Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Rendah - aziankhalil.com

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, October 15, 2024

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Rendah



perkhemahan%20bersepadu%20unit%20beruniform
Alhamdulillah.. selesai sudah pekhemahan bersepadu Unit Beruniform yang disertai anak-anak hujung minggu lepas.
MY tak tahu pula yang perkhemahan ni peringkat kebangsaan.
Disertai beberapa sekolah dari Johor, Terengganu dan Johor.
Perkhemahan diadakan di tapak pekhemahan hutan Rekreasi UTM Skudai

WhatsApp%20Image%202024-10-12%20at%205.37.16%20PM
Wakil sekolah anak ada lapan orang, 
tiga daripadanya anak anak Mama Yan.. haha
So anak-anak lain kena sensor la muka sebab bawah umur kan..
Karang tiba dapat surat saman,
aje pitemmm...
Terima kasih Cikgu Zulhazri dan Cikgu Mohd Yunos tolong jagakan anak-anak kami sepanjang menyertai perkhemahan.
Selalu update aktiviti anak-anak dalam group whatsapp..
Tolong bawa pergi dan pulang guna kenderaan sendiri pulak tu..

perkhemahan%20bersepadu%20unit%20beruniform%20ayam%20pansuh
Ni antara aktiviti mereka hari tu,
masak ayam pansuh untuk segmen 'Masakan Rimba'..
Antara aktiviti lainnya,
Night jungle walk, kawad kaki, belajar pasang khemah, kraftangan perkhemahan dan malam kebudayaan.
Penat, tapi nampak seronok.
Aril kata lepas ni taknak sertai lagi,
bukannya pergi camping dapat healing,
dapat penat aje..
Lahhh... siapa yang nak suruh awak healing,
orang nak ajar awak survival..ikhtiar hidup.
belajar berkawan,
belajar bekerjasama dalam kumpulan..


WhatsApp%20Image%202024-10-12%20at%2010.11.13%20AM
Ni masa hari ketiga,
kena buka semula khemah dan lipat.
Belajarlah berkerjasama ye anak anak.

WhatsApp%20Image%202024-10-12%20at%2010.05.59%20AM
nampak tak berapa punya panjang dia punya muncung.
Nampak tak ikhlas sungguh buat kerja...hahaha...

WhatsApp%20Image%202024-10-12%20at%2010.23.39%20AM
Wakil peserta lelaki dari sekolah anak.
Harap harap mereka dapat sesuatu yang bermanfaatlah dari perkhemahan ini selain dari jajan hamper lah.
Dah tahun 2024 dah ni,
Takkanlah masih bagi hamper yang dipenuhi makanan ringan

IMG_7139
Penuh ya beg anak anak dengan makanan ringan hasil pembahagian hadiah kemenangan.
Ada yang takde tanda halal pula tu…
Adoii.. pening mak. 





 

4 comments:

  1. IMG_20210702_150243

    anak ammi pun ada perkhemahan tapi dia pilih untuk sertai Kem Klinik Bola Sepak. Masa HSN tu semua berebut nak organize benda yang hari yang sama. Jadi macam terpaksa memilih gitu.

    ReplyDelete
  2. 6406225d-8868-48fa-8019-bfbe535aeda8
  3. original_c5bbbf2e-7b09-4a66-b5b7-4bbd44631b0c_IMG20221009123453

    Ingat dulu semasa kecil....ikutan kemah seperti ini walau hanya semalam..namanya Persami...perkemahan Sabtu malam Minggu 😀

    ReplyDelete
  4. IMG_6733

    Seronok..!! Sebab masa sekolah pun suka camping.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad