Main gunting sudahnya kena botak - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, August 18, 2024

Main gunting sudahnya kena botak


Dah berapa kali dah pesan kat anak anak,
Gunting jangan bersepah,
Gunting simpan baik baik,
Tapi tetap juga terletak atas meja tanpa disimpan dengan baik,
Mijan ni memang tak boleh jumpa gunting,
Ada aje benda nak diguntingnya,
Tahun lepas Mijan gunting buku teks sekolah abang,
Gunting bekas pensel Ucid,
Gunting rambut dia sendiri sikit, 
Gunting sikit takpe,
Tak memberi kesan.

Kali ni dia gunting rambut sendiri rapat ke kulit kepala,
Lepas dah gunting tu,
Cuak pulak,
Terus pergi kat ayah dan mama,
Macam mana ni???
Eh.. dia tanya kita pula…
Memang kena repair lah…

Masa ayah dia mula mula sodok rambut dia,
dia nampak okay je…
Nyanyi nyanyi lagi,
Sekali dia terpandang kepala dia dah botak melalui biasan pintu gelangsar (glass sliding door),
Terus nangis..
“Jangan botakkan Mizan ayah”
Dah siap tu, dia pungut semula rambut dia letak atas kepala,
“I need glue, I need glue”
Alahai… kesian pulak tengok.
Tu gambar tengah sedih kepala dah gondol.
Tapi takpe, 
Itu pengajaran supaya tak main gunting lagi.


Tapi, kesedihan Mijan tak lama,
Esok lusa tu dah elok dah,
Dia pula ambil tangan letak kat kepala dia,
“Ambik ni, macam janggut ayah”
Hahaha… rambut awak halus aje dik.

Macam tu lah ye,
Melayan anak istimewa ni,
Ada aje aktiviti dia yang kita tak jangka.
Cuma syukurlah,
Dah banyak juga ayat yang keluar dari mulut Adik Mijan sejak bersekolah dan pergi terapi ni.
Kalau sakit dah pandai bagi tahu apa dan di mana yang sakit.
Semoga Mijan dapat uruskan diri sendiri masa Mama & ayah dah takde satu hari nanti..
Wallahualam..

 

6 comments:

  1. Alahai tak memasal kena botak ye. Hihi

    ReplyDelete
  2. Comellah pulak awak Mizan walaupun ayah gondolkan.

    ReplyDelete
  3. Takpe botak nanti lebat tumbuh rambutnya ya....

    ReplyDelete
  4. Macam2 memang kelakuan anak 🤣🤣. Kalo masalah gunting, siap2 habis apapun digunting mereka ... Tp saya teringat kejadian saat saya masih elementary dulu. Saya yg nakal, dengan menggunting eyelashes adik sampai pendeeeek sangat 😅🤣. Lepas tuh, dimarahin mama pastinya 😅

    ReplyDelete
  5. Ala ala....kena botak yer.
    Cuaca panas2 ni..ok gak tu..berangin je.. and yes...cute la plak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad