Cenderahati dari CDM Norazlin Nordin - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, July 25, 2024

Cenderahati dari CDM Norazlin Nordin

Dalam Sahajidah Hai O Marketing,
ada pangkat pangkat dalam MLM,
Jadinya CDM tu adalah singkatan bagi Crown Diamond Manager,
Iaitu pangkat tertinggi dalam sistem Multi Level Marketing tersebut.
Mama Yan dah lama jadi ahli SHOM,
Sekitar tahun 2013 rasanya,
Tapi baru sampai level Sales Manager,
Kenapa?
Sebab tak buat sales pun,
Tak rajin sangat nak jual jual ni,
Rajin beli untuk pakai sendiri je..
Lagipun suami MY tak berapa suka MLM,
eh bukan tak berapa suka..
sangat tak suka MLM...
Jadi MY kurang la berniaga MLM ni.
Kalau MY nak beli untuk gunakan sendiri,
suami takde larangan,
Malahan bagi sponsorship lagi.
Pelik.. tapi itulah kebenarannya..
Dan memang tak naik pangkatlah MY sampai bila bila..
Silap silap naik pangkat jadi nenek sebelum dapat jadi Senior Sales Manager..hahaha

Masa MY pergi ke seminar Menjemput Rezeki,
MY jumpa CDM Norazlin Nordin atau Kak Lin ni..
Kak Lin ni besar sangat jasanya pada Mama Yan.
Beliau ialah Research Officer kepada penilai supervisor tesis Projek Sarjana Muda MY.
Dan beliau banyak tolong MY masa nak buat tesis tu.
Begitulah lebih kurang kisahnya..
Pada MY dia memang seorang yang baik sangat sangat...


Masa jumpa Kak Lin,
Kak Lin bagi MY satu non woven bag berisi cenderahati...
Taraaa...
Ada kerongsang mutiara...
Cantik sangat...
Sebelum ni pernah dapat gelang mutiara, tapi terpelanting entah kat mana..
Balik rumah tengok gelang dah hilang... huhu sedihhh...


Lepas tu dapat Sweetality jenama Hai O.
Sweetality ni pemanis tiruan.
Letak setitik je dalam secawan air,
dah rasa manis.
Sesuai la untuk MY yang ada diabetes ni.
Sweetality ialah pengganti gula berevolusi yang siperbuat daripada gula tebu dengan menggunakan teknologi proprietari Flavour Infusion Factor (FIF). Ia mengandungi 2 komponen utama, iaitu sukrosa berkepekatan tinggi FIF, sukralosa berkepekatan tinggi FIF. Kedua-dua komponen ini digabungkan dengan menggunakan teknologi proprietari FIF.
Ia bukan sahaja menggantikan kemanisan gula tetapi mengekalkan semua sifat-sifat gula, termasuklah kekal stabil pada suhu tinggi dan pH yang berbeza-beza. Tidak seperti pemanis konvensional, Sweetality cukup versatil dan boleh diguna dalam apa-apa jua keadaan seperti penyediaan masakan, bakingdan minuman.
  • Diperbuat daripada ekstrak gula tebu
  • Setiap hidangan (1g) adalah sama manis dengan 1 sudu teh gula biasa
  • Setiap hidangan (1g) memberikan 4kcal manakala 1 hidangan gula (5g) memberikan 20k



Dapat satu botol Pil Nurich Garlic juga.
Dulu dulu memang MY rajin makan pil garlic ni,
Lepas bersalin Mijan,
MY dah mula ada darah tinggi,
jadi malas dah nak makan supplement.
Rasa terbeban sungguh dengan pelbagai jenis ubat dan supplement...hahaha
Dah dapat free ni,
Meh la kita pakat telan pil garlic 2 biji selepas makan, 2 kali sehari


Dan yang paling best,
dapat mug Min Kaffe siap sudu cantik lagi.
Lepas tu,
sayang nak pakai..
MY simpan kat rak aje..


Terima kasih banyak banyak Kak Lin..
Walaupun dah lebih 10 tahun tak naik naik pangkat,
tapi layanan tetap sama macam dulu..
hahaha...
 

10 comments:

  1. sama lah linda...pakai amway..tapi, untuk kegunaan sendiri, kalau orang kirim..kita belikan...kikiki

    ReplyDelete
  2. Mmg cantik & soft je warna kerongsang tu =D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tahniah dapat cenderahati :D
    MLM kan.. ramai juga yg tak suka hahaha.. family saya pun siapa yg join any MLM mmg kena ceramah la dengan yg senior huhuu..

    ReplyDelete
  4. Arwah bapak akak dulu aktif dengan Hai O ni, entah dapat pangkat apa ada pakai selimpang naik pentas. Tapi takde sorang pun anak yang ngikut join Hai O.

    Cantik mug tu Yan, gunalah. Rugi simpan je.

    ReplyDelete
  5. bertuahnya MY sbb masih diingati oleh kwn2 lama... dpt hadiah lagi tu...

    ReplyDelete
  6. Baguuus nya ada upline yg masih selalu perhatian terhadap downline dia 👍👍. Memang tak mudah jualan MLM ini. Saya pun pernah jadi member tp hanya utk pembelian pribadi 😅

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.. ye la cantik mug tu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad