Bila Sistem Pembayaran Down, customer pun down sama - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 8, 2024

Bila Sistem Pembayaran Down, customer pun down sama


Semalam Mama Yan pergi membeli sedikit keperluan dapur di pasaraya Maslee,
Tapi masa nak bayar tu,
Rupa rupanya,
Sistem pembayaran mereka down tak boleh bayar guna internet,
so kad kredit ke, kad debit ke, Apple Pay ke semua tak boleh pakai,
Mama yang pula bawa duit RM 100 sahaja,
So, terpaksalah tinggalkan beberapa barang yang tak urgent.

Mama Yan pun ambil telur, sayur, frozen food, sup bunjut, dan buah epal saja.
Barang kering terpaksalah tinggalkan dulu.
Kemudian Mama Yan pun minta maaf 
sebab tak dapat nak susun semula semua barang barang-barang tu dekat rak,
Ulang-ulang kali Mama Yan minta maaf pada mereka sebab tak dapat nak susun semula barang-barang tu,
Bukan kita sengaja tak nak beli,
Tapi memang tak cukup duit tunai.
Sepatutnya, 
Kalau sistem down, 
terus sahaja tampal notis “CASH ONLY”.
Jadi kita boleh bajet.
 
Kita ni beria ia minta maaf menyusahkan,
Tapi diorang, sepatah sorry pun takde bagi kat kat customer walaupun kesilapan teknikal di pihak diorang,
Tak faham tambah sedih pula.
Kurang-kurang cakapla “sorry kak”,
Sejak sejak dah tua ni,
Sensitif pula rasa,
Hahaha…

Lepas ni kena la bawa duit cash lebih sikit dalam dompet,
Bawa juga bekalan senyuman lebih lebih sikit, 
Supaya kita kekal tenang apabila berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
Keep tenang Azian…
Keep tenang…


6 comments:

  1. nasibaik ada juga cash tu..kalau tkde langsung lg parah kena letak smua brg2

    ReplyDelete
  2. sebab tu SA suka ada tunai lebih dalam purse nak elakkan benda- benda macam ni berlaku..tapi kadang x sangka kan..system pun bukan perfect

    ReplyDelete
  3. Kadang bila jadi gini memang gelabah jugak, kita jenis yang cashless. Kadang ada duit tunai pun tak sampai rm50 sebab selalu bayar apa-apa dengan kad atau online kan.

    ReplyDelete
  4. Sekarang ni kita dah tak bawa cash banyak2 dah kan. Hmmmm saya pun down jugak camni.

    ReplyDelete
  5. di Kelate ni masih x byk kedai yg cashless. Kita plak malas nak pi withdraw duit kat ATM. Lebih mudah guna QR code je. Tp masih kedai yg x display qr code ni. So annoying!

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya memang bukan salah kakak juga. Seharusnya dari sisi mereka yg meminta maaf..tapi orang sekarang, terlebih dari generasi yg muda2 ini, agak susah mengucapkan kata maaf. Atau SOP tempat mereka bekerja yg tidak mengajarkan hal begitu. 😔.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad