Bawa Anak Mandi di Lotus Desaru Beach Resort & Spa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 15, 2024

Bawa Anak Mandi di Lotus Desaru Beach Resort & Spa



Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Cuti Awal Muharam yang lalu,
MY dan suami bawa anak anak pergi mandi mandi di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Desaru.
Tidur satu malam aje.
Sebab memang datang nak mandi mandi aje.
Dah kecut jari kaki dan tangan,
kita balik lah.
Gambar-gambar kat bilik tak ambil,
Sebab sampai bilik terus salin baju nak pergi mandi.
Lagipun, MY dah pernah review bilik kat sini dalam entry Lotus Seaview Beach Resort, Desaru tahun 2020.
Kami masih ambil suite 3 bilik yang sama.
Harga je dah lain...hahaha


Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Anak anak yang kecik ni..
Memang luar biasa gembira dapat main air.

Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Tengok adik Mijan,
bukan main suka lagi bergurau dengan abang abangnya

Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Tunafoto ayah dan mama,
geramnya la.
Kalau zaman pakai filem kodak,
dah kena cubit dah ni..

Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Fallen coconut.


Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Waterpark kat sini dipanggil SPLASH Water Park.
Tak besar macam A Famosa Water Park atau Sunway lagoon atau Desaru Coast.
Tapi kat sini lebih selesa la...
Sebab dekat je dengan room.
Dari bilik menapak ke waterpark,
Lepas tu, dari waterpark balik semula ke bilik dengan basah basah tu jalan kaki aje.
Tak payah bawa beg baju baju bagai.
Kalau ambil bilik 3 bedroom suite, 
dapat 6 tiket untuk mandi kat sini,
Sebab kami ada 4 dewasa, 4 kanak-kanak,
Kami perlu add on lagi dua tiket di kaunter masuk.
Add on tiket kanak-kanak pun cuma RM10 seorang sahaja.
Okaylah kann...


Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Adik Mijan turun Lazy river dengan ayahnya...
Mama?
Mama turun dua kali petang hari Jumaat tu.
Masa tu belum ramai sangat orang.
Masa Hari Sabtu pagi tu,
Orang dah mula ramai,
MY dah tak mandi sangat,
lebih pada tengokkan anak aje.
Gelunsur air kat sini tak terlalu curam... 
Lifeguard pun ramai.

Jadi, MY lepas aje anak anak main sendiri kat sini,
kecuali Mijan la.
Mandi kat bilik air pun,
kalau kita siram bahagian muka dia,
menjerit macam gelap seluruh alam,
Sangat penakut air.
Sekarang dah kurang sikit,
tapi masih perlu dilatih.
Memang kena kerapkan bawa Mijan mandi mandi sungai atau kolam untuk kurangkan panik dia ni.


Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Kami makan di restoran yang terdapat dalam tu sahaja.
Restoran Teratai namanya.
Harga... memang rabak lah..
Makanan so so..
hahaha..
Jangan marahh...
Ada restoran seafood juga tepi tepi pantai tu..
Tapi macam musykil nak pergi..
sebab ada logo Heineken.

Orang agak ramai,
anak anak dah termenung aje tunggu makanan lambat sangat sampai.
Suasana sekitar nampak meriah sebab ada senaman tarian zumba kat kawasan lapang tu.
Ramai pulak yang layan...

Lepas makan,
suami ajak anak anak bujang jalan jalan lagi,
main main kat arcade..
Tapi Sarah dan Mijan dah takde daya upaya nak berjalan lagi dah.
Mama Yan ajak Mijan ambil gambar kat depan cendawan kawasan depan lobby tu,
sambil tunggu buggy shuttle,
dia boleh buat aksi,
''Mizan dah tak larat''

Sampai bilik, basuskan kaki tangan muka dia,
salinkan baju seluar,
terus lelap.


Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Pagi tu,
Sarapan secara buffet di sana..
satu gambar buffet pun takde..
Ohh... MY tak ambil apa apa gambar sebab Mijan dah start nak tantrum sebab dia nak mandi pool lagi.
Tapi kena la sarapan dulu,
dah mula nak menangis,
mogok taknak makan,
dah mula keraskan badan taknak ikut arahan,
terpaksa la Mama Yan bagi main handphone untuk pujuk.
Tu pasal la takde gambar apa apa..

Sarapan kat sini okay juga pada MY.
Tapi suami MY kata,
Bihun takde rasa,
Nasi lemak tak lemak,
Sambal tak pedas,
ayoyo...
Ucid dengan Aril kerja bangun duduk bangun duduk ulang ambil sarapan macam buffet buka puasa.
Ayahnya pula kata tak sedap.
MY makan apa ye?
Tak ingat dah makan apa...
Habiskan roti canai si abang,
habiskan telur setengah masak ucid ambil macam esok tak jumpa telur dah,
Habiskan nasi lemak tak lemak,
Habiskan sosej Sarah,
Itulah dia mak mak..
Tukang habis habiskan tak kira walau di mana berada...

Lepas selesai sarapan,
Kami tengok laut.
Tapi tak turun kat pasir sebab percutian semalaman tak cukup untuk mandi laut bagai.
kemudian kami balik ke bilik untuk salin baju.
Sepanjang perjalanan balik ke bilik hotel tu la Mijan menangis,
baring atas lantai kereta,
dia ingat dah nak balik rumah kut,
Sampai bilik salin baju mandi, barulah senyum balik semula.
Hai lah anak... macam macam kelaku.

Mandi mandi sampai pukul 11 pagi.
Lepas tu.. naik bilik dan bersiap untuk chek out.
Alhamdulillah..
Semuanya berjalan lancar.
Anak anak seronok, mak pun gembira...
Ayah?
harap ayah bertabahla sementara menunggu gaji hujung bulan ni... hahaha...


 

7 comments:

  1. best anak anak happy.alhamdulillah...

    LM dah lama tak terjun kolam.entah kenapa malas betul nak basah basah kalut salin pakaian bagai padahal kalau cuaca panas syok tu berendam

    ReplyDelete
  2. Wahhhh..Bestnya..Kami pun tgh plan nk beli jiwa anak2 bwk gi mandi kkolam..Tapi nk kena cari date yg sesuai dulu =D

    ReplyDelete
  3. budak-budak kalau dapat mandi pool memang suka sangat lah kan hehe :)

    ReplyDelete
  4. anak2 kalo ada pool mmg suka sgt la...kalo bole tkmo naik kalo panggil...

    ReplyDelete
  5. Kalo dah jumpa waterpark seperti ini, anak saya pun suka. Jangan kan mereka, saya saja suka 😄. Tak masalah tak sebesar escape , yg penting ada ember tumpah, dah cukup 🤣

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad