Semalam berlangsung acara Bicara Akademik untuk sekolah anak,
Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama pada hari yang sama.
Alhamdulillah...
Pencapaian yang membanggakan untuk anak anak MY,
Walaupun bukan semua A,
dan ada yang takde A langsung,
Bagi MY,
untuk peperiksaan pertengahan tahun yang baru berlangsung ni sangatlah baik.
Tapi, menurut cikgu,
Ujian kali ni memang agak susah.
Bukan level anak anak kita yang di bawah par,
tapi, memang soalan yang agak tricky,
memang 70 peratus problem solving & KBAT,
30 peratus je bercorak direct dari buku teks.
Agak merisaukan juga lah..
So MY pun Google cari cari cara cara memperbaiki pencapaian akademik anak di sekolah.
Apa yang Mama Yan kongsikan ni,
Belum lagi terbukti sebab anak MY pun...
Biasa biasa ajelah tahap akademiknya,
Hebat bagi MY,
Tapi bagi orang lain...
'Biasa je nyah'
Tujuan tips ini dikongsi adalah untuk MY sendiri juga,
MY sedang usaha untuk praktikkan langkah-langkah di bawah ni,
Letak kat blog supaya ramai-ramai boleh cuba tips di bawah ni.
Menjamin kejayaan akademik anak-anak pada zaman sekarang memerlukan gabungan beberapa faktor,
Ini termasuklah sokongan dari ahli keluarga,
semangat dan motivasi ,
pendedahan kepada teknik pembelajaran yang efektif,
Pergaulan dan pengaruh rakan sebaya,
serta lain lain faktor lagi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh membantu:
1. Mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif:
Cuba mewujudkan ruang belajar untuk anak-anak yang selesa,
bebas dari gangguan,
dan lengkap dengan meja serta kerusi yang ergonomik.
2. Memupuk minat terhadap pembelajaran :
Galakkan anak-anak untuk mempunyai rasa ingin tahu terhadap pembelajaran.
Ini boleh dilakukan dengan mengaitkan topik akademik dengan minat mereka atau kehidupan harian.
Berikan contoh-contoh yang selari dengan akademik dalam perbualan.
3. Seimbangkan waktu belajar dan rehat :
Walaupun belajar itu penting, rehat juga sama pentingnya.
Buat jadual supaya waktu pembelajaran dan rehat dapat diseimbangkan dengan baik.
Aktiviti fizikal dan masa bersantai membantu otak berehat.
Hasilnya otak dapat memproses maklumat dengan lebih baik.
4. Menggunakan teknologi dengan bijak :
Anak-anak zaman sekarang sangat terdedah kepada teknologi.
Galakkan mereka untuk menggunakan teknologi untuk pembelajaran.
Pada masa yang sama, kawalan penggunaan teknologi mereka hendaklah diperketatkan.
Banyak aplikasi pendidikan, video pembelajaran, dan forum perbincangan yang boleh diikuti samada secara berbayar ataupun percuma.
5. Komunikasi terbuka dengan anak-anak :
Sentiasa berbincang dengan anak-anak tentang pencapaian akademik mereka,
Ambil tahu kekangan dan cabaran yang mereka hadapi,
Bincangkan bagaimana kita boleh membantu anak-anak.
Sokongan emosi dari ibu bapa sangat penting untuk membina keyakinan anak-anak.
6. Memupuk disiplin diri dan tanggungjawab:
Latih anak-anak untuk belajar menguruskan masa dengan baik.
Bukan sahaja menguruskan masa, tetapi juga pengurusan diri dan harta benda seperti,
alat tulis, buku, meja tulis atau kebersihan diri.
Disiplin diri sangat penting untuk kejayaan jangka panjang.
7. Berikan dorongan dan pujian:
Sentiasa beri pujian dan dorongan kepada anak-anak apabila mereka mencapai sesuatu.
Pengiktirafan ini akan memberi motivasi untuk mereka terus berusaha.
Tidak semestinya memberikan hadiah yang mahal-mahal,
tetapi kata-kata yang baik juga dapat membeli emosi anak-anak.
8. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan:
Hadir dalam setiap perjumpaan dan aktiviri sekolah,
Ambil tahu perkembangan akademik anak,
serta beri sokongaan dalam aktiviti kokurikulum mereka.
Bukan itu sahaja,
Penglibatan aktif ibu bapa dalam pendidikan memberi kesan positif terhadap prestasi akademik anak-anak.
9. Membangunkan kemahiran berfikir kreatif:
Selain daripada hafalan fakta, bantu anak-anak membina kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal.
Beri latihan-latihan berfikir secara santai dalam perbualan seharian.
10. Bawa anak melawat sambil belajar :
Banyak tempat-tempat yang boleh dilawati untuk belalajar secara santai.
Tempat-tempat seperti Muzium negara dan planetarium dapat membantu anak-anak supaya lebih banyak berfikir.
Jika ada ruang dan peluang,
boleh juga membawa anak berkhemah atau mendaki bersama-sama.
badan yang cergas,
menggalakkan otak menjadi lebih cerdas.
Bual bicara akdemik sekolah agama semalam,
Datang tepat pukul 2, pun dah nombor 24.
Pukul berapa ibu bapa ni semua datang?
Terbaiklah para ibu bapa sekalian,
Ramai yang hadir memberi sokongan dalam akademik anak
Dengan strategi-strategi ini,
diharapkan Mama Yan dan sekalian ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak berjaya dalam akademik mereka nanti.
Semoga Mama Yan kuat dan lebih gigih lagi membantu anak anak.
Bukan untuk seorang mama,
tetapi untuk kemenjadian diri mereka sendiri yang dilihat perlu lebih berdaya saing dalam dunia hari ini.
Sekian, wassalam.
setiap anak ada kelebihan masing2 ... sbg parents kita kena selalu support dioarang.. tu yg paling penting..kannn?
ReplyDeleteYang penting ibu bapa kena alert dan pantau anak-anak sentiasa. Kadang budak-budak ni ada masalah, tak nak cerita.
ReplyDelete