Digital Walkman Sony - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, July 9, 2024

Digital Walkman Sony

Kebelakangan ni,
cukup m.a.l.a.s nak menulis di blog.
Semuanya yang berlaku berlalu bagai angin.
kurang rajin nak capture moment,
kurang rajin nak menulis,
kurang rajin nak mengarang,
Ingatkan balik dari Seminar Minda magnet Rezeki semakin rajin dan berkobar kobar...
Tapi semakin teruk rupanya perangai.
Ya Allah ampuni Nabila...



 Masa Yan muda-muda remaja dan masih bersekolah dulu,
Teringin sangat nak memiliki walkman,
Tapi apakan daya…
tak mampu.
Nak minta pun tak berani,
Kita sedar la diri kita bukannya anak orang senang.
Tapi sekarang bila dah mampu beli,
Musim pun dah habis dah.
Radio kat kereta pun MY jarang jarang dengar.
memang takde la nak dengar radio guna Walkman.
Kalau buka radio pun,
Bunyinya sayup sayup aje.

Hari tu anak sulung MY minta dibelikan digital walkman,
Berjalanlah kami dari satu kedai ke satu kedai ,
Mula mula cari kat kedai aksesori handphone Al Ikhlas Gadjet tu, takde katanya…
Lepas tu punyalah gigih kami pergi Midavalley Southkey, sebab nak pergi cari kat kedai Sony,
Sekali sales Sony tu kata dah berbulan bulan dah walkman tak masuk,
Mungkin dah discontinue,

Iye kan aje lah…
Lepas tu,
Mama Yan log in Sony punya online store,
Ada pun…
Digital walkman.
MY beli yang paling murah kat situ.
Ada yang sampai berbelas belas ribu harganya..
Huhu..
siapa aje la yang guna walkman harga berbelas ribu tu?
Ajai dengan Dato Ramle MS agaknya..
hehehe....

Harga sebenar di Sony Store RM332,
Tapi ada discount sempena birthday suami.
Sebab akaun ni nama suami.
Dapat less RM50.
Penghantaran percuma.
Kalau tahu, baik dari awal je beli kat sini.
Takde la buang masa pergi Midvalley Southkey.

Anak kata bateri dia boleh tahan 36 jam tanpa henti.
Saiz memori dia 8GB.
Saiznya pula memang kecik cinonet aje ya..
4.3 x 9.2 x 1 cm.
Dengan mouse komputer pun berbeza ketara saiznya.

Harap harap anak dapat gunakan dengan baik,
jangan sampai terleka dan terabai pelajaran.
Dan jaga baik-baik,
Kalau hilang di asrama, boleh jadi punca bergaduh nanti.
Harap semuanya baik baik sahaja..
InsyaAllah

10 comments:

  1. sy ingatkan org dah tak guna digital walkman nie... rupanya masi ada yg guna

    ReplyDelete
  2. Dulu beli walkman yang pakai kaset je...kumpul duit belanja sekolah nak beli..
    Sekarang, teringin jugak nak beli.. Tp, nk buat apa lah pulak.. Kikiki

    ReplyDelete
  3. ada lagi walkman ye cuma dah digital lah kan, zaman kak ana dulu, walkman ada radio dan kaset player je peneman dalam bas express kalau balik kampung huhu :)

    ReplyDelete
  4. mahal jugak eh walkman ni. sebab demand dah tak ada ke? kalau hilang memang menangis di bucu katil

    ReplyDelete
  5. Ingat walkman Sony jadi teringat jaman masih muda dulu hehe..

    ReplyDelete
  6. walkman zaman sekarang ni harga dan design pun cantik... teringat masa kt Uitm jengka sempatla beli walkman mcm gambar MY di atas tu. Rasa seratus lebih ke apa masa tu... banyak tahun jugak boleh guna memang tahan.

    ReplyDelete
  7. walkman zaman dlu2 time sekolah ramai yg beli...ada lg zaman skarang ye

    ReplyDelete
  8. Issh saya baru tahu Sony mengeluarkan digital walkman 😍😄. Bentuknya mirip ipod zaman dulu yaaa.

    Saya tuh dari zaman sekolah dah sukaa pakai walkman. Apalagi saya tipe yg kalo belajar hrs ada musik. Dan nasib baik teachers dulu ga keberatan kami bawa walkman ke sekolah, asalkan diguna saat bukan jam pelajaran.

    Lalu kluar pula ipod, langsung ganti kesana. Tapi skr Krn dah ada Spotify, mana ada lagi pakai ipod, atau digital walkman 😅. Tapi menarik juga, JD ingat zaman sekolah 😄

    ReplyDelete
  9. ammi kat U dulu memang kena ada walkman sebab budak course secretary kan. ada subject shorthand dan trengkas yang perlukan kita record apa yg lecturer dictate pastu tulis semula.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad