Superdino AEON Taman Universiti - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, August 31, 2024

Superdino AEON Taman Universiti



Beberapa minggu lepas MY bawa anak anak ke Jusco Taman Universiti.
Kalau sekarang namanya AEON,
Tapi bagi warga silver macam MY,
Masih lagi sebut Jusco,
Masa MY masih belajat di UTM, 
Hampir setiap hari kami melihat perkembangan pembinaan AEON Taman Universiti ni,
Kalau balik kelas malam, 
Pembinaan masih meriah berjalan,
Pancaran cahaya kerja kerja welding struktur bumbung masih brrjalan walaupun dah pukul 11 malam.
Esoknya pergi kelas pagi pun,
Masih ada orang kerja,
Kagum dengan syarikat Jepun punya pembinaan. 
Berjalan 24 jam.

Lepas tu,
Memang tiap minggu la MY dan rakan serumah healing di Jaya Jusco ni,
Sampai dah ada anak anak pun,
Mama Yan masih jadi pengunjung tetap AEON Taman Universiti.
Lepas berpindah ke daerah penghujung benua Asia,
Dah kurang dah datang sini.

Sebenarnya memang takde dalam plan nak ke Jusco ni,
Kami nak pergi ke Festival Madani yang terletak di Dataran UTM sebenarnya,
Tapi nak masuk aje dah jammed padu,
Cari parking kemain jauh,
Semua penuh.
Last last, keluar aje dari UTM,
Hari dah mula panas,
Tak terbayang macam mana  panasnya nak tunggu bas shuttle dengan anak anak ramai ni,
Tu yang pergi ke AEON tu,

Sampai AEON,
Kami makan makan dulu di food court,
Bukan main seronok anak anak membeli macam macam makanan,
Suami MY memang kerja hari tu,
Lepas MY hantar gambar kami tengah makan di AEON,
Suami pun datang juga join.
Lepas makan,
Naik atas beli barang sikit.

Dah tu, semua pakat nak ikut ayah,
Tinggal Mama Yan, Sara dan Mijan aje.
Okaylah kita bagi la Mijan main dalam ni.
Sarah la yang kena temankan adik Mijan.


Harga hujung minggu RM38 untuk sejam,
Kalau hari biasa RM 28.
Pada MY agak mahal juga lah.
Tapi sebab Mijan jarang dapat keluar,
Layan ajelah.


Tak ingin pun Mijan nak duduk main kat sini…
Hahaha..

Ada mainan mainan yang macam lego ni..


Boleh naik itik keliling terusan ni.

Menarik dan nampak moden.
Baru kann…

Ada kolam pancing ikan

Alahai… tak dapat dapat pancing ikan ye dik..
Koordinasi tangan Mijan memang agak lemah.
Sebab tu Mama Yan hantar adik Mijan pergi terapi,
Kalau nak ajar sendiri kat rumah,
Mana dia ingin ikut apa kita ajar.

Lepas habis masa satu jam Mijan kat sini,
Kami pergi kedai mainan.
Dia nak beli slimes.
Mama Yan ikutkan aje.
Sebelum nibtak pernah belikan sline,
Takut kotor, melekat sana sini..
Tapi dia janji nak main elok elok.
Okay MY belikan…

Belum satu hari…
Habis comot sofa, baju seluar dia kena slime..
Perghh… geram aje menengoknya.

Lagi geram bila Mama Yan ternampak sesuatu kat beam upper floor tu, yang MY bulatkan tu..

Ada slime weiii…
Haishhh…. 
Anak anakkk…
Belikan salah..
Tak beli salah…

 

5 comments:

  1. Tapi memang slime ini termasuk yg saya haramkan di rumah. Pernah beli sekali, habiiiiis perabotan tertempel lengkap dengan slime. Sejak itu saya tak nak. Beli play dough boleh, slime tak 😄

    ReplyDelete
  2. Hahaha..Bercorak slime dah dinding tu.. Pasni mesti tak dapat beli lagi ek kak....

    ReplyDelete
  3. Alaaa.. small matter jer tu, nanti ayah tolong hilangkan, kan Mijan, hahahaha.

    Baru tau ada Superdino kat Aeon. Teringat masa mula2 jusco tmn u buka, ramai betul kakak2 datang pakai baju kelawar, hahaha.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kerja di UTM tahun 2003 sampai 2007 mmg jusco taman u ni lah tempat lepak, masa tu dia baru bukak memang seminggu tu berkali-kali makan situ. Kenapa la dulu tak pernah terserempak dgn MY ya. Menarik jugak kedai tu seronok anak-anak layan. Sabar jelah MY itu menunjukkan otak Mijan memang tgh berkembang, sampai ke atas nun dia main slime hehehheh

    ReplyDelete
  5. Pernah merasa zaman kegemilangan JJ kejap. Sekarang tak kekok dah sebut AEON. Suka juga shopping di AEON. Kadang suka beli sushi je. Memang agak mahal juga harga tu. Tapi takpelah bukan selalu. Mijan pun enjoy je dia. Aduhaiii..part slime jauh nau pergi dia. Siapalah yang kena bersihkan tu nanti. huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad