Sekadar coretan untuk mengisi blog.
Padahal dah banyak kali dah rasanya tulis resepi tauge ni.
Tapi sebab takde apa nak tulis,
Letak je la dua ke tiga keping gambar,
Lepas tu tulis la apa apa pun.
Janji tak biar berhabuk bersawang blog ni kan.
untuk resepi,
boleh ke entry sebelum ini,
bezanya,
dalam resepi sebelum ni MY pakai tauhu biasa,
Kali ni,
Mama Yan pakai tauhu telur
Tauhu telur tu,
MY salut dulu dengan tepung jagung.
Tepung jagung tu tak payah bancuh,
Goleh golek je tauhu telur yang dah dipotong tu dalam tepung jagung,
biar dia putih melepak macam pakai bedak sejuk 14 inci tebal,
Lepas tu,
goreng je dalam minyak panas.
bila permukaan sebelah dah garing,
baru paling kan lagi sebelah ya.
jangan kejap kejap paling kiri kanan kiri kanan..
hancur juga sudahnya nanti.
Lepas tu, angkat dan ketepikan.
dah masukkan tauhu telur tu,
kacau dengan penuh lemah lembut ala gadis Melayu terakhir paling ayu di dunia,
Kalau ganas ganas,
hancur tauhu tu nanti.
Sedia untuk dimakan bersama nasi.
Mama Yan dari tak makan tauge,
Tak ingat pula sejak bila pandai makan lauk tauge ni..
Alhamdulillah...
Tauge sayur fav, kalau ada tauhu Jepun lagi sedap ni. Oh, kita panggil tauhu Jepun.
ReplyDeleteSalam perkenalan. BW
ReplyDeleteSedap nih mkn dgn ikan goreng..Tp isi rumah ni kureng sayur ni.jadi kalo nk mkn sy beli nasi bungkus & amik lauk ni =D
ReplyDeleteTauge goreng is always my favorite 😋
ReplyDeletePH biasa goreng tanpa bedak tauhu telur tu.. yg versi MY ni nmpk lagi sedap & cantik bila dibedakkan dgn tepung jagung tu... Bole la tiru :)
ratah pun sodap ni....
ReplyDeletememang sesuai menu ini digandingkan bersama
ReplyDeleteIni sayur fav saya jugaa. Dan paling mudah nak buat. Dari dulu pun sukaaa sangat tauge 😄. Di tumis begini saja dengan tahu atau tofu dah sedap
ReplyDeleteKalau saya jumpa tauhu telur, memang boleh habis sepiring makan seorang.
ReplyDelete