Kerang masak sambal adalah hidangan yang digemari MY dan suami kerana gabungan rasa pedas, masin, dan sedikit manis yang betul betul ngam dengan selera.
Hidangan ini sangat sesuai dinikmati bersama nasi putih,
Nasi dah habis,
Nak ratah kerangnya sahaja pun sedap juga,
Ini menjadikan kerang masak sambal ni pilihan ideal untuk makan tengah hari atau makan malam.
Rasa lemak manis dan berjus dari kerang sangat sempurna dipadukan dengan sambal yang pekat dan pedas,
Pastinya menambah nikmat setiap suapan.
Kerang masak sambal ini,
selain mudah disediakan kerana menggunakan bahan asas yang ada di rumah,
Ia juga memuaskan selera bagi pencinta makanan laut bercengkerang..
Hidangan kerang masak sambal yang memukau selera penggemarnya.
Mama Yan perlu menambah dua kali ganda kerajinan demi gambar gambar hidangan yang lebih cantik untuk dimuatnaik nampaknya.
Mama Yan perlu menambah dua kali ganda kerajinan demi gambar gambar hidangan yang lebih cantik untuk dimuatnaik nampaknya.
Resepi Kerang Masak Sambal
Bahan-bahan:1 kg kerang (dicelur sekejap dan dibuang sebelah kulitnya)
15 tangkai cili kering (direbus dan dikisar)
2 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia muda (dikisar)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun limau purut (jika suka)
1 inci belacan (dikisar bersama cili)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Cuci kerang dan celur sekejap kerang. Buang air rebusan dan kopek kerang. Tinggalkan sebelah sahaja kulitnya. Toskan dalam bekas penapis.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga naik bau. Titik serai dan potong serai kepada dua atau tiga bahagian. Masukkan serai dan daun limau purut bagi menambah aroma.
Masukkan cili kisar bersama belacan, dan tumis hingga pecah minyak.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata hingga sambal agak kering
Masukkan kerang yang telah direbus, kacau rata dan biarkan kerang mesra dengan sambal.
Setelah kerang disalut sempurna dengan sambal, angkat dan hidangkan kerang masak sambal bersama nasi
Serai tu boleh juga kalau nak disimpul.
Tapi kalau bak kisar sekali dengan bawang, tak pernah cuba lagi.
Gaul perlahan lahan dan pemah lembut ye.
Kalau gaul macam nak berperang,
Dibimbangi kulit dan isi kerang akan terpisah.
MY dan suami pernah makan kerang sambal macam ni di kedai makan bawah pejabat kami.
Sedapnya memang buat teringat ingat.
Tapi kedai Siam tu tak kopekkan kulit kerang tu,
Jari kalau kat rumah,
MY masak dah siap dah kopekkan kulitnya sebelah.
Sebelah lagi kita tinggalkan untuk ambil vibes kedai Siam.. hahaha
Sedap betul nampak nie.. Tapi, linda buat mesti tak capai piawaian lagi.. Hihihi
ReplyDeleteOmg 😍😍😍😍😍😍. Saya jadi teringiiiin kak. Sedaap kalo dibuat begini. Tak payah cicah sos lagi Krn sudah bercampur semua 👍
ReplyDeletemenu kerang biasa rebus je tk pernah masak menu sambal camni...sedap tu tp kita tk makan pedas
ReplyDeleteUntung yang tukang makan
ReplyDeleteCengkerang dah buang sebelah
Rajinnya buang sebelah kulit kerang.
ReplyDeleteSenang nak makan.