebagai Song Yi -heon
Bong Jae Hyun sebagai Choi Se Kyung
Lee Seo Jin sebagai Kim Deuk Pal




2 comments:

  1. janji takde yg sedih2 kira ok boleh layan

    ReplyDelete
  2. LGS masuk list saya. Yg penting happy ending ceritanya 😄😄. Baru semangat nan nonton.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad