Good Partner Drama Korea - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 12, 2024

Good Partner Drama Korea

 



Mengisahkan seorang peguam perceraian yang terkenal di Korea bernama Cha Eun-kyung,
Dan seorang peguam junior bernama Han Yu-ri

Cha Eun-kyung mempunyai seorang suami dan anak perempuan remaja,

 Manakala Han Yu-ri pula seorang  graduan undang undang yang baru sahaja bekerja di Daejeong.

Suatu hari, Han Yu-ri telah ternampak kecurangan suami Cha Eun Kyung,
Skandal suami Cha Eun kyung ialah setiausaha Puan Cha sendiri.
Han Yu-ri dilantik menjadi peguam perceraian Cha.
Mereka menjadi lebih rapat selepas itu.
Mereka bercerai tanpa melalui perbicaraan mahkamah demi menjaga hati anak perempuan mereka.

Selepas perceraian,
Kerjaya Cha Eun kyung agak terjejas kerana beliau perlu menguruskan anaknya sendirian,
Keadaan menjadi semakin rumit apabila Cha Eun Kyung menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan.

Setiap episod ada kisah pendek klien mereka.
Ada pelbagai kisah dan ragam kehidupan rumahtangga,
MY rasa,
kisah ni bukan setakat di Korea,
Tetapi di seluruh negara ada kisah yang sebegini.
keganasan rumah tangga,
curang dengan suami,
curang dengan isteri,
perebutan hak penjagaan, 
depresi,
harta sepencarian dan lain-lain lagi.

Cerita ni belum habis siarannya…
Mama Yan menontonnya di aplikasi Viu,
Episod baru ke udara setiap malam Jumaat dan Sabtu.
Kalau ceritanya dah habis nanti MY sambung pula dengan kesudahannya okay.


Tajuk : Good Partner
Genre : Undang-undang, kekeluargaan
Penulis : Chi Yu-na
Pengarah : Kim Ga-nam / Ahn Ji-sook
Barisan Pelakon :
Jang Na-ra sebagai Cha Eun kyeong
Nam Ji-Hyun sebagai Han Yu Ri
Kim Jun-han sebagai Jung U Jin
Pyo Ji-hun sebagai Jeon Eun Ho
Bahasa : Korea
Jumlah Episod : 16


dalam drama Hospital Playlist pun,
Mamat ni jadi hero yang menyedihkan,
Heroin tak pandang pun.
Dalam Good Partner ni,
Dia jadi colleague Cha Eun kyung dan Han Yu-ri,
merangkap share partner syarikat guaman tu..

Dalam draft Mama Yan cuma ada gambar gambar masakan aje.
Takkan hari hari nak tulis cerita masak.
Dahla gambar tak lawa,
Masak biasa biasa aje pula tu..
Simpan dulu la gambar masakan MY tu...hihihi


6 comments:

  1. best apa ceta masak-masak... memberi inspirasi mak-mak lain utk idea masak mlm nnt.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...mama yan nie...masak pun boleh...mana tahu boleh jadi modal utk linda msak dekat rumah pulak...linda belum tengok good patner nie...yang on going skang tengok cerita "cindrella at 2 am" tu....

    ReplyDelete
  3. ooo..ni cita yg ada kawan MA ckp best tu.. ongoing lagi yer.. oookkk

    ReplyDelete
  4. dah lama tak melayan drama korea, xde mood nak tengok drama sekarang ni.

    ReplyDelete
  5. Ini dah masuk juga dalam list to watch saya. Tapi Krn msh on going, saya belum nak nonton. Tunggu sampai tamat dulu. 😁. Biar bisa langsung marathon nonton selesai 🤭🤭. Kalo yg main Jang na ra, saya sukaa memang drama2 dia.

    ReplyDelete
  6. KSarie tengok cerita ni 1 episod lepas tuh berhenti. Mungkin akan sambung balik tengok lepas baca review ni

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad