Dah dua kali perjalanan dengan anak anak kami berhenti rehat di hentian sebelah Pedas - Linggi ni.
Kali ini,
Kami bermusafir ke Kuala Lumpur.
Mama Yan ada reunion dengan ex rumah sewa Taman Universiti, Skudai sempena hari Malaysia.
Sehari sebelum tu,
Layan anak anak dulu.
Kami rancang nak bertolak pukul 8.00 pagi dari rumah.
Tapi sekitar pukul 5 pagi, rumah MY blackout pula.
Memang kacaulah perancangan kami.
Suami tak berani nak tinggalkan rumah kalau masalah bekalan elektrik belum diselesaikan oleh TNB,
Sebab takut pam kolam ikan tak restart.
Mama Yan pula plan nak goreng bihun,
Tapi bawang belum blender,
Hmmm… goreng nugget ajelah.
Kami mula bertolak pukul 9 macam tu la..
Lepas bekalan elektrik kembali.
Berhenti park kereta bawah pokok kelumpang,
Redup sikit.
Pokok ni ada buahnya…
Tapi entahla boleh makan ke tidak.
Sambil berehat,
Kami beli makanan macam bebola dan sosej cucuk cucuk,
Beli pau, kuih bakar dan air minuman.
Nampak ada ibu bapa muda yang turut berhenti rehat,
Si bapa turun tolong buatkan susu anak,
Kemudian hulurkan pada ibu dalam kereta,
Mama Yan dan suami tersenyum melihat,
“Dah habis dah fasa buat susu kita”
“Ye… ni fasa shopping kat setiap hentian,
Sekali berhenti memang antara RM50 hingga RM100”
Hahaha…
Siapa suruh beranak ramai ramai..
Tengok orang yang menuju ke arah Selatan Semenanjung Malaysia.. tak putus putus,
Alhamdulillah jalan menuju ke KL hanya sesak di Lebuhraya Senawang Seremban, tol Sungai Besi dan di pusat Bandaraya sahaja.
Perjalanan lancar sahaja.
Lepas sampai KL,
Kami pun terus menuju ke Taman Burung Kuala Lumpur.
Kalau rajin,
Adalah story nya,
Kau takde… apa nak dikata … hahaha
Blogger suam suam macam Mama Yan ni macam tu lah.
Menulis sekadar untuk meluahkan rasa sahaja…
Time ada mood, adalah menulis…
Kalau takde mood,
Kita baring baring skrol tik tok aje… hahaha
Sekian, wassalam.
Jem teruk weekend baru ni. Semua ambil peluang untuk jalan2 sempena cuti panjang.
ReplyDeleteJalan2 masa cuti mesti ngadap jem manjang
ReplyDeleteSeronok bila lawan arus ni MY, orang ramai nak balik kampung kita nak ke bandor. Jadi selamat sikit lah kan, bandar KL hari ahad dan isnin lenggang je tak sesak macam biasa.
ReplyDeleteKat Taman Burung tu berapa RM pulak la yg wassalam ya, hihihi.
ReplyDeleteMujur cepat juga ada bekalan elektriknya. Cuti panjang ni tengok jem sana sini. Bertabahlah siapa yang kena hadap jem tu. Lumrah kehidupan blogger. Ada kalanya mood kelaut. huhu...
ReplyDeleteFaham rasa gumbira bila berada di lane yang tidak sesak. Kadang-kadang malas hendak menguit sana sini
ReplyDeleteSy dr KL Ke Melaka hari sabtu sis =D
ReplyDeleteCuti panjang Kak SA plan semua kelaut dalam...Pak Zain sakit dan warded kan
ReplyDelete