Kisah makanan dan minuman - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 5, 2024

Kisah makanan dan minuman

Ni gambar dan kisah makanan dan minuman secara rawak aje.
Saja tulis tulis buat kenangan.
lepas tu boleh la delete gambar dari dalam handphone.
 
Restoran Kemangi Pontian
Ni daging masak cili kering.
Suami Mama Yan order masa kami keluar makan malam di Restoran Kemangi Pontian.
Malam tu, Mama Yan dan suami makan nasi putih,
Order lauk daging atas ni,
sup ekor dan telur dadar.
Dah lama tak makan sup ekor, teringin pula.
Raya korban baru ni,
Kami tak buat korban sebab masalah cuti sekolah anak.
Tu yang tak puas makan sup ekor tu.. hahaha...
Padahal boleh je beli sendiri. Mengada kan?

Sedap pulak sup ekor dan lauk daging cili kering ni.
Tapi bukan nak cakap apa..
 masakan dan servis di Restoran Kemangi tu,
setakat ni, tidak mengecewakan la.
Masih nak datang lagi dan lagi...
Kenapa ada satu gambar aje?
Sebab ada satu lauk je MY sempat ambil gambar sebelum handphone Mama Yan di hijack oleh adik Mijan.
Yang lain takde gambar ...


Ni gambar sarapan Mama Yan dan suami di suatu pagi yang hening.
Kami buat air masing masing,
Mama Yan suka minum kopi o.. 
Suami minum kopi alicafe.
Kami makan roti red bean beli di SDS aje.
Sedap, lembut dan lembab aje rotinya.
Tapi tak tahan lama macam roti Gardenia semua tu.
Tahan 3 hari je,
Lepas tu berkulat.


Ni nasi goreng yang anak anak bawa balik dari Kem Bistari Solat yang diadakan.
MY tanya la anak anak, kenapa korang tak makan kat sekolah je?

Sarah : Masa rehat tadi, Cikgu kata siapa belum sarapan, boleh makan sekarang. Sarah kan dah sarapan kat rumah, takleh la makan.

Aril : Hmm... dah selalu sangat makan nasi goreng macam ni, i kenot go.

Ucid : Eh.. Ucid dah makan yang Ucid punya waktu rehat tadi. Yang Ucid bawa balik ni, yang lebih orang tak datang. Ucid tanya cikgu boleh amik lagi satu tak? Cikgu kata boleh...

Tiga anak, tiga jawapan berbeza. Lurus betul anak dara sorang tu..
Dah bawa balik, mak dia la yang bedal.
Potong cili, pecah telur, seng balik dalam kuali. 
taruk kicap.. Baru boleh telan.


Yang ni pula air Honey lemon..
Ni masa hari Sabtu lepas.
Masa tu suami MY hantarkan ke salon rambut untuk buat rawatan kulit kepala.
Lama juga.
Keluar dari salon, kami pergi Angsana untuk beli barang sikit.
Sampai Angsana, suami ajak makan dulu.
Kat restoran mana?
Rahsia...
sebab makanannya semua mengecewakan.
Setakat boleh makan aje.
Sedap tu memang takde.
Air dia je sedap.
Suami order nasi beriani daging,
Mama Yan order nasi goreng chicken Chop.
Nasi goreng dia serupa sangat rasa dan rupanya dengan nasi goreng yang anak anak dapat masa Kem Bistari Solat kat atas ni.
Ayam chicken chop dia pun jauh dari garis piawai. 
Memang kali terakhir la datang situ.

MY sebenarnya nak makan kat food court kat luar tu,
Makan mi rebus ke, nasi ayam ke, rojak asma ke.. 
tapi, terlalu penuh pelanggan. Terlalu ramai orang masa tu.
Tu yang makan kat dalam restoran tu.

Malas nak pening fikir tempat makan sebab lepas tu nak pergi sekolah abang pula..
Si abang dah tiga kali call tanya tak nak datang melawat ke?
Kali ke empat dia call,
"Ma, datang la lawat abang. Abang selesema, belikan ubat selesema abang. Selipar abang dah terkopak rosak, jajan pun dah habis."
Hahaha.. kalau dari awal suruh datang belikan barang pesanan kan senang,
ni cakap berlapik beralas,
"tak datang melawat ke?"
Kita faham dia suruh datang,
tapi saja nak tunggu dia minta mak dia datang.


Nasi goreng untuk anak anak sarapan pagi sebelum pergi sekolah.
Kalau tak habis,
Mak diorang la yang kena habiskan. 
Tapi pagi pagi MY tak masakkan yang pedas untuk diorang,
Kenalah MY gunting cili padi dan tabur bilis goreng sikit.


Karipap separuh udara.
Intinya kurang menepati citarasa.
Beli 5 bijik dua hinggit.
Suami MY makan seketul,
MY makan seketul,
Tiga ketul lagi ada bawah tudung saji.
Karipap ni,
Kalau saiz dia kecik sikit,
biasa intinya banyak dan sedap.
Kalau dia nampak sedang sedap,
tapi sebenarnya dia menggelembung kerana berisi udara.
hahaha...
Banyak kali dah MY tertipu.
Inti tak penuh takpe,
Tapi kalau inti rasa tak sedap tu yang lemah tu.
Intinya ada rasa masam masam sikit.
Macam terlebih asam jawa la gitu.
Tapi takpelah..
Lain kali tak payah beli lagi kat situ.

Okay.. sekian lah tulisan Mama Yan pada kali ni..
Wassalam.



12 comments:

  1. Nowdays memang selalu dapat karipap inti sikit oksigen yang lebih...diornag ni meniaga biar la jujur...lauk daging atas tu menggoda...eh..sama la akak pun lama x makan sup ekor..

    ReplyDelete
  2. MA pun suka roti2 kat SDS...lembut.

    ReplyDelete
  3. Fuhh..satu makanan panjang kisahnya. Roti jenis macam tu memang tak tahan lama. Dia kena habiskan cepat. Terhibur baca jawapan masing-masing pasal nasi goreng tu. Kalau makanan tak sedap, memang itulah kali terakhir jejak kan. Lepas ni tak da dah nak datang situ. Masih ada lagi karipap inti oksigen ye. Sabar je lah kalau ter dapat tu.

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng legend... Semoga cerita selalu 🌹🌹

    ReplyDelete
  5. samalah Yan, kak ana pun jenis rajin ambil gambar makanan, lepas post di IG atau blog delete dah dari hp :)

    ReplyDelete
  6. Rojak asma cuma ada di Johor, kalau balik kampung wajib cari selalunya MY

    ReplyDelete
  7. Tp duluuuuu zaman kecil ya kak, saya paling suka karipap (kalo di sini sebutnya pastel) inti oksigen 😂😄. Krn saya LBH suka adonan kulitnya. JD kdg minta mama isi sikiiit aja.

    Baru setelah besar saya mulai suka karipap yg pakai inti kari macam di Malaysia. Di Indonesia isinya beda.

    Anak2' saya pun sukaa sangat menyisakan atau tak makan bekal. Atau pernah juga, bekalnya dimakan temen 😄. Tapi saya prefer bekal dimakan teman yg penting habis, drpd dia bawa balik msh full 😅

    ReplyDelete
  8. Nasik goreng tak kedekut bilis cam tu memang yummy!

    ReplyDelete
  9. Ada satu kedai karipap kat pekan sg besi. Abg tu canai dan buat karipap disitu dan terus goreng. Inti dia sedap. Rupa karipap dia buruk je, tp alaahaiii sedap yakmat ditekak. Inti basah2, panas2.

    ReplyDelete
  10. Sama laa..kadang rajin nak snap gambar makanan ..saja nak cerita² dalam blog .. lepas tu delete dlm phone kan ..

    ReplyDelete
  11. Ala... Kesian abangnya rindu pada mama ye minta datang melawat❤Kalau makan di restoran/kedai yang makanannya mengecewakan memang sedih lagi-lagi kalau tengah lapar kan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad