Selepas lebih 20 tahun masing masing-masing membawa haluan sendiri,
Minggu lepas sempena cuti Hari Malaysia,
Kami berlima berkumpul semula,
mengulangi kemeriahan berbual di ruang tamu rumah sewa...
Malam tu kami buat 'kaftan party'..
Hahaha.. party sangat..
kami semua pakat pakai kaftan je...
Berbual sampai pukul 3 pagi.
Siap pakai masker muka sama...
gelak bagai nak rak...
Macam macam cerita keluar..
cerita sedih..
gembira..
liku liku hidup....
ada rahsia...
ada ceria..
sama macam dulu dulu juga...
Gie bawa kek butter buatan sendiri..
bukan main lembut gebu lagi keknya..
Dari zaman remaja lagi,
Gie memang terkenal dengan kebolehannya memasak.
Kami tukang basuh pinggan aje..
Ni mak Dil yang masak..
bihun goreng. Masakan mak mak memang luar biasa sedapnya.
Walaupun cuma bihun goreng,
bukan steak wagyu bukan laksa johor,
tapi sedap tau.. MY makan bertambah.
Nescafe tarik pun Dil yang buatkan.
Yang ni churros Dil beli...
Sambil lepaking, talking, chatting.. wajiblah eating eating.. ye dakk?
Kemudian ada buat sesi bertukar tukar hadiah kenangan juga.
Yang ni hadiah dari Gie.
Gie ni dulu room mate MY.
Sedikit tentang Gie,
Gie berasal dari Jerantut, Pahang.
Maknanya kat rumah sewa kami dulu ada dua orang la orang Pahang.
Tapi Gie selalu balik naik kereta api,
MY pula selalu naik bas.
Gie ni orangnya pendiam, pemalu, lemah lembut, sopan serta penuh sifat keibuan.
Bab kata orang sekarang memang ''demure''.
Memang kontra dengan rakan sebilik dia ni yang rock.
Yang ni pula dari Shaira.
Shaira pula dari Kuala Kangsar, Perak.
Masa cuti semester dulu, MY dengan Gie pernah pergi bercuti ke rumah Shaira di Kuala Kangsar.
Best.. jalan jalan, makan laksa tepi sungai, naik bot Sungai Sayong, beli pasu kecik kecik...
Parent dia pun tersangatlah baiknya.
Yang ni dari Ija.
Ija pula berasal dari Pulau Pinang,
Ada kerjaya yang agak hebat di syarikat pembinaan bertaraf antarabangsa.
Yang ni pula dari Dil...
Dil tu singkatan dari Adila.
Dil orang KL.
Antara yang berjaya juga..
seorang jurutera senior di pejabat konsultan.
MY bagi hadiah apa kat diorang semua,?
MY tak beli hadiah pun,
Ambil dari kabinet sahaja,
MY hadiahkan dengan sebiji mug Portmeirion,
Sebab betul betul takde idea nak bagi apa,
Lagipun, tak muat kereta la kalau nak bawa hadiah besar besar,
Inikan tanda kenangan aje…
Diorang semua selalu je berjumpa untuk sesi open house,
mengeteh semua tu..
Mama Yan yang selalu tak dapat join sebab tercicir kat Johor... hahaha...
Kali ni..
dapat juga berkumpul semua sekali...
Oh ya...
Terima kasih kepada suami MY yang jadi main sponsor untuk acara renewen ni...hahaha...
Harap harap ni bukanlah kali pertama dan terakhir.
Mudah mudahan dimurahkan rezeki dan diberi kelapangan untuk bertemu lagi nanti.
Aminn
Bestnyaa. House mate I semua entah dah kat mana tah.
ReplyDeleteDulu selalu juga melepak kat Tmn University tu, ank sedara duduk sana.
Wah bestnya! Nak ajak geng roommate PH buat reu jugalah hehe...
ReplyDeleteBestnya tukar² hadiah...
Wow..bestnya dpt mcm ni =D
ReplyDeleteWha! Mesti rasa tak cukup masa untuk borak kan?
ReplyDeleteSeronoknya kan jumpa geng- geng belajar..SA ada 5 orang termasuk SA..tapi dah 25 tahun lebih jugak x jumpa..semua dah ada urusan sendiri...2 orang datang masa wedding akak tahun lepas...rasa nak ajak jumpa tapi tu la x tau bila
ReplyDelete