7 Idea Masakan Potluck Jamuan Sekolah yang Mudah Disediakan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 17, 2024

7 Idea Masakan Potluck Jamuan Sekolah yang Mudah Disediakan

 Sedar tak sedar dah masuk bulan 10. 
Tak lama lagi dah habis semester akademik anak anak,
MY dah kena cari menu potluck dah ni,
Senang nak pilih nanti dan buat nanti.

Berikut adalah beberapa cadangan makanan yang sesuai untuk dibawa ke potluck jamuan sekolah anak-anak nanti:

1. Nugget Ayam Homemade 
-Nugget ayam mudah dibuat dan digemari oleh kanak-kanak.
Boleh juga menambah sayur-sayuran cincang untuk versi yang lebih sihat.

2. Piza Mini
- boleh dibuat sendiri menggunakan kepingan roti.
Sapukan mentega, taburkan keju, kepingan sosej, hirisan ayam, cendawan butan serta sos dan mayonis
   
3. Sandwich
- Sandwich boleh dipelbagai dengan inti telur, tuna, atau ayam, semuanya sesuai untuk anak-anak. 
Potong dalam saiz kecil atau bentuk menarik.
   
4. Pasta Bolognese atau Carbonara 
- Hidangan pasta seperti bolognese atau carbonara biasanya diterima baik oleh kanak-kanak.

5. Kek atau Muffin 
– Kek cawan atau muffin coklat atau vanila adalah pilihan pencuci mulut yang mudah dan popular.

6. Buah-buahan Potong 
- Hidangan buah-buahan yang dipotong kecil-kecil seperti tembikai, anggur, atau epal adalah pilihan sihat yang juga mudah dihidangkan.
Makanan ini mudah dimakan, tidak mudah tumpah, dan digemari oleh kanak-kanak, menjadikannya sesuai untuk acara sekolah.

7. Nasi Goreng Cina
- Hidangan nasi goreng cina lebih mudah disediakan sesuai dimakan kerana tidak pedas.
Campurkan ketupan kecil dada ayam, ikan bilis, telur serta syuran campur yang tersiri dari lobak merah, jagung, kacang peas atau hirisan kecil panjang.

Ada banyak lagi masakan dan makanan yang sesuai dibawa..
Tapi ini sebahagian sahaja...
Mungkin nanti MY nak cuba buat piza mini kutt...
tengoklah macam mana dulu...
Harap diberi kesihatan dan kerajinan apabila tiba waktunya... wassalam

4 comments:

  1. betul..semuanya senang disediakan and bebudak suka

    ReplyDelete
  2. Betul..As simple as we can but kids can mkn =D

    ReplyDelete
  3. Bagus juga share. Boleh bagi idea pada parents yang dok mencari tak ada idea nak bawa apa. Paling mudah buah-buahan potong tu.

    ReplyDelete
  4. Dah lamaaaaa sangat tak ikut potluck. Sampai lupa kapan terakhir ikut 🤣🤣. Tapi memang kalo mengadakan potluck, yg murah2 saja lah. Yg bisa dimakan banyak orang. Tak usah yg pelik2 menunya 😂. Kuatir orang tak suka.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad