Rombongan sekolah anak ke Cameron Highland - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, October 24, 2024

Rombongan sekolah anak ke Cameron Highland

Atas ni tentatif program Lawatan Sambil Belajar ke Cameron Highland yang dianjurkan sekolah anak-anak.
Anak-anak MY tak ketinggaln mengikuti lawatan tersebut.
Bayaran sebanyak RM250 untuk seorang termasuk pengangkutan, tiket masuk, makan dan penginapan.
Mereka bertolak ke Cameron Highland pukul 10 malam hari Selasa dan bertolak pulang petang hari Khamis.


Rombongan sekolah ke Cameron Highland
Bergambar kenangan sebelum bertolak menaiki bas ke CH.
Ketiga-tiga mereka berjaya mengepau sweater baru dari ayah.

Rombongan sekolah ke Cameron Highland
Ayahnya suruh ambil gambar kenangan,
Lepas tu suruh hantar kat whatsapp group,
Hampir semua gambar gambar yang ambil dari belakang

Rombongan sekolah ke Cameron Highland
Acah acah tengok bunga pula…
Kalau tak dari belakang,
Mukanya ditutup pula..
Alah alah anak..
Mujurlah zaman sekarang era digital,
Kalau zaman kodak,
Buat rugi roll kodak aje..

Rombongan sekolah ke Cameron Highland
Ni sarapan diorang pagi hari Khamis,
Nasi lemak ada potongan strawberry atas sambal.
Makan kat tempat penginapan aje.
Malam tu pun tak jadi ke Centrum Mall,
Makan kat bilik aje, cikgu bungkuskan makanan.


Rombongan sekolah ke Cameron Highland
Ambilkan gambar bunga untuk mama katanya

Rombongan sekolah ke Cameron Highland
Gambar strawberry lagi…
Mama Yan dah pesan,
Jangan beli strawberry bawa balik,
Nanti dia tak fresh sebab lama dalam bas.
Nanti jadi lembik dan tak sedap.

Ucid dan Aril,
Awal lagi battery handphone dah habis,
Gasak main handphone aje.
Sampai hotel, charge tak masuk power.
Padan dengan muka ajelah.
Dah cakap banyak kali suruh jimat bateri handphone, 
Gasak main game la tu…

Tahun lepas Abang dengan Moq pergi Cameron Highland ikut rombongan,
Kali ni Ucid, Aril dan Sarah pula..
Mama, ayah dengan Mijan ni entah bila pula nak sampai sananya..
Hehehe..
Mama Ayah jenis tak rajin berjalan…
Bagi ajelah anak anak ikut rombongan. 
Tapi boleh tahan keras juga belanjanya…
Hahaha… padan muka… beranak lagi banyak-banyak.


 

1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad