Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, October 5, 2024

Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat

Hujung minggu lepas Mama Yan sekeluarga balik kampung suami di Segamat,
Abang ipar MY masuk wad,
Hari Khamis anak anak balik sekolah,
Kami terus berangkat.
Terpaksa pontengkan anak sekolah agama,
Kami nak sampai ke Hospital Segamat sebelum waktu melawat berakhir,
Alhamdulillah… sempat juga suami MY masuk melawat abangnya petang tu.
Waktu melawat sesi petang pukul 5.30 petang hingga 7.00 malam.
1 pesakit boleh terima 2 orang pelawat sahaja pada satu masa.
Jadi kena bergilir dengan anak dan menantu Abang Long.

Esoknya Hari Jumaat,
MY dan suami tolong bawakan mak mentua, kakak ipar dan makcik makcik yang nak melawat Abang Long kat wad,
Anak anak nak ikut juga tapi kalau ikut pun,
Bukan boleh masuk,
Lagipun mana muat kereta kalau semua nak ikut,
Pujuk la diorang,
Nanti malam ayah & mama bawa makan kat luar,
Okay deal!

Balik dari hospital,
Mandi mandi… Maghrib..
Lepas tu keluar semula dengan anak anak,
Kami tak pergi bandar Segamat pun,
Pergi sampai Bandar Putra aje,
Orang sini panggil IOI,
Yang kelakarnya..
Anak anak pergi eja i.o.i tu sebagai iyoi..
Hahaha…
Bukan iyoi la anak-anak,
Sebut aje hurufnya, I. O. I…
Macam macam ragam anak anak tengah membesar ni…

Kami pun berpusing-pusing la kat bandar IOI tu cari kedai makan,
Kedai makan banyak, tapi kami mencari yang sesuai la.
Jumpa la satu..
Namanya Restoran Nor Alwani & Arifah,
Bapak panjang nama restoran.
Ada neja kat dalam dan kat luar,
Tapi kami prefer duduk dalam je..

Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat
Malam tu, 
MY dan suami makan nasi,
Lauk tomyam campur, daging kunyit dan telur dadar.
Sedap tomyam dia,
Tapi sedap tu subjektif,
Mungkin lebih tepat lagi,
Tomyam dia kena selera kami.
Tapi daging kunyit dia, overcooked.
Hilang rasa daging.. hahaha


Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat
Anak anak yang lain makan chicken chop.
Sarah dah makan sikit,
Baru teringat nak ambil gambar,
Dah luak sikit la.
Anak anak kata sedap boleh tahan.
“Kuah dia cair je mama tengok, sedap ke?”
“Sedap la,pekat sangat bukan sedap pun”
Alhamdulillah la kalau sedap.
Lain kali boleh la datang lagi..


Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat
Dalam kedai ni ada banyak hiasan barang barang antik,
MY ambil gambar sebahagian sahaja,
Sebab pencahayaan kat dalam tu sangat lah tak mesra kamera,


Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat
Bersusun weh cincin batu akik dalam almari cermin ni,
Eh… Nokia 3310 pun ada..
MY pernah guna 20 tahun lepas.

Restoran Nor Alwani & Arifah Bandar Putra Segamat
Ada seterika arang,
Ada lampu gasoline, ada keris…
Dan ada macam macam lagilah yang tak tercapture dalam gambar… 
Nak jadi pengumpul barang antik ni naknkena ada minat yang mendalam,
Kalau tak minat, memang tak jadi apa la..
MY pun ada dulang tembaga pusaka kepunyaan nenek moyang sebelah abah..
Tapi sampai sekarang tak bergilap pun…
Sebabnya… MY tak rajin… hahaha…





 

3 comments:

  1. Menarik
    Tu mcm2 hiasan khazanah lama
    Ek
    Sambil mkn blh cuci mata jga
    Ni kalu dtg peminat barang antik mesti sukaa

    ReplyDelete
  2. Unik nama kedai, seunik hiasan dalamannya..
    Sambil menunggu pesanan boleh jamu mata dengan barang-barang antik yang dipamerkan, so creative..

    ReplyDelete
  3. tuuu diaaaa nokia 3310 pun dah 'masuk muzium'
    hehehe...
    kreatif owner kedai buat mcm ni...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad