Makan Malam di Hadramawt Kitchen Datum Jelatek - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, September 23, 2024

Makan Malam di Hadramawt Kitchen Datum Jelatek

Tajuk makan malam di Hadramawt Kitchen,
 Tapi bukanlah nak cerita pasal restaurant tu pun.
Nak pelayang gambar kami je.
Kami ni asyiklah meramcang nak buat reunion ke sana,
Ke situ, ke sini..
Tapi tak pernah jadi pun.
Dua minggu sebelum hari Malaysia ni,
Mama Yan bagtahu kawan kawan yang MY nak datang KL.
Kalau nak jumpa set tempat.
Bincang-bincang,
Semua setuju nak lepak kat UTM Hotel tu.
Untuk makan malam,
Kami keluar ramai ramai ke Datum Jelatek untuk makan di Restaurant Hadramawt Kitchen ni.

Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Dalam Mall Datum Jelatek ni nampak mewah.
sebab bahagian atas tu mall tu memang kondo mewah.

Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Shaira dah call buat tempahan meja,
Jadi masa kami datang,
Meja dah siap susun macam ni.
Kami semua ada 17 orang,
Mama Yan - 8 pax
Shaira - 1 pax
Ija - 5 pax
Gie - 2 pax
Dil - 1 pax
Family Mama Yan aje dah separuh angka rombongan…

Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Ni semua Shaira punya gambar,
Dia forward kat group,
MY tinggal guna aje la…


Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Pening kepala nak pilih menu..
Dah pilih pilih,
Makanan sah sampai,
Barulah suami MY sampai sebab dia singgah beli barang,
Sekali suami MY kata mana cukup…
So dia tambah order lagi dan lagi…


Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Bukan selalu dapat peluang berkumpul macam ni.
Lepas 20 tahun baru dapat jumpa semula.
Kawan kawan serumah sewa MY semuanya menetap di sekitar KL / Selamgor.
Diorang selalu je jumpa,
Tapi MY yang tertinggal di bumi jauhar ni,
Jarang-jarang la dapat berkumpul bersama.
Suami Gie taknak join, jadi Gie bawa anak bongsu dia sorang je.


Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Antara the best moments in my life.

Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Memang kecoh betul nak ambil gambar ke padahal.
Nak repeat semula gambar dengan aksi yang sama walaupun tempat, masa, usia, saiz, rupa jauh berbeza.

Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Perbezaan selepas 22 tahun

Hadramawt Kitchen Datum Jelatek
Walaupun dah 20 tahun berlalu,
Persahabatan kami masih utuh..
Masih saling mengingati…
Saling menghormati..






 

15 comments:

  1. seronoknya MY silaturahim masih berpanjangan...kami ramai yang dah lost contact

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnya...Alhamdulillah semoga persahabatan yang dibina ini akan kekal sampai bila2..Aminnnnnn

    ReplyDelete
  3. Wahhh...Sy hari2 lalu dekat LRT jelatek tu..Tp sekali pun x pernah jejak lagi dlm Datum Jelatek tu..Anyway gmbr lama ke2 tu mcm hampir sama mcm gmbr sy dgn housemate kolej dulu =D

    ReplyDelete
  4. Seronoknya MY, datum jelatek tu tempat makan memacam jugak ada kira oklah. Tengok gambar tu semua sama saiz je walaupun dah berbeza 22 tahun tetap maintain selim semua. Mesti riuh rendah kan malam tu, meriah betul kan.

    ReplyDelete
  5. meriah dpt jmpa kwn2 lama ..mengimbau kenangan kan..yg penting persahabatan yg lama masih utuh....mall ni dkt la area umah

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, meriah dan seronok dapat RU selepas 22 tahun kan :) kemanisan ukhuwah

    ReplyDelete
  7. Fuhh reunion selepas 22 tahun... Mesti best.. tapi byk yg tak boleh borak tu.. kena buat reunion 3 hari 2 malam utk cover semua story mory hahaha..

    ReplyDelete
  8. Fuhh reunion selepas 22 tahun... Mesti best.. tapi byk yg tak boleh borak tu.. kena buat reunion 3 hari 2 malam utk cover semua story mory hahaha..

    ReplyDelete
  9. Persahabatan selama 20 tahun... respek betul la! Takde la jauh beza pun gambar lama dgn gambar sekarang, semua masih maintain muka tu dari zaman anak dara sunti dulu 😄

    ReplyDelete
  10. Bestnya.. yg best tang gambar tu kan. akak baru last sunday jumpa lagi kawan2 yg lebih 40 thn dah.

    ReplyDelete
  11. Selamat menjamu selera. Kawan baik macam ni lah.

    ReplyDelete
  12. seronoknya jumpa kawan- kawan...semoga ukhwah teus berpanjangan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad