Kesudahan Drama Korea | Good Partner - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 24, 2024

Kesudahan Drama Korea | Good Partner

Ini adalah sambungan dari entry Good Partner Drama Korea

 Dah berakhir dah drama Korea Good Partner hari Jumaat lepas.
Kesudahannya pun simple aje..
Cerita ringan je...
Ingatkan lepas dia terbabit jadi saksi pembunuhan yang dilakukan oleh anak guam dia,
cerita akan ada konflik berat,
Rupanya takk...

Masa perbicaraan anak guam dia,
Peguam Cha Eun-kyung menjadi saksi pendakwaan dengan mengemukakan bukti berupa rakaman suara.
Selepas selesai perbicaraan,
Cha Eun-kyung meletak jawatan dari firma guama Daejeong dan membuka firma guamannya sendiri.

Agak sukar berkerja sendirian,
Peguam Jung Woo-jin meminta Peguam bawahannya Jeon Eun-ho menyertai Cha Eun-kyung di Firma Spring Again.
Jeon Eun-ho agak cargas membuat kerja kerja marketing dengan membuat akaun media sosial untuk Firma guaman milik Cha Eun-kyung.

Akhirnya Han Yu-ri bercinta juga dengan Jeon Eun-ho.
Okayla tu..
Kut la ingatkan nak bercinta dengan bos dia ke..

Lepas tu,
Cha Eun-kyung pujuk anaknya agar memaafkan perbuatan ayahnya yang curang.
Tetapi sebagai isteri, Cha Eun-kyung takkan dapat memaafkan bekas suaminya.
Sebagai anak, Jae-hee patut memberi peluang kepada ayahnya kerana selama ini ayahnya adalah seoarang ayah yang baik.
Seorang anak tak patut menjadi mangsa permasalahan orang tua mereka.

Ceritanya setakat okay ajelah nak ditonton...
Taklah terlalu ringan tapi,
taklah terlalu ringan.
Ada juga kes kes perceraian yang dilakonkan agak menyentuh hati,
lebih lebih bila menyentuh bab hubungan ibu bapa & anak,
ada juga kes yang menyakitkan hati...

Jang na ra
Dalam cerita ni,
Jang Na-ra akhirnya nampak lebih dewasa.
Hilang dah kecomelan dia akhirnya.
Suara je masih maintain comel.

1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad