Ayam masak ungkep ni merupakan hidangan tradisional yang popular dalam masakan Melayu,
terutama sekali di kawasan Johor, Malaysia dan Indonesia.
Masakan ni terkenal dengan rasa serta aroma rempah yang agak kuat.
Ayam masak ungkep menggunakan pelbagai rempah seperti kulit kayu manis, ketumbar, jintan manis, dan kunyit yang memberi rasa yang unik dan wangi.
Hidangan ini sesuai dimakan bersama nasi putih.
Selain rasanya yang enak, ianya sesuai dinikmati seisi keluarga,
Anak-anak MY yang kecik kecik pun boleh makan sebab Mama Yan masak tak taruk cili,
ayam masak ungkep juga mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Di sini Mama Yan sertakan juga resepinya,
Mama Yan pun belajar dari kakak ipar MY yang tinggal bersama kami selama hampir 8 tahun,
Jadi sempatlah MY belajar masak beberapa jenis masakan tradisional suku kaum Jawa Johor.
Resepi Ayam Masak Ungkep
Bahan-bahan:
setengah ekor ayam - dipotong kecil
2 biji ubi kentang - dipotong kecil
2 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
1 inci kunyit hidup -dikisar
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil ketumbar - dikisar halus
1 sudu kecil jintan manis - dikisar halus
1 sudu kecil jintan putih - dikisar masak
Rempah tumis empat sekawan - 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih
setengah kotak santan kotak
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis renpah tumis empat sekawan, bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit) serta serai sehingga naik bau.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih yang telah dikisar. Tumis sehingga rempah pecah minyak dan menjadi wangi.
3. Masukkan ubi kentang dan ayam serta gaul dengan rata. Biarkannya sebati dengan rempah.
4. Tambahkan santan pekat. Masak sehingga ayam empuk dan kuah menjadi sedikit pekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan biarkan kuah sedikit kering mengikut kesukaan.
6. Setelah ayam masak sempurna dan rempah meresap, angkat dan hidangkan ayam masak ungkep bersama nasi.
Ayam masak ungkep ini memberikan rasa rempah yang mendalam dan aroma yang wangi. Hidangan sebegini walau nampak mudah disediakan, ianya pasti menambah selera seisi keluarga.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)