Hari kedua kami di Kuala Lumpur,
Ahad, 15 September 2024
Selepas selesai sarapan,
Terus sahaja kami bertolak menuju ke KLCC,
Mama Yan dah beli tiket masuk Aquaria melalui aplikasi Agoda.
Murah sikit daripada beli tiket secara walk in.
Kali pertama MY dan keluarga datang dulu tahun 2018.
Bawa sekali mak, abah, angah dengan suami dan anaknya, serta kami sekeluarga.
Masa tu, Mijan baru je pandai berjalan.
Kami gendong dalam carrier naik LRT dari USJ ke KLCC.
Kedai kedai kat KLCC baru nak buka,
Tapi barisan nak masuk KLCC dah panjang rupanya…
Hahaha…
Masa ni semua masih bertenaga..
Masih pagi dan baru hari kedua kann…
jauh juga menapak dari parking lot ke pintu masuk aquaria.
Mama… I found Patrick!
Okay.. mama ambilkan gambar Mijan dengan Patrick
Ni dalam aquarium tunnel tu.
Memang kagum sungguh Mijan tengok segala ikan dalam tu.
Gambar tak berapa clear sebab dalam tu pun memang malap malap je cahaya.
Semua ikan dan hidupan laut yang dia jumpa,
Dia panggil dengan nama dalam Spongebob.
Ikan buntal ni dah tentulah namanya Mrs. Puff.
Nampak sotong kurita, Mr. Squidward,
Nampak ketam besar, Encik Crab..
Memang cantik dan menarik semua ikan ikan dalam ni.
Bukan setakat ikan je ada..
Ada juga haiwan lain macam iguana, memerang, penyu, obor obor, dan entah apa lagi lah.
Dalam ni boleh ambil gambar,
api tak boleh guna flash kamera.
Memang banyak betul barang souvenir kat aquaria KLCC ni,
Anak anak kami belikan T-shirt sehelai seorang,
Sarah wajib beli key chain,
MY beli fridge magnet,
Mijan beli mainan apa entah.
Kaluar dari KLCC, wajib la ambil gambar dulu.
Kami yang menetap di negeri Ujung Tanah ni jarang-jarang sampai ke sini.
Mijan dah merajuk masa ni sebab dia nak naik tram orang Hotel Trade tu.
Tapi orang hotel tu kata untuk untuk penginap hotel sahaja...
Apa lagi,
terbaringla dia kat tengah tengah Taman KLCC tu merajuk.
Palaukan aje..
Nak layankan rajuk dia.. semua orang tak happy nanti.
Sebelum keluar dari KLCC,
sempat la shopping sandal sebab MY tak bawa selipar.
Mama Yan dan Sarah beli sandal di Jelly Bunny KLCC.
Sandal Sarah hilang kat tempat mengaji seminggu sebelum tu.
Terkejut juga tengok harga sebab design nya biasa biasa aje..
Harga rata rata RM90-RM100 untuk simple slipper and sandals.
Tapi takpelah.. bukan selalu dapat shopping kat KLCC.
Kita wong Joho balik balik shopping kat Angsana je..hahaha..
Keluar dari KLCC,
cari tempat makan dan tempat cuci kereta area Kampung Baru...
Dalam perjalanan ke KL semalamnya tu hari hujan dari Sedenak ke Simpang Renggam.
Memang berlumpur sikit la kereta.
Sementara kereta dicuci, kami pun pergi makan.
Restoran yang paling dekat, mamak aje.
Bolehla... janji boleh makan aje.
Hahaha,.. apa dah..
Kata Line Clear..
Tak la clear mana pun pinggan..
Sebab tak sedap.
Ayam goreng je yang okay..
Lauk lain..
Tak boleh pergi.
Tapi takpela.. dah lepas dah pun..
Lepas tu.. Balik hotel dan berehat...
Kawan kawan MY check in pukul 3 petang tu.
Sementara tu, MY layan la anak anak dulu kat bilik.
Apapun kunjungan kami ke KLCC kali ini lebih terancang dan menyeronokkan.
Lain kali kita pergi tempat lain pula ya…
Insya Allah…
Ramainya ikan kat aquaria tu
ReplyDeletePasti ikan pun excited ramai pengunjung datang show. 😅
ReplyDeletezaman Pia kecik dulu pun 3,4x juga dia ajak datang sini,suka betul dia tengok ikan-ikan besar
ReplyDeleteMasuk Aquaria KLCC masa Dania tadika dana ada la beberapa kali masuk , last masuk lagi masa interview kat sini..konon nak jadi team Aquaria...sekali tak lepas...hahaha...
ReplyDelete