Hikayat telur mata - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, August 29, 2024

Hikayat telur mata

Kat rumah ni,
nak goreng telur mata pun kecoh,
Ada dua team.
Team telur mata goyang,
dengan team telur mata flip.

ni abang dengan Ucid...
telur kena flip.
kalau boleh tepi ada garing garing sikit.


ni geng Moq, Aril dan Sara.
telur jangan palingkan,
biar boleh goyang goyang...

Mijan makan telur mata apa?
Mijan tak makan telur goreng mata, dia makan telur rebus.
itupun yang putih aje.


Itu baru enam anak, dah berkecah habis dapur.
belum lagi macam Ballerina farm tu,
 anak 8, minum susu perah sendiri, buat keju sendiri, buat pizza sendiri,
buat konten IG & Tik Tok lagi..
sempat pulak tu cantik cantik siap masuk pertandingan ratu cantik...
adehh..pengsan dulu la Mama Yan macam tu.

Sejak menua ni...
MY dah kurang makan telur goreng mata,
Rasa macam entahla..
macam luga la dalam bahasa pantai timur,
Kalau bahasa Jawa macam jeleh kut rasanya,
Mana taknya..
masa bujang bujang dulu boleh kata hari hari makan lauk telur goreng, lauk paling murah kan..
Lepas tu masa mula mula kahwin,
Belum pandai masak kan.. asyik masak nasi goreng tambah telur mata..
Masa umur masuk 40an..
takleh masuk dah telur goreng mata.
Jadi untuk Mama Yan dan suami,
Kami goreng telur dadar.
untuk 2 orang makan...
telur dadarnya 4 biji.
sebabnya,
kadang tu aja yang nak tumpang sepotong.

Okay dah dapat dah satu entry untuk hari Khamis yang berbahagia ini..
wassalam..



 

8 comments:

  1. Nampaknya acik dana boleh join dengan Sara, Moq dan Aril lah.... Aiyan geng la dengan si Mijan, suka makan telur rebus yang putih je. telur mata ni tak pernah jemu MY, entahla kenapa heheheh.

    ReplyDelete
  2. Akk pun dr umur masuk 5s hingga dh ke6s dh kurang minat telo mata… sesekali mkn buat jenis goyang. Klu flip yg kuning tu sllu mkn x abis

    ReplyDelete
  3. Same here...Hata suka yg goyang..Kids suka yg masak semua. =D

    ReplyDelete
  4. Oh, Iman geng telur flip. Kita geng telur goyang², hahahah. Setakat ni belum jemu lagi makan telur mata atau apa² masakan telur.

    ReplyDelete
  5. Dulu kami makan telur dadar sebab nak jimat. Kalau ada duit lebih, baru makan telur mata.

    ReplyDelete
  6. Kak SA pilih terlur mata goyang...ahahaha....

    ReplyDelete
  7. Kalo di rumah saya, cuma suami yg bisa makan telur setengah matang, atau yg kuning masih cair.

    Saya dan anak2' tak akan sentuh telur begitu 🤣🤣..makanya kami bertiga lebih suka telur dadar JD kuning dipastikan matang 😄😄

    ReplyDelete
  8. ammi dulu msa muda tak suka telur mata, dah tua ni baru reti makan telur mata. dulu prefer telur dadar

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad