Dalam agenda percutian kami memang dah siap letak aktiviti main boling dah..
Tapi bila sampai masanya,
MY main anak beranak je..
Kawan MY datang lepak lepak kejap,
Lepas tu,
anak Gie nak mandi pool.
Anak-anak Ija awal lagi dah seret mak dia gi pool.
So, Mama Yan dan family je lah main bowling.
Shaira adalah buat beberapa kali balingan menggantikan dak Ucid yang kalah teruk.
Gurney Bowl ni terletak sama level dengan lobby hotel.
Level 6.
Ada la gerai Daily Fresh juga kat tepi tu.
Sambil sambil tunggu giliran, boleh la makan jagung dan waflle.
Gurney Bowl ni beroperasi bermula jam 10 pagi sehingga jam 11 malam.
Gurney Bowl ni kecik aje ye,
Ada 10 lane sahaja.
Bolehla buat aktiviti budak budak UTM..
Kami masa student dulu pun sesekali pernah juga main boling ramai ramai...
Dulu kami main di Skudai Parade.. kadang kadang di Angsana
Ni harga main Boling kat Gurney Mall ni ya.
Kalau tak clear boleh klik kat gambar bagi besar.
Ni kat lobby tempat bayar boling.
Oh ya.. ada tempat main snooker juga.
Ini papan skor untuk game kedua kami.
Ye kami main dua frame hari tu.
bagi anak anak puas.
Sibuk sangat masing masing nak main boling kann..
Mijan dengan Ucid tu semua orang jadi tukang baling time giliran dia.
First game je semangat,
lepas tu... sakit tangan dah katanya...
Sarah main hingga ke akhir pin.
Walaupun ke laut, ke longkang tetap semangat.
Beria je dia pilih bola.
ada sebiji je pun untuk budak budak.
Kawan MY kata anak sulung MY tu ada iras Meerqeen..
Puas gelak.
Meerqeen copy ori order kat Temu ke.. kat shopee? ke Alibaba..
Sekali baling bola boling,
sekali betulkan rambut.
hadehhh...
Wajib ada gambar gambar aktiviti..
Ni semua bukti mak bapak pernah bawa korang bersosial.. beraktiviti...
MY dengan kekawan yang hadir memberi sokongan moral..
hahaha...
alhamdulillah...seronok anak2 ye..
ReplyDeleteBudak² kalau nampak swimming pool selagi tak dapat berendam selagi tu tak senang duduk ...
ReplyDeletebestnya Yan, kak ana lama dah tinggal kan bowling ni :)
ReplyDeleteBenda paling bermakna adalah anak- anak happy..sesekali bawak bercuti macam ni kan
ReplyDelete