UTM Hotel & Residence Kuala Lumpur - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, September 20, 2024

UTM Hotel & Residence Kuala Lumpur

Lepas keluar dari Taman Burung,
Terus lah kami cari jalan ke UTM Hotel & Residence Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Maktab.
Terletak belakang UTM Kuala Lumpur aje.
Mama Yan dan rakan-rakan sepakat memilih hotel UTM ni sebab ini aje hotel yang masih ada kekosongan dan juga mampu sewa.
Bawah hotel ni ada mall,
Gurney Mall,
tapi kecik ajelah.
Mall yang sekadar memenuhi keperluan pelajar UTM sahaja.

utm hotel & residence
Hebat betul UTM... ada mall dan hotel sendiri.
UTM... sanjungan bangsa...
Sesungguhnya bangga jadi salah seorang dari ribuan alumni UTM.
Tak ambil gambar masa check in pun...
Malaslah...
KIta bukannya influencer...
Tulis blog buat kenangan aje pun.
Blog pun sakai, tapi takpe.. sakai adalah salah satu kaum peribumi di Malaysia..
Maksudnya,
blog Mama Yan ni ori...asli...
takde ceduk atau plagiat okay...

Mama Yan ambil kunci sekitar jam 5.15 petang.
jom kita tengok tengok dalam hotel ni.

utm hotel & residence
Ada pantry kecil lengkap dengan cerek elektrik,
peti ais, microwave, sinki dan meja kecil untuk 3 orang.
Adalah juga kopi, teh dan gula...
Mana nak tulis ni baru perasan,
Mama Yan tertinggal lagi satu sudut.. 
Gambar ruang tamu tak ambil.
Ada TV dan sofa kat situ.
Lantai fully carpet ya...

utm hotel & residence
Mama Yan ambil apartment 2 bilik.
So satu bilik katil single, satu bilik lagi katil double.
Ni bilik katil single

utm hotel & residence
Ni bilik katil double.
Tu Mijan tengah jengah luar tingkap,
Nampak dah swimming pool,
Terus la tak sempat sempat ajak mama dan kakaknya turun bawah mandi pool

utm hotel & residence
Bilik disediakan dengan almari.
Ada juga hanger, iron board dan ironnya sekali.


utm hotel & residence
Bilik air okay..
Bersih.
Tapi takde bath tub la...
ada shower aje.


utm hotel & residence
Luar bilik air tu ada meja solek.
Adalah dia bagi shoe polish, sikat, shaver, berus gigi dan kit jahitan.
Eh not bad la walaupun murah...
Siap sarapan kan...

Pemandangan swimming pool dari atas bilik.
cetek bebenauuu...
Sesuai la untuk layan anak anak..
Life guard takde ye...
sila perhatikan anak anak anda sebaiknya.


utm hotel & residence
Mama Yan ambil 3 apartment 3 bedroom,
Mula mula ambil dua je..
lepas tu rasa macam tak muat pula...
adeh... patutnya ambil 2 je..
ambil aje extra bed.. cerdik pandai sangat Mama Yan ni...
Dah terlebih..
Lepas tu anak anak takut takut nak tidur sendiri..
berhimpit jugak sudahnya..
Kita nak bagi diorang selesa...
berhimpit juga sudahnya... bertuah punya anak anak.

Bilik full carpet ni,
Masa mula mula check in kemain wangi lagi,
Dia baru lepas spray kan...
Esoknya.. hmm...
hapak bau karpet tu.
Mama Yan duk bisingkan anak bau stokin korang ke ni..
Takla.. kami dah mandi dan cuci kaki...
Lepas tu suami MY kata,
bau karpet dia la..
Semalam tak bau sebab baru lepas kemas kan..
Ni bau semburan diorang dah hilang,
timbul la bau karpet tu.
Hmm..takpelah... pakai ajelah minyak wangi banyak banyak...

Sarapan dah termasuk dalam harga bilik.
Tempat sarapan yang berada di tingkat 6, 
kat tempat yang sama untuk check in dan check out hotel.
Pagi hari kedua tu,
orang tak ramai sangat.
Hari yang ke tiga tu..
Huhu...ramai sesangat orang.
Lama kami tunggu meja.

Dah la meja tak banyak, ramai yang lagi yang tak dapat seat,
Ramai juga yang sembang sembang lepas sarapan kat situ.
Dah la duduk berempat meja untuk 12,
Sembang kuat kuat ..
duduk jarak jarak...
kalau duduk rapat,
boleh la orang lain tumpang semeja.
Ni memang duduk selang seli,
so memang segan la orang nak menyelit kan..
tak faham betul perangai manusia yang macam tu.
takde rasa apa kut sebab memang jenis tak peduli orang keliling...

MY takde ambil gambar makanan sebab orang ramai sangat kut..
segan pula...
haahha...
Tapi makanan semua okay..
Banyak..
habis je, tambah lagi,
Hari pertama makan kueteaw goreng, hari kedua makan spageti goreng.
Dua dua pun sedap.

Alhamdulillah... syukur dapat bawa anak anak tidur hotel,
makan sedap sedap..
Tengok negeri orang..
Tak selalu..
Tapi sesekali pun jadilah...
Tahun depan depan pula ye..
Bajet untuk tahun ni habis dah.
Cuti hujung tahun ni kita balik kampung aje okay...

Sekian, wassalam

 


 

7 comments:

  1. Nice review.. sy baru tau ni utm kl pun aada hotel rupanya.. ni booking macam mana ye? Sbb mcm x pernah pulak tgk di agoda

    ReplyDelete
  2. Dah banyak U sediakan hotel kan. Bagus tu untuk jana ekonomi. Kira okaylah sebenarnya hotel ni dengan harga dan siap sarapan tu. Cuma bila ramai orang tu yang tak best kena tunggu meja kosong. Semoga bertambah-tambah rezeki mama Yan bawa anak-anak berjalan. Seronok depa. Bilik carpet ni tak syok tang bau tu je lah. Bila basah lagi bau dia naik. huhu...

    ReplyDelete
  3. Kalau tahu MY ada kt sini boleh jenguk, kita pejabat kt sebelah je utm ni... JUPEM

    ReplyDelete
  4. Thanks kongsi info. Bagus ni Uni ada hotel.

    ReplyDelete
  5. Eh serius UTM ada hotel..baru tau ni...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad