Semalam, lepas hantar Mijan sekolah,
terus je Mama Yan dan suami menuju ke Hospital Sultanah Aminah.
Sampai Hospital 10 minit belum pukul lapan.
Ambil nombor kemudian,
terus sahaja menunggu.
selepas dua jam menunggu,
akhirnya MY pun dipanggil masuk ke bilik doktor.
Doktor minta buat XRay lagi sekali untuk lihat keadaan sebenar tulang belakang MY,
XRay dari klinik swasta tu tak berapa jelas.
Lepas dah siap X-Ray,
Barulah nampak dengan jelas keadaan tulang belakang Mama Yan sedikit bengkok.
nama penyakitnya 'thoracic scoliosis.'
tulang bahagian atas bengkok dan bongkok juga.
Tapi tidaklah begitu kronik sebab tak sakit pun,
Jadi lepas ni tak perlu ke hospital lagi.
Walaubagaimanapun, MY perlu menjalani fisioterapi untuk pastikan tulang belakang MY tidak semakin memburuk kondisinya.
Mama Yan diminta untuk menjalani fisio di Hospital Pontian sahaja.
Kami pun pulang untuk uruskan anak anak balik sekolah dan makan minum mereka sebelum ke sekolah agama.
Sempat juga la singgah Watson untuk membeli skincare dan ubat gigi baru.
Yang ada ni tak sesuai dengan Mama Yan...
pedih dan gatal kulit muka serta tepi bibir.
Lepas hantar Ucid dan Sarah ke sekolah agama,
Suami MY bawa ke Hospital Pontian pula untuk temujanji fisioterapi.
Hujung bulan ni baru dapat tarikh temujanji.
Begitulah orang takde insuran ya.
Nak buat camne..
Masa muda muda sihat waalfiat takde kesedaran,
Kesedaran tiba bila dah ada macam macam penyakit.
Sebab tu orang kata,
Biar menyesal beli, Jangan menyesal tak beli.
Bukan main lama lagi menunggu dari satu temujanji ke temujanji yang lain.
Mujurlah skoliosis Mama Yan tak kronik sangat.
Mulai hari ni,
MY berazam untuk tidak duduk bersilang kaki,
Tak bongkokkan badan semasa mengadap komputer,
Menjaga postur tulang belakang semasa duduk dan berjalan,
Tapi selalu je terlupa..
Dan penatnya nak duduk tegak tegak ni..hahaha...
Sana sini sinun orang menghias taman dengan bendera Malaysia.
Ni gambar di Hospital Pontian.
Semoga tidak serius dan dapat dipulihkan
ReplyDeletekena rajin2 gi fisio la yer mama yan..moga sihat2 je yer..
ReplyDeleteSemoga dipermudahkn semua urusan..Amin
ReplyDeleteMoga dipermudahkan buat MY, diberi kesembuhan utk masalahnya ya. Sihat terus MY
ReplyDeleteammi pun kadang-kadang lupa. suka bongkok bila duduk hadap komputer. so skrg ammi akan tarik kerusi serapat yg boleh dgnan meja biar tegak duduk. nasib baik perut tak over buncit...kalau tak ada halangan pulak disitu haha
ReplyDeleteKat HSA tu kalau tak menunggu lama tak sah. Jauh juga nak kena pergi ke Hospital Pontian. Semoga kesihatan Mama Yan terus membaik. Aamiin...
ReplyDeleteKalo saya supaya tak bungkuk, selalu pakai korset kak 😄. Memang ribet, tp itu sangat membantu saya utk selalu duduk tegak. Dan mungkin Krn dah terbiasa sejak nikah (dipaksa mama awalnya habis melahirkan), skr JD terbiasa.
ReplyDeleteTapi bagi yg tak biasa, mungkin agak susah. Awal2 pun saya banyak lupa. Tapi Krn mama bakal marah kalo tahu saya tak pakai, akhirnya JD pakai trus sampai skr. ðŸ¤ðŸ˜„
semoga kembali pulih...take care!
ReplyDelete