Ayam Masak Merah Tomato - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 18, 2024

Ayam Masak Merah Tomato

MY sebenarnya baru aje tolak kereta Grand Livina kesayangan Mama Yan,
Ada lah duit sikit ni,
kereta dah lama, tahun 2009.
taklah mahal mana pun harganya.
Hajat di hati nak sangkutkan sikit duit tu dengan set pinggan Corelle,
Barulah lawa sikit gambar gambar masakan MY dalam blog nanti,
Tapi ni tak beli beli pun lagi.
Silap silap habis gitu aje duit tu..kikiki

Bila nak beli terasa membazir pula..
Tu yang belum beli lagi tu...
susah kira dengan orang kedekut ni...hahaha
jadinya, pakai ajelah pinggan mangkuk takde jenama beli kat Nilai ni..
Lawa juga dalam gambar.

Ayam Masak Merah Tomato Che Nom
Ni lauk makan tengahari dua minggu lepas sebenarnya,
update lambat sikit la,
sebab masa tu dah berderet cerita masak je,
Mama Yan masak ni untuk dimakan dengan nasi ayam..
Macam tak kena kena kann?
sepatutnya makan dengan dengan nasi tomato la kan..
dah ayam tomato..
Tak pun nasi minyak.
tapi anak anak ada dua team,
team nak nasi ayam lauk ayam goreng kunyit dan
team nasi ayam nak lauk ayam merah.

Kita mak ayah ni,
banyak fikir tekak anak-anak dari tekak sendiri.
mujurlah suami MY jenis tak kisah...
lauk apa pun bedal,
kalau tak berkenan nanti, pandaila la dia goreng ikan bilis + cili + bawang


RESEPI AYAM MASAK MERAH TOMATO

Bahan-bahan:

10 ketul ayam 
2 biji bawang merah saiz sederhana  - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
2 biji buah keras - kisar
1 inci halia- kisar
1 batang serai - titik
2 helai daun limau purut
3 sudu besar cili kering kisar
1 biji bawang besar - hiris
2 biji tomato - potong dadu
2 sudu sos tomato 
garam, gula, serbuk kunyit secukupnya
minyak masak

cara menyediakan:

1. Lumur ayam dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak.
jangan sampai garing. Angkat dan ketepikan

2. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan buah keras. Buah keras tu tak wajib pun. Saja letak sebab ada

3. Kalau takde stok cili kering kisar, boleh kisar dalam 15 tangkai cili kering. Jangan guna yang pedas sangat.

4. Panaskan setengah cawan minyak. Kemudian, tumiskan bahan kisar tadi. Masukkan sekali serai dan daun limau purut (kaffir lime leaves) supaya wangi

5. Masukkan cili kisar. Kacau kacau sehingga cili garing.

6. Masukkan sos tomato, garam dan gula.

7. Masukkan pula hirisan bawang dan potongan tomato. Kacau rata

8. Akhir sekali, boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.


Ayam Masak Merah Tomato Che Nom
Nampak macam takde minyak kan...
Memangla, sebab banyak air blender bawang.
Serai tu nak simpul aje boleh, nak potong dua tiga pun boleh.


Ayam Masak Merah Tomato Che Nom
Nanti bila air bawang tu dah mengering,
barulah nampak minyaknya.

Ayam Masak Merah Tomato Che Nom
Masukkan tomato dan bawang.
Sukahati nak potong bawang dan tomato tu macam mana sebenarnya. 
Nak hiris boleh, nak dadu boleh
MY dah tak letak air asam jawa dah sebab dah gunakan tomato.

Ayam Masak Merah Tomato Che Nom
Masa ni, gaul ayam tu slow & steady aje ye..
sebab kita pakai ayam bandar.
kalau pakai ayam tua atau ayam kampung,
 boleh la nak gaul hingga timbul urat urat muscle.
Bila dah siap,
boleh la hidangkan dengan taburan bawang goreng atau hirisan lada besar merah atau daun ketumbar.
Barulah bertambah tambah serinya.
Bila dah berseri,
barulah sesuai dimuatnaik ke dalam media sosial.



 

6 comments:

  1. Wow..terasa mcm lauk kenduri kahwin =D

    ReplyDelete
  2. Sedap sangat ni MY!
    Jangan kacau dengan lauk lain.

    ReplyDelete
  3. antara lauk yg makan dgn mana2 nasi pun tetap sedappppp

    ReplyDelete
  4. Dah lamaaa tak makan ayam tomato 😍😍. Harap2 Dec ke Malaysia lagi bisa coba lah 😁.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad