Hari Jumaat 11 September yang lalu,
Anak kepada kakak suami MY melangsungkan pertunangan.
MY dan suami tak terkecuali menyertai rombongan peminangan di Felda Redong, Segamat
Memandangkan suami anak ke lapan dari sembilan adik beradik,
Memang meriahlah menghantar rombongan meminang dan menikah anak anak buah,
Giliran MY meminang untuk anak lambat lagi..
Yang sulung baru tingkatan empat,
Jadi memang memeriahkan rombongan kakak dan abang ipar aje lah sekarang ni.
Yang bertunang ni pula,
Anak saudara yang bekerja dengan syarikat kami,
Maka, memang wajiblah kami sertai rombongan.
Baru majlis bertunang,
Dah 11 biji kereta ikut hantar.
Bayangkan kalau kenduri kahwin nanti..
Mau sekampung datang..hahaha...
Semoga dipermudahkan segala urusan..
dapat kumpul duit cepat cepat..
dapat buat persediaan ka alam rumah tangga..
Dapat jaga hubungan dengan baik...
Orang kata masa bertunang ni la banyak ujian..
Ambil gambar selfie ni memang wajib ya..
ni gambar dengan salah seorang kakak ipar...
tapi bukan mak perantin...
Mak perantin busy sarung cincin...
tudung MY tak memberi kerjasama yang baik ya hari tu...
Bulan macam kuih pau muka jadinya...
Biau lantak situ
Sampai kat rumah bakal anak buah...
lahh... mak sedaranya ni..
kawan satu pejabat MY masa bekerja di Al Ikhsan...
Suaminya pun bekerja satu department dengan MY masa di Al Ikhsan Sport..
Terasa..ehh...
Tak besar mana pun Johor ni..
boleh pulak berjodoh anak anak saudara kami...
Lagi sepuluh tahun...
silap silap ada yang berbesan dengan kawan-kawan sepejabat agaknya... hahaha...
Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah...
Atas kesudian menyambut dan menerima pinangan keluarga kami...
Sediakan makanan dan minuman yang beraneka jenis lagi..
ada laksa penang, ada nasi ayam, kuih muih seperti seri muka, apam nasi, tapai, cara berlauk, kek marbel macam macam warna...
siap ada roti bakar dan mushroom soup bagai...
Terima kasih banyak banyak...
Walaupun blogger, tapi MY agak segan segan nak ambil makanan di majlis majlis di kampung..
Kita ambil gambar untuk cari bahan,
silap silap kita yang ambil gambar ni jadi bahan pula...hehehe...
Keluarga besar memang meriah kalau ada majlis macam ni. Tak payah ajak orang luar dah ikut rombongan. Cukup makcik pakcik je. Hihi
ReplyDeletewahhh best best
ReplyDeleters x sabar pula nak tggu majlisnya pula
Semoga panjang jodoh sehingga ke jenjang pelamin
ReplyDeleteKeciknya dunia hihi ...
ReplyDeleteSemoga kekal berjodoh 🤲
Ada pantun-pantun tak?
ReplyDeleteTahniah utk anak saudara MY. Kita zaman2 menghantar orang bertunang ni entahlah tak tahu bila tapi masa zaman anak dara dulu selalu jugak jadi dulang girls, hehe.
ReplyDeleteWahh...Best best =D
ReplyDeleteAlhamdulillah, majlis bertunang berjalan lancar semuanya. Semoga kekal sampai ke jinjang pelamin, Ameen YRA 🤲🏻
ReplyDelete