Sarapan di Restoran Ameer Taman Mutiara Rini. - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, August 13, 2024

Sarapan di Restoran Ameer Taman Mutiara Rini.

Minggu lepas Mama Yan pergi bank kat Taman Universiti, Skudai untuk selesaikan baki pinjaman kereta. 
Pagi jam 9.15 Mama Yan dah terpacak depan bank tu. 
Beria sangat kann...
Bukanlah buat penyelesaian sampai juta juta..
Tinggal lagi 3 bulan aje.
Habiskan ajelah..
Lepas dah habis bayar tu,
Bank cawangan Taman Universiti suruh MY ke Nusa Bistari untuk ambil geran,
Sebab bahagian Hire Purchase bank ni kat sana.
Okay... terus je ajak suami ke bank cawangan Nusa Bistari pula.

Sampai kat sana, dia kata,
Geran sekarang bank dah tak simpan,
Boleh request print kat JPJ..
Lahh.. iye ke?
Malas nak bertaki..
Nanti aje lah pergi ke JPJ.

Dah buang minyak ke sana,
Kita balik ajelah.
Suami pun nak singgah opis kejap ambil dokumen.
Mama Yan pun nak ke kedai alat tulis beli kad manila.
Sebelum tu,
suami ajak sarapan dulu.
Tapi sebab dah lewat nak sarapan,
kena la pergi kedai mamak.
Kedai Melayu dah keluarkan makanan tengahari,
Sarapan pun dah habis.

Kami pergi ke Restoran Ameer yang terletak berhadapan dengan Sekolah Agama Mutiara Rini.
Masa Mama Yan jaga projek sekolah agama tu,
Boleh kata hari hari makan kat restoran Ameer ni.

Mama Yan order roti canai dua keping ye..
Kat mana mana pun kalau roti canai memang dua keping.
Sekeping memang alas perut je la..
Kalau nak alas sedap sikit, empuk gebu memang kena dua keping.
Kalau roti telur sekeping aje,
Tapi sesejak dah menua ni,
dah kurang makan roti telur.
Tak boleh pergi dengan rasa telur tu..
hahaha...

Roti canai kar restoran Ameer ni memang berada pada level yang berbeza la dari restoran lain.
Lembut dan garing.
Sedap wei..
Tapi kena makan panas panas la.
Kalau bungkus dah tak sedap.


Air pulak, kopi o ais kurang manis aje.
Tengok tu.. baru aje baik batuk,
gasak duk minum air batu.
Mama Yan memang tak kenal black coffee ke, americano ke, espresso ke, lungo ke..
Sebab buka peminat coffee sebenar.
Lagipun kita orang kampung,
kenal kopi o, kopi o peng, 
teh o, teh o peng, teh peng,..
tu jek la...
Sejak kena diabetes,
eh.. dah reti sebut kurang manis....
kalau dak, tatang gelas pergi kaunter air mintak tambah gula..hahaha


Suami Mama Yan makan apa?
Makan nasi goreng panas panas dengan ayam seketul.
Besar selera...
Tapi tak habis pun..
kita jugak yang kena habiskan,.
Dah tu mana tak bininya ni gemuk.
Sedap wei nasi goreng dia..
Cukup rasa..
Tak terlalu pedas...
Mujurlah tak pedas sebab suami dah tak boleh makan pedas..
Tapi suami Mama Yan bisik.. hmm..kurang kick, tak pedas.
Hmm.. tak sedar dirinya...hahaha...
dah elok la tu kurang pedas. 
Bukannya takde cili langsung.
Selera nak makan macam macam..
Tapi kondisi kesihatan dah tak sama macam muda muda dulu...

Okay..dah dapat satu entry..
Tapi entry macam ni tak menjana pendapatan pun...hahaha...
Takpelah.. buat kenang-kenangan aje...
Kut kalau MY mati dulu, 
Boleh la suami dan anak anak baca semula kenangan yang ada...
Bye..wassalam



 

5 comments:

  1. Samalah kita, MY. Roti canai kena dua keping baru perutnya berasa diisi, hahaha.

    ReplyDelete
  2. nampak pun lembut je roti canai dia Yan :)

    ReplyDelete
  3. entri membebel ni namanya MY hehehehe

    ReplyDelete
  4. Lihat roti canai mamak, langsung teringin. Susah ,atau mungkin tak ada pun kedai mamak di sini..hrs puas2in saat saya ke Malaysia 😄.

    Makin berusia biasanya memang kita jadi lebih paham yg dibutuhkan tubuh. Menahan keinginan utk menikmati makanan enak dan manis 😅. Tak apa kak, ywalaupun suami sadar nasi gorengnya kurang pedas, tp at least dia tak minta tambahan Chilli utk bagi nasi goreng lebih kick 😄

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad