Macam dah lama takde entry masak masak rasanya..
Tapi Mama Yan masak untuk keluarga hampir setiap hari ye.
Cuma kadang tu kita buat kerja memasak ni berkejaran dengan masa dan tugas lain,
Tak sempat pun nak pegang handphone,
apalagi nak setting DSLR untuk ambil gambar memasak.
Kalau sempat ambil gambar pun,
Memang sebegitu ajelah gambarnya,
Takde setting cahaya bagai.
Gelap la..
Malap la..
Tak sharp la..
Takde prop...
Kalau siap masak siap nak prop bagai untuk sesi fotografi,
aje sejuk makanan pakej kelaparan anak anak.
Suami takpe,
dia sangat memahami sebenarnya.
Tapi dia pun gagal teruk bab ambil gambar ni.
Kali ni Mama Yan masak Daging Masak Kicap Halia.
Daging masak kicap taruk halia cincang ni resipi tradisi keluarga suami.
Daging masak kicap keluarga Mama Yan bukan macam ni.
Lain sikit.
Kalau keluarga suami,
daging masak kicap diorang agak kering sedikit.
Lain kali MY masak style Raub pulak.
Hari ni kita belanja style Segamat...hihihi
Masak masak kat rumah mentua Mama Yan ni simple aje.
Takde bahan bahan yang rare..
Semua ada jual kat kedai runcit dalam kampung.
Sebelum ada menantu dari luar,
Penambah perisa macam Sos tiram, pes tomyam, pes asam jawa adabi, serbuk serbuk lada hitam, semua tu tak pernah guna pun.
Guna bahan asas aje.
Kalau nak kena guna lada hitam, gunalah lada hitam, disangai atas kuali, kemudian tumbuk.
begitu juga lada putih ke, ketumbar ke..
Mana ada serbuk serbuk segera...
Pes asam adabi yang takde biji tu pun baru je reti guna.
sebelum ni gigih pilih asam jawa kurang biji.
dipicit picit kampit asam jawa tu,
cari yang kurang biji kata mak.
Aji no moto pun mak mentua kenal masa datang rewang rewang rumah orang baru kenal.
Lebih mudah masak masakan ringkas begini rasanya.
tak susah nak cari bahan
Resepi Daging Masak Kicap Halia
Bahan - bahan:
500 gram daging
2 biji bawang merah sederhana besar
3 ulas bawang putih
1 batang kecil kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 buah pelaga
setengah cawan kicap lemak manis atau ikut citarasa
3-4 inci halia
1 cawan air
minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
Sebab kita nak masak daging,
Hiris lah daging nipis nipis melawan arah urat supaya cepat empuk.
Kemudian basuh daging dan toskan air daging.
letaklah daging tu dalam bekas tapis.
Lepas tu, bersihkan halia,
Potong 3 bahagian.
racik halia halus seperti batang mancis terlebih dahulu.
Ada ke yang tak kenal batang mancis?
Harap harap masih kenal lah ye...
Goreng halia dalam minyak sehingga agak kekuningan.
Angkat dan ketepikan halia.
Hiris pula bawang merah dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak.
Tumis bawang merah, bawang putih, rempah 4 sekawan ke dalam minyak.
Apabila bawang dah layu,
Masukkan daging dan masak sehingga air daging keluar serta kering.
lepas air daging dah kering,
tambah air dan kicap.
Masaklah sehingga daging empuk.
Kalau air dah mula kering tapi daging belum empuk,
tambah lagi air.
Kalau guna daging batang pinang,
dalam 20 minit empuklah.
Kalau guna daging kerbau import dari negara India,
mungkin ambil masa sekita 45 minit untuk masak sikit.
Kalau masak banyak...
Tak tahulah nak cakap berapa lama,
Kalau masak banyak, MY campak masuk Noxxa aje.
Tak terdaya membeli gas.
Apabila daging dah empuk,
bolehlah masukkan halia yang telah digoreng awal tadi.
Kuah pula, terpulang pada selera masing masing.
Kalau nak berkuah,
letak sikit lagi air.
Kalau rasa macam tak cukup sifat,
tambah sedikit gula atau garam sahaja.
jangan tambah kicap lagi dah.
Mama Yan gunakan kicap lemak manis Jalen.
Jadi dah tak tambah garam atau gula lagi dah.
Dah cukup dah rasa manis dan masinnya.
Kuali yang dah season ni dibeli oleh mak mentua Mama Yan masa kami mula mula nak hidup bersama suami 18 tahun lepas.
Memang sangat kesayangan lah kuali ni.
Memanglah nampak buruk, tapi bersih ya,
Mama Yan dah cuci dengan pelbagai cara dah.
Sabung cap buruh, sabun badang, sabun Hai O..
Mujur tak tuang asid aje.
tapi warnanya tetaplah begitu.
Biar aje daging tu empuk bersama air dan kicap.
Barulah rasanya meresap sampai ke dalam.
Daging jangan potong tebal sangat.
Nanti lambat empuk.
Nipis pun, janganlah serupa kertas pula.
Nampak tu... halia yang telah diracik dang digoreng.
Mama Yan letak last sekali lepas daging dah empuk.
Kacau rata,
matikan api..
Sedia untuk sesi fotografi.
eh.. sedia untuk dinikmati bersama family.
Sedap menunya.
ReplyDeleteMesti sedapnyer
ReplyDeleteSerius sedapnya daging masak kicap halia ni.
ReplyDeleteJeles tengok MY boleh kongsi resepi hari ini, kita ni lama dah tak masak sebab tu dah lama tak buat entri kongsi resepi hari jumaat.
ReplyDeletesedapnyaaaa kalau dpt mkn dgn roti ni!
ReplyDeleteTak pernah cuba lagi resipi yang ni Yan. Boleh la cuba.
ReplyDeleteAkak tengah pantang daging dan seafood...makanya telan ailio je la tgok entry ni
ReplyDeleteTak susah dan bahannya pun saya tahu semua. Nak buat juga. Tp Krn saya tak suka halia, jadi dah pasti part itu akan skip 🤣🤣. Memang tak bisa makan.
ReplyDelete