Sambungan dari entry sebelum ni.. Hentian Sebelah Pedas - Linggi.
Aktiviti pertama dalam trip kali ni ialah berkunjung ke Taman Burung.
Selepas berpusing, terlepas susur, salah masuk simpang, u turn dan u turn lagi..
Akhirnya Mama Yan sekeluarga sampai juga ke Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Bird Park.
Dah lama teringin nak bawa anak anak datang sini.
Ini kunjungan Mama Yan kali kedua.
Suami dan anak anak kali pertama lah.
Kali pertama MY berpeluang ke Taman Burung ni masa darjah 5,
Ikut rombongan sekolah
Lega la dah sampai..
sebab tak tahan nak terkucil...
hahaha...
Harga tiket bagi pemegang MYKad adalah RM45 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak kanak,
Kena tunjuk MYkad ye masa nak beli tiket.
MY tak beli tiket online,
sebaliknya,
beli masa dah sampai.
Sebab takut takut jadual berubah ke..
Terlewat ke..
Tukar plan ke..
Masuk je pagar,
Kami disambut sekumpulan burung bangau ni...
Terbang sipi sipi je kat kepala...
Nampak jinak,
tapi bila dekat dia mencubit ye..
Dan Mama Yan pun berlari-larian dengan dak Mijan..
Nak terpulas ke belakang rasa tempurung lutut sebab bentuk muka bumi dia turun naik bukit..
Dak Mijan ni pula asyik berlari...
Waaa...
Mama ajak sini nak healing healing tengok burung..
tengok pokok...
tengok ikan...
Ko bantaila berlari tak ketahuan hala...
ni barulah contoh healing...
Bujang ni temankan ayah..
sebab ayah takleh jalan laju...
Satu frame tak boleh lebih enam orang..
Mama dengan ayah terpaksa disingkirkan..
Korang je la ambil gambar adik beradik...
semua superstar birds dalam ni jinak jinak belaka..
semua dah faham tugas masing masing untuk bergambar...
Brader yang bertugas sebagai jurufoto di sini pun,
tersangatlah baiknya..
siap ambil handphone suami dan snap gambar serta video.
Susunkan anak anak dengan mesra...
Memang 5 bintang la para petugas kat KL Bird ni...
Ini senarai burung yang bertugas..
Dari jenis burung kakak tua, bayan dan nuri ..
Burung gagak, merpati, tiung tak main ye...hahaha
Selain dari tu,
kami sempat tengok bird show juga.
Tapi birds show dia nampak biasa biasa aje..
Tapi masa bird show tu,
Mijan meragam sebab dia minta handphone nak rakam video,
Tapi handphone Mama Yan baterinya dah tinggal sikit sebab asyik buka maps je.
Kalau buka maps,
memang laju betul bateri habis.
mula lah nak merajuk.
Lepas tu, pada peta yang petugas berikan tu ada gambar tasik,
Mijan dah sibuk ''I want pool, I want pool''
Mama Yan pula tak faham..
Bawa la dia pergi area tasik tu..
''Noo...it's not pool, I want pool. P.O.O.L''
Siap dia bagi spelling kat kita..
Perghh...
Dia dah menggeletat sangat nak mandi swimming pool agaknya sebab panas dan rimas.
Mama Yan pun sebenarnya hati tak tenang,
sebabnya,
Suami bagi MY kunci kereta sebab dia nak pergi toilet dulu.
So Mama Yan la orang yang bertanggungjawab untuk kunci kereta.
Tapi lepas masuk dalam Taman Burung tu,
MY tiba tiba terlintas,
Tadi aku kunci kereta ke tidak?
hahaha... Tak suka betul kalau kena macam tu.
Biasa bawa kereta sendiri dia autolock.
Kereta Starex ni,
dia serba manual.
Dah Mijan nak pergi pool sesangat,
Terus la jalan menuju ke kereta.
Yerr... Memang Mama Yan dah kunci pun keretanya.
Alahai,.. buat penat aje susah hati kat dalam taman tu tadi.
Sebab ada duit cash tertinggal,
kamera tertinggal,
tu yang risau tu.
Padahal risau tak bertempat.
Sempat la singgah beli souvenir Taman Burung si Sarah ni.
Walaupun MY ajak beli kat tempat lain,
dia dah nak tarik muka.
tak sabar sabar nak membeli pun.
Bukan apa,
dalam kedai cenderahati tu penuh dengan rombongan budak sekolah SJKT.
Haaa..kann... budak budak tu asyik potong barisan masa nak bayar.
Mama Yan malas bising,
diam diam aje la..
Eh... Sarah pulak yang buat muka bentak bentak sebab budak budak rombongan tu asyik potong q...
Hahaha...
tulah, mak cakap taknak dengar.
Mama Yan beli seketul FM je untuk lekat kat peti ais,
Sarah beli 12 rantai kunci nak bagi bestie dia...
5 batang pen,
buku nota dan entah apa lagi lah..
kopak mak membayarnya walaupun pakai kad kredit ayah dia.
Masa kami datang,
Tak ramai pengunjung pun.
pengunjung pun ramai tourist luar dan satu rombongan sekolah.
Agak selesa juga la..
Tak sesak sangat.
Berhampiran dengan Taman Burung ni juga ada beberapa taman lain macam Taman Botani, Taman Rama-rama dan Taman Orkid.
Nak pergi pun sebenarnya tak susah sangat zaman sekarang ni,
Boleh naik bas hop-on hop-off..
Alhamdulillah... selesai tunai keinginan hati nak bawa anak pergi Taman Burung.
Tapi anak anak tidak la teruja sangat pun...
Ayahnya je yang suka...
Lama kami tunggu ayahnya dalam kereta sebab ayah jalan slow slow..
Satu sebab sakit belakang,
dua sebab menghayati keunikan burung burung dalam tu..
Okayla tu kan...
Nanti sambung lagi dengan kisah seterusnya trip KL kami..
Sekian, wassalam.
Wahhhhhh sure budak-budak happy. Di samping berinteraksi dengan unggas, banyak ilmu juga deme boleh belajar kan.
ReplyDeleteCantik fridge magnet tu
ReplyDeleteAyahnya dan anak2 healing, MY la yang kewalahen kepenatan ye. Kene healing lain tu MY, kotla dah sampai KL pi supink2 orite jugak tu kan heehehhehe. Pibeli cenderamata banyak jugak tu compom la harga pun bukan main mahal kan.
ReplyDeletebestnya..ni port dating MA dulu....Ian & Iris pun jenjalan kat sini..byk kali la gi sbb dekat ngan opis lama MA kan... memang seronok gi jenjalan kat situ, puas hati
ReplyDeleteBoleh tahan mahal juga ye harga tiket dia. Macam masuk Zoo kaedahnya. Comel je superstar birds tu. Pandai berposing ambil gambar. Eh eh terbalik pulak, selalunya anak-anak yang suka tempat macam ni. hihi...
ReplyDeleteBest juga ni. Next boleh bawak anak jalan sini
ReplyDeletePH pun selalu gak jadi risau tak bertempat ni, kadang letih la nak hadap. Tengah² drive terfikir x tutup gas la, pagar kunci ke tidak macam²....
ReplyDeleteTak pernah lagi pergi Birds Park ni. Tengok pada harga ticket tu, mahal juga ye ..
Dah RM45 harga tiketnya ye. lama sungguh kak ana tak masuk walaupun selalu je ke area Taman Botanic ni,, may be sebab dah tak ada anak kecil dah kan nak masuk Bird Park.
ReplyDeleteSempat tak singgah Hornbill Cafe dekat Taman Burung tu? Makanan kat situ sedap jugak, dan yang penting lepas penat berjalan dalam taman burung dengan keadaan muka bumi yang berbukit tu, ada aircond sejuk dalam kafe 😄
ReplyDeleteBest jugak tu dapat tengok burung. Tapi tu la anak2 Cie sejenis takut binatang. Memang tak have fun la kalau pi bird park ke zoo ke. Cie pun sama jugak 😆.
ReplyDeleteBudak2 lagi suka kalau pegi tempat yang ada kolam
ReplyDeleteBoleh berkubang
Wow..Pricy jgk harga tix dia ye..
ReplyDeleteSeronoknya kat sini...akak dah 3-4 kali pi..tapi kan..kalau ajak suami ngan anak dara tu agak- agak diorang nak tak? hahhahaha
ReplyDelete