Perjalanan ke TRX Mall yang penuh liku - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 26, 2024

Perjalanan ke TRX Mall yang penuh liku

Hari Isnin, 16 September 2024,
 Untuk lunch,
Lepas check out dari Hotel UTM,
kami sepakat nak makan di TRX Mall.
Maklumla MY dan keluarga kan tinggal di Johor.
Teringinlah nak ke TRX Mall.
Nak tengok bangunan tinggi.

Tapi.. perancangan tak berjalan dengan lancar.. hahaha..
Sepatutnya kami park aje kereta kat mana mana stesen MRT,
terus aje naik MRT ke Tun Razak Exchange.
Ni gatal gak nak bawa kereta..

Mama Yan dan suami dua dua tak tahu jalan,
dah tengok Google maps,
pun tak berjaya,
terlepas susur banyak kali.
Pusingan U beberapa kali
dah buang masa atas jalan,

Akhirnya dapat juga masuk kawasan parking TRX,
Tapi pusing pusing dalam tu,
Tak dapat parking.
Stress gila weh.
Takde parking,
parking valet pun full.
Akhirnya kawan kawan MY bagi cadangan,
pergi ke Intermark Mall,
Kemudian menapak ke stesen MRT Ampang Park,
Naik MRT dari Ampang Park ke MRT.

Okay.. kami ikut cadangan Shaira keluar dari parking TRX,
terus ke Intermark.
Dari Intermark, jalan kaki ke MRT Ampang Park,

MRT Ampang Park
Teruja sungguh oi orang dari selatan semenanjung ni masuk ke platform MRT.
Jauhhhh  ke bawah sana.
Naik gayat nak melangkah eskulator...
Alhamdulillah...
Walaupun kelam kabut,
Ini pengalaman yang berharga juga untuk kami sekeluarga.
Kagum juga la tengok binaan MRT bawah tanah ni.
Kat Pontian mana ada wei...


Bayangkan... tengah tengah kali pertama nak naik MRT,
dengan tak tahu arah dan jalan...
Tiba tiba muncul seorang zombie nak kokak anak kita...
Apa kita nak buat?
hahaha...

Wajib ambil gambar okay...
Koc Wanita Sahaja.
Dressing Sarah tu dia yang tentukan sendiri ya..
nak pakai apa dengan apa...
Dah besar dah..
Maknya masih suka kalau dia bertocang rambut aje..
Belum akil baligh kan..
Tapi dia dah taknak..
Dah malu... maknye punnn la....


Setelah berjaya dapat naik MRT,
Memang lega la.
Walaupun penuh,
Tapi tak jauh pun,
selang dua station aje dah sampai.
Orang siap bagi Mijan duduk lagi..
Mana dia naknya...
Abang abangnya semua berdiri kat tiang..
Dia pun nak berdiri pegang tiang juga...

Sampai TRX, sambung berjalan ke restoran Absolute Thai..
Kelam kabut semuanya..
sebab kawan kawan dah lama tunggu.
diorang pun dah siap makan dah..
Takkan nak tunggu kami yang entah sesat kat mana ni...
Anak anak dah kepenatan berjalan huru hara..
Mijan dah minta ayahnya gendong..


Sampai aje terus la makan...
Kawan kawan dah siap order makanan dah..
Tinggal order air aje.
Sedap juga food kat sini.
Kami makan nasi ala ala kedai toyey kat Johor je..
Tapi rasa dan harga berganda la...
TRX kann...

TRX Mall
Lepas siap makan,
Kami pergi ke area atas mall untuk bergambar.
Hari terlampau panas sampai nak celik mata pun susah.
Gambar pun jadi kelabu..
silau.
S & S..
Shaira dan anak MY, Sarah.


TRX Mall
Shaira sorang je yang masih slim macam 20 tahun lepas.
Yang lain semua dah bam bam...
Banyak kemain kami ambil gambar kat sana...


Nampak bangunan TRX...


TRX Mall
Pilih-pilih...
Yang mana satu..
idaman kalbu...
Tapi tiga orang dah jadi mak orang.
Memang janji dah nak bawa spek mata hitam..
Nak ambil gambar...
Tapi MY tertinggal dalam kereta..
Masa kat Intermark tu,
suami MY berhenti je kereta,
Sarah terus berlari nak cari toilet.
MY pun terus kejar dia...
Biar sorang sorang kang hilang pula,
Ini bukannya Pekan Nanas...
Tu yang terlupa terus bab cermin mata hitam.

Lepas sesi bergambar ni semua..
Kami pun berpisah di sini...
InsyaAllah..
Kalau panjang umur, murah rezeki,
kita jumpa lagi di lain kali...

Mama Yan dan family terus patah balik ke Intermark Mall.
Naik kereta dan gerak balik.
Suami MY kata, kita solat dan rehat kat R&R atau hentian sebelah je..
Tak boleh sambung explore Intermark pula.
Kita kena kena keluar dari KL sebelum 5.30 petang...
Dah keluar dari KL...
Laa... hari ni kat Public Holiday...
Patut takyah tergesa gesa pun tadi... hahaha...
Takpelah... dah keluar pun.

Sampai Air Keroh, 
Jem melekat tak bergerak.
Dengan bantuan Waze yang MY baru download,
Kami ikut Melaka ke Segamat.
Selalunya kami turun di Plaza Tol Tangkak.
Tapi sebab kenderaan dah merangkak macam kura-kura,
Keluar di Plaza Tol Air Keroh.
Ada jalan yang kami tak pernah lalu rupanya.
Masuk kat Universiti Teknikal Melaka (UTEM) tu.. pastu tembus ke Asahan..
Dari Asahan sampai Jementah... pastu Bandar Segamat...
Cuma kiri kanan estet..
Anak nak terkucil... Cuma boleh cakap Sabar... sabar..
sabar...
Tak jumpa petrol station.

Sampai Jementah... lega..
Ada pun stesyen minyak.
Sambung tidur rumah mentau satu malam.
Esoknya, kami pun bergerak balik ke rumah sendiri...
Makan berakhirlah cuti cuti KL kami...
Mama Yan gembira yang teramat sangat.
Dapat bawa anak jalan-jalan dan teroka benda baru.
Dapat jumpa kawan kawan serumah dulu...
Alhamdulillah..





8 comments:

  1. wah..dah sampai dah TRX dah..bestnya.. MA lum sampai lagi

    ReplyDelete
  2. Fuhh.. Memang berchenta lah jem hari tu... Linda pun tak sampai TRX lagi...

    ReplyDelete
  3. Wah...orng Johor dah sampai TRX, sama la macam Kak SA ngan Dania hari tu...sesat barat...salah masuk lorong...sampai Dania stress, sudahnya kami tak explore habis pun TRX...

    ReplyDelete
  4. Wahhh..Pengalaman betul ni..Sy yg duk KL ni pun x jejak lagi ke TRX..kena pegi jgk ni =D

    ReplyDelete
  5. kita orang pantai timur belum sampai TRX lagi...risau sesat barat juga nanti ni

    ReplyDelete
  6. Penuh makna perjalanan MY kali ni. Banyak pengalaman dapat dikutip, banyak kenangan dapat ditinggalkan.

    ReplyDelete
  7. Orang Gombak ni rileks je MY, jgn kata TRX, Pavilion pun belum sampai hahaha...
    Tapi seronok datang KL ni, macam² ada. Anak² pun pasti ingat kenangan ni...

    ReplyDelete
  8. penuh cabaran tu nk smp TRX mall...mmg rmi ckp better pi naik MRT sbb parking situ mahal...alhamdulillah smp jua MY sefamily ke TRx tu....absolute thai mmg sedap cuma harga nya la kayangan kan..sesekali tk pe

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad