Kerang Masak Tiga Rasa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 3, 2024

Kerang Masak Tiga Rasa

 
Suami belikan sekilo kerang,
Biasa kerang ni kami buat sup aje.
Masa belum kahwin dulu, 
Kat rumah Pahang,
Kerang memang rebus aje.
Lepas tu makan cicah cili kicap.
Gitu aje.
Tapi sesemenjak dah ada media sosial ni,
ada akses untuk menonton lebih banyak drama dan filem dari luar,
macam macam resepi dapat kita cuba.
antaranya,
Kerang masak tiga rasa...
Beria sangat Mama Yan ni kan...
Nama menu taknak kalah...hahaha

Kerang Masak Tiga Rasa
Anak anak pun dah pandai makan kerang..
diorang kata sedap..
Yeahhh...
Bangga oii...
Terkejut juga tengok lima dari enam anak dah pandai makan kerang.
Diorang ni mana makan menda pelik pelik sikit..
Kali ni tengok diorang bedal semacam je..
Tak lama lagi tak cukup dah kerang sekilo ni sekali masak..hahaha
Adik mijan makan ikan atau ayam goreng je.

Resipi Kerang Masak Tiga Rasa


Bahan - bahan:

1 kilo kerang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia.
4-5 tangkai cili padi (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
3 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
sedikit garam
sedikit gula
sedikit gula
2 helai daun limau purut
1 batang serai
sedikit daun sup ( kalau suka daun ketumbar boleh guna daun ketumbar)
Minyak untuk menumis

Cara cara menyediakan kerang masak tiga rasa:

1. Bersihkan kerang.
2. Masukkan kerang dengan suku cawan air ke dalam periuk, 
Hidupkan api besar dan tutup periuk dengan penutup periuk,
masak lebih kurang 5 minit.
3. Matikan api kerang dan buang air(jika masih ada).
Tuang ais sejuk peti.
Kopek kerang dan buang sebelah cengkerangnya. sebelah lagi biar melekat pada isi kerang.
4. Kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia.
5 Potong dadu tomato.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar bersama dengan serai sehingga naik bau.
7. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, garam, gula
8. Kacau sebati dan masukkan pula daun limau purut dan tomato. Kacau sebati.
9. Masukkan kerang, kacau rata supaya setiap ulas kerang tu diselaputi sambal tiga rasa.
10. last sekali masukkan daun sup.
11. Sedia untuk dihidangkan


Kerang Masak Tiga Rasa
Nak masukkan resipi masakan dalam blog kena ambil gambar bahan-bahan.
Kalau tak, memang lupa masa nak tulis nanti...
Dah la resepinya masuk blog beberapa minggu kemudian. 


Kerang Masak Tiga Rasa
Ni kali pertama MY masak macam ni.
Selalu kopek terus je, buang kulit.
Tengok dalam drama Korea Reply 1988,
Bapak Deok Sun tu suka sangat makan lauk kerang,
Tapi mak dia kata,''asyik nak lauk kerang aje, ingat tak penat ke kena kopek kulit kerang tu" 
so kita cuba la buat masakan kerang macam ni,


Kerang Masak Tiga Rasa
Taruk serai, daun limau purut dan tomato ambik feel kedai Toye Siye.


Kerang Masak Tiga Rasa
Kulit kerang tu Mama Yan dah berus dah tau,
Tapi tetap tak tak putih macam pasir puti tepi pantai.
Kira halal la tu,
Memang lahir lahir dah memang warnanya gitu la tu maknanya.
cucuk botox pun tak boleh putih dah.


Kerang Masak Tiga Rasa
Last sekali masuk daun sup.
Kemain segar daun supnya.
Suami beli daun sup sebab biasa nya kerang buat sup aje.
Kalau tak letak kang,
lecur pulak daun sup tu.
Kita letak ajelah daun sup ni walaupun tak masak lauk sup pun.
 








8 comments:

  1. dapnye.. Ibu MA pun masak sambal kerang weekend lepas...dappp

    ReplyDelete
  2. ammi pun tak makan kerang, tapi masak jugaklah kerang sbb anak bujang berdua tu dan suami suka

    ReplyDelete
  3. Dapnya kerang! Masak apa pun sedap!

    ReplyDelete
  4. Menarik juga ni masak tiga rasa. Kerang ni masak apa pun sedap. Sebab rebus pun sedap dah kan. Itu paling simple dan tambah lagi sedap cicah sambal kicap tu. Lepas ni agaknya kena tambah jadi 2 kilo kot.

    ReplyDelete
  5. lama tk mkn kerang ..sedap tu ...tp biasa mkn kerang rebus or kerang bakar je..

    ReplyDelete
  6. Kesian tukang masak
    kena kupas kerang seketul2
    Tukang makan laju ajelah

    ReplyDelete
  7. Aghhhhhh saya sukaaaa kerang ini 😍😍😍😍😍😍😍. Nak coba buaaat. Pasti sedaaap. Tp kerang dara ini ada yg cangkangnya sudah dibuang kak. Kalo pakai itu pun tak masalah kan yaa. Saya malas pula buka2 dan bersihkan cangkang dia🤣

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad