Semalam ulang tahun anak ke dua Mama Yan,
Kami panggilnya Abang Moq,
Genaplah umurnya 15 tahun semalam.
Semoga Abang Moq jadi anak yang baik dan soleh.
Mama Yan takde masak masak special special pun,
Tengah hari tu semalam MY jemput Moq di sekolah,
Kemudian terus jemput adik adik sekolah rendah.
Lepas tu bawa mereka semua ke Marrybrown untuk bungkus ayam goreng MB,
Belikan juga burger Marrybrown sorang satu.
Petangnya pula,
Ayah diorang bawa pergi SDS untuk pilih kek birthday.
Mama Yan upload ucapan hari lahir untuk Moq dalam Facebook.
Masa nak upload dah perasan gambar Moq yang atas ni pegang IC dan boleh nampak clear tulisannya,
Ingatkan nak edit sebelum post,
Eh.. lupa pula.
Mujurlah ada sorang rakan Facebook yang tegur,
Mama Yan sekadar berteman dengannya di Facebook sahaja,
Tak kenal secara peribadi,
MY sangat menghargai tegurannya,
Mama Yan juga sangat berterima kasih jika kesilapan Mama Yan ditegur secara PM tepi seperti ini,
Laju laju MY delete gambar Moq sebab tak reti nak edit letak sticker kat FB,
Tu MY tangkap layar seperuh sahaja dari perbualan,
Ada lagi kat bawah bawah tu,
Tapi agak personal,
Jadi tak letaklah.
Bersyukur bila masih ada yang tegur,
Maknanya, masih ada yang ambil peduli..
Oh ya… Ros Ab ni ada blog juga,
Dan beliau ialah seorang penulis novel.
Mama Yan bukanlah orang yang langsung tak boleh menerima teguran,
Tapi lebih manis jika ditegur secara tertutup begini,
Pastilah adakalanya terkhilaf di sini di sana,
Tersalah komen,
Tersilap upload,
Tersentuh perkara sensitif,
Tapi boleh aje tegur baik baik secara tertutup,
Kalau kenalan di Facebook yang tak dikenali secara peribadi,
Tak pernah bersua muka pun boleh tegur baik baik begini,
Kenapa yang sebelum ni pernah kenal,
Yang pernah bertegur sapa,
Pernah berselfie selfie,
Pernah bersalam salaman,
Masing masing pun ada saling mengikuti media sosial masing,
Perlu komen secara terbuka,
Kalau apa yang Mama Yan tulis tu salah,
Tegur sahaja seperti seorang rakan,
PM tepi… kat mana mana pun boleh,
IG, FB, Lemon8. Tik tok semua boleh.
Terkejut sebenarnya..
Tapi abaikanlah.
Perkara ni membuatkan Mama Yan lebih berhati hati dalam berbicara,
Sekian, wassalam
Happy birthday abg moq...semoga membesar jadi anak yg soleh..berjaya dunia akhirat. Aamiin...
ReplyDeleteHappy Birthday Abg Moq.
ReplyDeleteBesar dah dia ye, muda setahun je dari Abang.
Happy Birthday Abang Moq 💐
ReplyDeleteMoga Allah kurniakan keberkatan hidup buat anakanda Yan.
Menegur secara empat mata (zaman medsos - PM) itu barulah sebenar-benar teguran untuk kebaikan. Kalau secara terbuka, macam nak memalukan. Moga kita semua saling beringat.
Happy birthday, Moq. Semoga Moq berjaya dalam mencapai cita2 Moq, dengar cakap mama dan ayah, ok.
ReplyDeleteHappy Birthday Abg Moq.. semiga menjadi anak yg soleh dan sentiasa menjadi menyejuk hati ibu bapa . Amin...
ReplyDeletehappy birthday abg moq..smoga jd ank yg soleh , berjaya dunia akhirat
ReplyDeletehappy birthday abang Moq...moga yang baik2 sentiasa mengiringi abang Moq
ReplyDeleteSelamat hari jadi abg moq, moga jadi anak yang soleh dan berjaya ya...
ReplyDeleteZaman sekarang ni macam-macam orang nak buat benda jahat kan... mujur ada yang tegur MY tu.
Selamat Hari Lahir.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada yang ambil berat.