Beli tali beg di Shopee - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 24, 2024

Beli tali beg di Shopee

tali beg putus
boleh pulak tali beg tangan Mama Yan ni patah kat cangkuk sambungnya tu.
hmmm...
Dah la MY ni jenis ada satu beg tangan sahaja pada satu satu masa.
Panik la masa mula mula tu, 
Suami ajak aje cari beg tangan yang baru.
Suami kata,
beli la yang okay sikit untuk majlis rasmi,
Alah tak kuasanya,
Bukannya MY kisah pun orang nak pandang beg MY ke,
Kasut MY ke..
Jenis tak peduli pun pasal jenama handbag ni...
Janji ada beg aje sudah..

tali beg putus
MY pun beli je tali yang seakan akan sama dengan tali asal di Shopee.
Baru RM20.62 termasuk shipping.
Jimat banyak daripada beli lagi satu beg tangan.
Ada orang memang suka kumpul handbag,
Ikut la minat masing masing kan...
MY pun tak tahu apa minat MY.
Macam takde kumpul apa apa je...
Lipstick sebatang, bedak kompak satu, handbag satu, kasut jalan satu ladies, satu converse, 
kasut sukan satu,
tudung satu laci. tapi banyak yang dah outdated,
sport car satu, banglo satu.. cukuplah tu...hahaha.. tu gurau.

Tali handbag

Tengok ni..
Okay je apa... 
walaupun tali tak ori..
Takde pun orang tanya apa apa...
Jadi..
hidup kita,
kita yang tentukan sendiri..
Tak perlu berpura-pura untuk puaskan hati orang lain okay...
Sekian..
Wassalam 

 

1 comment:

  1. Sama jelah MY oi, Dana ni pun bukan jenis nak beg jenama atau beg mahal, janji selesa kat kita boleh muat barang kira ok sangat tu. Selagi boleh guna kita guna kan tapi kalau ada org ank beri yg baru kita tak tolak

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad