Perkembangan Mijan sehingga Julai 2024 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, July 22, 2024

Perkembangan Mijan sehingga Julai 2024

Nampaknya nak kena rekod setiap perkembangan adik Mijan dalam blog ni.
Senang nak describe kat doktor bila ada temujanji,
Kadang kadang doktor tanya berapa kali tantrum sebulan,
Makan nasi okay tak?
Picky tahap mana?
Berapa patah perkataan sehari?
Dalam satu ayat ada berapa patah perkataan?
Ya Allah… memang Mama Yan tak dapat nak recall.

Ni masa balik terapi dengan mama aje.
Ayah tinggal kat opis.
singgah 7-11 nak beli air kotak Dutch Lady katanya,
Tapi tengoklah hasil tangkapannya tu,
Siap coklat Tobleron yang mahal tu.

Makan keropok sambil main tablet.
dia ambil sendiri keropok dan letak dalam mangkuk.
ramas ramas keropok bagi hancur.
Tapi ni dah 3 minggu Mama Yan sorok tablet tu.
Dia kalau dapat tablet,
hadap itu je.
Panggil buat tak tahu,
suruh makan nasi taknak,
tahan kencing,
berak pun taknak cebok.
Jadi memang tak boleh bagi main tablet la maknanya.
Sebab kalau jumpa tablet, dia terlalu asyik dalam dunia dia.
Tapi kalau tak bagi, dia asyik mengacau abang kakaknya...
sabarlah ye..
Adik korang istimewa sikit.


Balik sekolah dia kata "Mizan lapar. Nak makan nasi ayam goreng."
Terus MY bawa kedai mamak.
nasi sebanyak tu tinggal sikit je tak habis.
memang suka betul makan nasi lauk ayam goreng kedai mamak.
Air tin tu dia ambil sendiri dalam peti ais ye..
Bukan MY taknak boikot,
Kena pilih boikot atau layan tantrum anak yang tak faham apa itu boikot.


Makanan kegemaran dia petang petang,
Roti bakar sapu coklat dan air coklat.
Mujur tak bakar sendiri.
Oven toaster tu lepas siap guna kena cabut plug terus.
takut dia cuba cuba bakar roti sendiri.


Mama Yan beli meja kecil untuk dijadikan rehal mengaji.
Tapi MY baru pakai beberapa kali,
Dah berpindah hak milik nampaknya,
Jadi meja sketch Mijan dah nampaknya
Dia memang suka melukis,
tapi entah apa la yang dilukis,
semua watak watak kartun dan game dalam youtube tu


Dua ekor kucing yang kami bela sebelum ni memang jenis tak manja sebab pungut di pasar,
Lepas tu MY ambil kucing atoknya kat Raub sekor,
dan seekor lagi kucing datang menyerah diri kat rumah.
Oreo dan Ankun.
Memang sangat manja dan suka menggesel aje,
Mama Yan ada terbaca yang haiwan peliharaan bagus untuk anak mild austism,
Alhamdulillah, Mijan memang sayang kucing.
Kucing pun suka manja manja dengan Mijan walaupun nampak kaku dan kejung cara membelai kucing tu.


Masa tunggu Aril, Ucid dan Sarah keluar kelas, 
Ada payung jual ayam gunting kat sebelah tempat kami park kereta,
Tanya dia nak ayam goreng tak?
Dia kata nak,
Mama Yan bagi RM 10 dan suruh dia pergi beli sendiri,
Bagi ayat dulu,
“Pakcik, nak ayam dua”
Lepas tu dia MY tengokkan aje dari dalam kereta,
Dia cakap macam yang diajar,
Lepas tu bayar duit terus lari, 
Pakcik ayam goreng panggil semula untuk bagi duit baki.
Belum pandai kira duit kan…
Tapi at least dah pandai bercakap dengan orang luar kira dah okay la tu.

Makan, minum, buang air kecil, mandi & gosok gigi, pakai seluar baju sendiri dah lulus dah.
Buang air besau aje masih gagal lagi.
MY dah belikan toilet seat untuk kanak kanak kat shopee untuk train Mijan kat toilet,
Tapi.. tak menjadi juga..
takpelah.. bey soba bey aje lah dulu.
Kelmarin dia batuk dan selesema sikit,
Terus bagitahu,
''Mama, Mizan batuk. I need makan ubat''.
Sekarang memang dah jarang sangat menangis guling guling,
atau menangis tak ketahuan hala...
Dah semakin bijak kawal emosi la..

MY tak tahu cara otak dia berfikir,
dan tak tahu sampai mana kebolehan dia.
Sebab kadang kadang..
Bila bawa jalan jalan..
dia boleh sebut nama nama pada signage.

Contoh 1:
Ada hotel bajet yang bertulis 'HOTEL'.
dia tunjuk dan sebut "hotel.. Mizan suka tido hotel."

Contoh 2: 
Masa tu pergi Angsana.
Turun dari kereta dia nampak tulisan PARKSON kat luar Angsana tu
Lepas tu elok aje dia sebut ''Parkson'' sambil tunjuk tulisan tu.

Contoh 3: 
Mama Yan tengah tengok drama bersiri House.
Lepas tu Mijan nampak, dia tanya,
''Mama tengok cerita rumah?''
 
Ada lagi beberapa ejaan yang kami tak sangka dia boleh baca.
Tapi kalau bagi buku atau kita tanya apa apa ejaan..
Jangan harap dia nak jawab soalan kita..
"tau auuuu...." tu jelah jawapan dia...
Tapi bila dia tengah melukis sendiri sendiri tu..
kadang kadang dengar dia nyanyi..
kadang kadang dengar dia menghafal one two three...
bila kta dekat dekat nak dengar terus senyap.

Harap harap Mizan cepat pandai uruskan diri dan boleh berdikari nanti..Aminn



 

6 comments:

  1. maknanya mizan ni macam jenis dia nak baca, dia baca. jangan dipaksa tanya ni apa tu apa.

    ReplyDelete
  2. Takpe MY insyallah ok je tu, tetap ada perkembangan mijan walaupun mungkin agak lambat atau lain dari abang kakaknya. Dulu masa besarkan Aiyan pun gini jugak, itu masa nak masuk sekolah rendah buat kad oku dan hantar dia ke sekolah PPKI .

    ReplyDelete
  3. Banyak improvement alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...byk improve dah tu...
    insyaÁllah semoga dipermudahkan segala urusan nanti...

    ReplyDelete
  5. Kalau tak dapat tablet tu dia mintak tak Mama Yan?. Moga yang terbaik buat Mizan.

    ReplyDelete
  6. Aaamiiin. Nampaknya memang Mizan berbakat dalam gambar ya kak. Bisa lah nanti diasah supaya semakin bagus. Kucing yg manja itu pula bisa membantu mengembangkan rasa sayang dan cara mengekspresikan kannya dalam diri Mizan. ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad