Bihun goreng tanpa sayur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 9, 2024

Bihun goreng tanpa sayur

bihun goreng tak lembik
Haha... tayang gambar makanan dari kuali aje.
punyalah malas nak placing lawa lawa dalam pinggan.
tak tahulah nak cakap pemalas level apa Mama Yan ni...
yer.. MY suka nak tulis tulis aje.
Malas nak ambil gambar lawa lawa...

Ni bihun yang MY goreng untuk makan malam kami sekeluarga..
Kadang kadang anak anak ni taknak makan nasi..
Diorang nak makan mihun lah.. mi goreng la.. jemput-jemput & lempeng lah...
Layan aje la kan...
Tapi tulah..
Masak untuk anak anak ni,
tak payah letak sayur,
Nanti diorang kuis kuis sampai sakit mata kita ni tengok,
Baik tak payah letak sayur,
Lahu je diorang makan.
Mata sedap memandang,
Hati pun senang..

Bihun MY ni,
walaupun merah Mak Ngah,
Tapi taklah pedas sangat.
Sebab Mama Yan beli cili kering yang tak pedas.
Kat pasar minggu selalu ada jual beberapa jenis cili kering..
Dia dah ada bagi kategori dah..
Cili kering pedas, kurang pedas, tak pedas.
dan semestinya Mama Yan ambil yang tak pedas.
Dah la guna cili kering yang tak pedas,
Lepas kisar, Mama Yan guna dua sudu makan aje.
Malas nak masak pedas pedas...



Resepi Bihun Goreng 


1 bungkus bihun 
2 biji bawang merah saiz sederhana besar
4 ulas bawang putih
sejemput ikan bili 
2 sudu cili kering kisar - (dalam 8-10 tangkai cili kering)
3 ekor sotong saiz sederhana (takde takpe)
10 ekor udang dibuang kulit (takde takpe)
3 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
gula 3 sudu
Minyak untuk menumis
Secawan air - jika perlu

Cara memasak bihun goreng:

1. Rendam bihun dalam air masak suhu bilik. Guna air masak ye, untuk elak bihun menyerap bau klorin air paip. Nak guna air bertapis pun ok juga. Suhu air, jangan guna air panas, nanti bihun benyek benyai...

2. Sementara rendam bihun, bolehlah mula kupas bawang dan kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili kering kalau takde simpan stok cili kering kisar.

3. Potong sotong kecil kecil. 
Kopek kulit udang. kalau taknak buang kulit pun boleh juga.
MY saja buang siap siap sebab nanti anak anak makan tak comot.
Eh bukan anak anak, anak sorang je tu yang makan sentiasa comot... Si Ucid tu.
Anak yang lain makan bersih aje...hahaha
Kalau takde udang dan sotong boleh ganti dengan ayam, 
takpun ganti dengan fishball fishcake.
Lauk ni pilihan.
Ni sebab MY kehabisan stok ayam... belasah la apa yang ada dalam freezer.

4. Tumis bahan kisar dalam minyak yang telah dipanaskan.
Kemudian masukkan cili kisar.
Kacau sehingga cili dan bawang betul betul masak.

5. Masukkan lauk pauk ayam ke, udang ke, sotong ke, fishball ke...

6. Kacau kacau bagi air lauk tu keluar... 

7. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, garam dan gula.

8. Kacau rata dan masukkan pula bihun yang telah direndam tadi.

9. Kacau rata bihun sehingga bihun betul betul lembut.
Kalau belum cukup lembut tambahkan air lagi.

10. Sedia untuk dihidangkan



bihun goreng tak lembik
Sikit je letak cili kisar tu. Buat warna merah je.
Anak anak MY ada yang suka dan kuat pedas macam Ucid,
Ada yang suka pedas tapi tak berapa kuat macam abang dengan Moq,
Ada yang langsung tak kuat pedas macam Mijan, Sarah dan Aril,
Mama Yan dan suami dua dua suka pedas,
Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni,
suami MY dah kurang makan pedas.
Mama Yan kurangkan makan pedas sejak mengandungkan Aril.
Tapi boleh aje nak makan pedas sekali sekala.
Sekarang?
Huhuhu... makan pedas sikit memang ulang alik ke bilik termenung aje la..


bihun goreng tak lembik
Nampak macam mewah pulak letak ayam sotong ek..
Sebab takde dalam jadual nak masak bihun ni,
Tu yang terpaksa letak apa yang ada dalam freezer


bihun goreng tak lembik
ada orang suka rendam bihun dalam air panas, kemudian toskan.
Lepas tu masa masak tinggal gaul gaul je.
Tapi MY selalu rendam dalam air sejuk suhu bilik aje.
Lepastu dalam kuali letak air lagi untuk bagi dia lembut.
Pada MY kalau macam ni rasa bihun tu lebuh sedap lagi sebab dia resap air bumbu.
tapi kalau buat macam nu,
lambat sikit la masaknya..
Kena guna tenaga juga untuk menggaul.

Okay senang je kan masak bihun goreng.
Paling mudah nak disediakan.
Kiranya kalau ada tetamu datang,
Ini antara menu yang ekonomi, mudah dan cepat la nak disediakan.
Sekian, wassalam.



 

16 comments:

  1. My all time favorite bihun goreng ni...

    ReplyDelete
  2. Bukan anak MY jer tau yang kuis-kuis sayur , kadang CCL pun macam tu gak ..masa masak kemain letak sawi laa kubis laa, asal nak makan ehhhh ada juga sayur di asingkan ke tepi pinggan . Hehe ..

    CCL pun kadang-kadang mood rajin snap laa cantik-cantik .. kalau tak rajin macam MY jugak snap terus dalam periuk atau kuali tu jaa .. mudah .heheh

    ReplyDelete
  3. Kalau ada budak memang selalunya ada menu ini... mehun kosong tanpa sayuran

    ReplyDelete
  4. I like yg xde sayur..kalo ade sawi mcm berkira2 je sy nk mkn..kalo ade kobis sikit2 ok lg =D

    ReplyDelete
  5. Macam2 selera pedas tak pedas, rajin mamanya melayan. Macam arwah MIL sy, siap masak dua jenis, yg pedas dan tak pedas. Kalau mak sy, ada satu versi jer, hehehe.

    ReplyDelete
  6. anak-anak suka lah ni sebab tak ada sayur hehe :)

    ReplyDelete
  7. Takde sayur takpe
    Tapi udang, ayam daging kena lebih

    ReplyDelete
  8. Lebih baik begitu tak payah letak sayur daripada dah letak nanti dikuis-kuis je kan. Hihi... Selera pula bermacam ragam kenalah mak melayan gitu. Janji anak-anak makan.

    ReplyDelete
  9. Tengok bihun dalam kuali tu terus terliur. Sedap ni makan dengan keropok goreng dan buah tembikai heheehen

    ReplyDelete
  10. sedap tu...ada udang & sotong..kalau sayur, suka bubuh kobis..crunchy..

    ReplyDelete
  11. Suka bihun warna ni. Pagi tadi pun sarapan bihun.

    ReplyDelete
  12. betull.. anak2 MA pun.. tapi MA mesti nak sayur, so potong besar2..senang la diaorang nak pilih. ha ha ha..plus masing2 dah besar kan...

    ReplyDelete
  13. Coba nanti saya try cara kakak. Rendam pakai air biasa. Krn biasanya saya rebus sebentar lalu toss kan.

    Anak saya yg paling suka kalo tak ada sayuran 🤭. Saya pula biasanya pakai sayur. Tp kalo dlm kulkas sedang tak ada, tanpa sayur pun jadilaaah. Yg penting ada topping cumi atau baso atau udang atau ayam

    ReplyDelete
  14. Wahhhh nampak menggiurkan ni. Saya pun sama kalau masak bihun goreng tidak letak sayur sebab anak-beranak tak makan sayur😅

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad