Minggu lepas,
minggu yang agak sedih bagi kami sekeluarga,
Hampir satu kolam ikan koi kami diserang penyakit.
Banyak lagi sebenarnya,
tapi dah malas nak ambil gambar.
Ikan ikan ni tak mati serentak.
Sehari mati dalam lima ke enam ekor,
Tapi pagi dua ekor,
petang sikit lagi,
malam nanti ada lagi yang mati...
Tinggallah beberapa ekor sahaja yang terselamat.
Kalau tak silap ada 4 ekor yang besar dan 2 ekor yang kecil.
Yang besar 2 ekor tu,
yang warna biasa,
2 lagi yang warna satu warna sahaja.
yang jenis warna putih merah, nemo, tiga warna semua habis mati.
Tapi, penyakit ni tak menyerang ikan sungai Malaysia.
Ikan kelah dan jelawat tak terkesan sedikit pun.
Masih segar bugar berenang renang dengan aktifnya.
Puncanya?
Tak dapat dipastikan.
Cuma kami berpendapat,
ikan yang kami beli secara pos dari Perak tu lah puncanya.
sebelum ni tak pernah ada masalah,
lepas masukkan ikan ikan baru tu,
terus banyak ikan yang mandom.
ingatkan mogok lapar jer
Rupanyer kena serangan fungus.
Dah takde apa yang boleh dibuat,
kami cuci kolam dan letak ubat aje lah.
Modal ubat ubatannya pun beratus juga ni...
Dengan harapan yang tinggal ni okaylah nanti.
Bila nak ganti ikan baru..?
Tunggulah dulu..
Rawat kolam dan hati dulu.
Nanti kemudian baru kita fikirkan.
Alahai sayangnya tengok ikan tu cantik²...
ReplyDeleteDulu di kampung pernah tengok ayam kena penyakit, lepas sekor sekor mati. Rupanya ikan pun ada jangkitan penyakit juga ye .
Bertabah ye MY.
aah kan.. kat kampung dulu selalu je ayam kena penyakit sampar.
DeleteRisiko jugak ya kalau beli ikan melalui pos atau tempat yang berbeza... udahnya 1 kolam mati sayang betul kan... abis yg masih tinggal tu dipindahkan ke kolam lain ke masih di situ?
ReplyDeletetu laaa.. patut asingkan dulu ikan yang datang dari tempat lain tu. Ikan sungai je yang tak terjejas. masih ada dalam kolam tu lagi
DeleteIkan yg beli dr Perak tu ikan apa? Hidup tak yang itu?
ReplyDeleteikan koi juga tapi saiz kecik. beli banyak juga sebab murah... tinggal dua ekor je.
DeleteSayangnya!
ReplyDeleteCantik-cantik ikannya tapi matilah pula.
Ya Allah kasiannya... Gemuk2 dan besar pula 😔. Agak sedikit tricky memang memelihara ikan ini ya kak. Tak bisa sembarangan..
ReplyDeleteSaya jadi teringat berita beberapa tahun lepas, ketika ada pemadaman listrik lama di pulau jawa. Lebih dari 7 jam. Dan ikan koi dia sebanyak 40++ mati. Saat saya baca Krn ikan ini ternyata butuh oksigen tinggi. Listrik padam membuat mesin oksigennya tak bekerja. Sediiih sangat. Krn dia bukan beternak koi, jadi memang tak menyediakan genset utk berjaga2 saat listrik padam.