Ni gambar-gambar masa MY sekeluarga makan malam di SDS Gelang Patah sempena hari lahir Ucid dan Sarah bulan lepas.
Hahaha...
Bulan lepas punga cerita,
bulan ni baru berjaya upload kat blog.
Patutlah blog Mama Yan forever sendu...
Ni untuk kenang-kenangan aje..
Jangan cakap mama tak payung pula ye anak-anak,
ada bukti ni...
Birthday girl tersenyum lebar...
Susah nak senyum kalau ambil gambar sekarang ni.
kalau masa baby dulu..
masa umur dua tiga tahun dulu,
kemain comel senyum lebar..
sekarang, kemain ketat lagi muka.
Jarangla nak dapat muka senyum macam ni..
Korean BBQ Chicken Wing with spicy Sauce
Harga RM 18.90,
Ini hidangan Ucid.
Dia kata nak makan tu aje..
Taknak makan berat berat.
Okay... ulang kali mama & ayah dia tanya..
Kenyang ke makan kepak ayam aje?
Dia kata boleh je kenyang...
Kuturutiii...
Japanese Ramen ni Sarah yang order.
Harga RM 17.90...Entahla sedap ke tidak.
Sebab sedap ke.. tak sedap ke..
Sarah bukannya pernah makan sampai habis pun makanan dia.
Kali ni dia lelong kat Aril dia punya ramen.
Aril ngap aje...
Selalu dia offer kat kembar dia si Ucid,
Tapi, Ucid tengah makan nasi ayam Mama Yan,
Tu dia offer kat Areil.
Ni Abang Moq punya Grilled Chicken Chop with Black pepper sauce
Harga RM18.90
Abang Moq punya meals, sekejapan aje licin.
Tinggal sayur la tapi.
Dia memang peminat kuah black pepper.
Ni Roasted Chicken whole Leg with Garlic Cream,
Harganya RM 22.90
Kami orderkan untuk Mijan dengan notes kuah asing.
Sebab Mijan tak suka kuah atau apa apa sos,
Karang terus tak jadi makan.
Mijan makan ayamnya aje...
jagung dan saladnya tu,
Mama dia la yang makan.
Sayang oii...
Memandangkan MY dah pungut hampir kesemua sayur dari pinggan anak anak,
Makanya, MY pun dah kenyang makan sayur.
Grilled Chicken Chop Rice with Mushroom yang berharga RM16.90 ni milik Mama Yan,
Tapi MY makan dua sudu je..
Lepas tu bagi Ucid.
Pertama, Mama Yan dah kenyang makan salad dan brokoli..
Kedua, Ucid macam tak kenyang aje makan Chicken Wing tu.
Hahaha...
Bagi ajelah anak makan kenyang-kenyang.
Walaupun lepas tu sendiri risau tengok anak makin gemuk.
Ni Nasi suami Mama Yan yang order,
berharga RM 17.90, BBQ Chicken Rice namanya,
Tapi suami pun makan separuh aje.
Separuh lagi bagi anak.
Tak kena selera katanya...
Burger (Beef patties) ni harganya RM 23.90.
Aril yang order ni.
Anak Mama Yan ni,
Boleh kata semuanya anti sayur,
Sekali order burger ada sayur,
Eh.. elok je dia sebat semuanya sampai habis licin.
Makan pulak sayur.
Dia kata ye la,
Kalau pilih pilih hilang la rasa burger mahal tu.
Pulakk...
Last sekali, Crispy Chicken Cutlet with Japanese Ramen.
Yang ni harganya RM17.90.
Tak sempat tengok si Abang ni makan habis ke tidak.
Dia la orang yang paling lama menelaah buku menu tu.
Naik stress adik adiknya,
Lambat order, lambat la food sampai.
Birthday boy Mama Yan ni,
Makan memang tak pernah la tak comot.
Memang sesuai la kalau nak buat mukbang.
Anak-anak memang suka sangat kalau ayah dan mamanya pelawa makan di SDS ni.
Sebab makanan kat sini memang sedap sedap..
Semuanya memenuhi kesukaan anak-anak..
Tapi tak boleh la makan selalu,
Agak mahal juga untuk kita berlapan.
Jejak juga RM200 siap air.
Itupun tak bagi ambil air yang macam milk shake apa benda semua tu,
Suruh ambil air yang biasa-biasa aje,
Diorang ni kalau dah makan kenyang-kenyang,
Memang tak habisnya air yang bersusu atau coklat.
Baik order soft drink, air iced lemon tea, atau plain water aje
Ini kategori review makanan ke?
Taklah..
Ni share aktiviti makan-makan aje...
Tak reti la nak review..
Semuanya sedap kut..
Anak-anak pun makan habis.
Kang orang kata tak reti review tapi sibuk je nak review...
Perkataan balik-balik mantap,
Padu baq hang...
Sedap...
Gitu aje la...
jadinya.. ini bukanlah review untuk SDS Cafe...
Lepas siap makan,
Kami pun beli sebiji kek untuk dipotong keesokan harinya bagi menyambut hari lahir si kembar tu di rumah.
MY ajak potong kek kat kedai je..
Ada lagu birthday sekali kedai pasangkan..
Tapi Si Sarah taknak..
dia kata segan..
Nak potong kat rumah aje..
Okay.. kat rumah pun ok juga..
Okay baru dapat tiga entry untuk bulan ni...
Harap harap bulan ni dapat dua kali lipat entry berbanding bulan lepas,
Sekian, wassalam
happy birthday to Sarah!!! semua nampak sedap, leh geng la ngan MA..tukang abis kan sayur
ReplyDeleteKita suka makanan kat sds cafe ni sebab dahlah sedap, rupa dia sama macam dlm buku menu.
ReplyDeleteAnak² PH ada yg suka sayur ada yg anti sayur haha...
ReplyDeleteSedap semua menu yg dipilih tu ...
Sedap nya semua yang di-order. Pernah makan di SDS Bangi, sedap jugak.
ReplyDeletesemua menu sangat menggoda tekak, rasa macam lagi berbaloi makanan chicken grill yg besar daripada ayam goreng korea tu.
ReplyDeleteMasa kecik pun tak suka sayur. Tapi sebab kena paksa makan dan diberitahu pasal kebaikan sayur, sampai sekarang suka sayur. 😅
ReplyDeleteHahahahah tapi nasib baik yg mama nya ambil sayur semua kak. At least sehat buat badan 😄.
ReplyDeleteYa laah, saya pun kdg melarang anak2 utk pesan air shake atau yg creamy kalo menu makan dah berat. Krn pasti tak habis. Pilih salah satu, makanan ringan plus shake, atau makanan berat + light drink. Jadi tak mubazir.