Dah lama tak makan roti jala dengan kuah kari,
Lepas tu,
Terus la simpan angan-angan nak buat.
Hari Khamis minggu lepas,
MY pun berjaya menjala sebanyak 2 mangkuk tepung.
Alhamdulillah… walaupun berhenti kejap jemput Mijan balik sekolah,
Sempat juga siap sebelum anak anak semua sampai rumah.
Untuk resipi roti jala yang lembut forever ni,
boleh tengok posting lama MY di Roti Jala Yang Mudah dan Lembut
MY mula menjala roti dalam pukul 11 pagi,
Tapi tak sampai malam dah habis,
Jadi tak boleh la nak buktikan roti jala MY lembut sampai malam.
Yang pasti, memang kesukaan anak anak..
Tu yang habis petang tu juga...
Kali ni kita layan roti jala dengan kari daging, bukan kari ayam ya..
Sebab kita tak nak buang gas,
Sebab masak daging kan lama..
Jadi MY gunakan periuk tekanan Noxxa,
Lagipun dapur dah penuh dengan kuali dan dulang roti jala
MY tumiskan bahan bahan semua kat dalam pressure cooker tu guna setting “stir fry”.
Panaskan minyak, daun kari, dan rempah tumis.
untuk rempah tumis, MY guna nisbah 1:2:3:4
Kalau daging tu masak sikit aje, macam dua kilogram ke bawah,
MY letak kulit kayu manis 1, bunga lawang 2, buah pelaga 3, bunga cengkih 4.
Lepas tu, masukkan bawang, bawang putih dan halia yang telah dikisar.
Bila dah naik bau,
Masukkan cili kering kisar atau cili boh dalam dua sudu makan.
Kalau nak pedas, boleh la tambah lagi bersudu sudu…
Kacau…
Tambah pula serbuk rempah kari dalam 4 sudu macam tu.
Letak air sikit dalam suku cawan.
Dulu dulu mak ajar bancuh serbuk kari dengan air dalam mangkuk,
Lepas tu, baru tuang dalam periuk.
Oleh kerana MY ni super rajin,
Tak nak kotorkan mangkuk,
Tu yang taruk aje dalam periuk.
Lepas dah letak serbuk kari tu,
Kena la kacau kacau sentiasa supaya rempah dan bumbu lain tu tak hangit, kacau la sampai garing dan timbul minyak,
Kemudian, masukkan daging dan kacau kacau selama 5 minit.
Masukkan air dalam secawan atau agak agaklah ikut kuantiti daging.
Tutup periuk dan setkan “High Pressure” untuk 10 minit.
Lepas 10 minit, keluarkan wap dan buka periuk…
Tengok daging dah nak empuk ke belum.
Kalau masih sangat liat, tambah lagi high pressure..
Kalau dah empuk tu,
Masukkan garam, asam keping, ubi kentang dan santan kotak.
Setkan “low pressure” untuk 3 minit.
Lepas 3 minit, lepaskan tekanan dan tengok ubi kentang dah empuk le belum.
Kalau dah… kira dah siap dah tu.
Kalau belum, masak la lagi.
Boleh tambah masa low pressure atau masak guna stir fry saja.
MY kalau masak kari ayam atau daging,
Kehadiran ubi kentang adalah diwajibkan.
Tapi kalau kari ikan, wajib taruk kacang bendi buat kawan ikan dalam periuk tu.
MY suka potong kentang ni nipis nipis je. Tak suka tebal tebal,
Nanti isi kentang tu rasa tawar.
Hari Khamis lepas si abang balik dari asrama,
Jadinya agak berbaloi la kalau buat makanan sebab semua dapat rasa,
Bukanlah niat mak mak ni nak fovor mana mana anak,
Nak masak sedap untuk anak yang kat asrama...
Cuma, bila kita memasak,
Teringat pula anak yang takde kat rumah tu,
Tak dapat makan sama…
Tapi adiknya terasa macam,
Time abang balik je mama masak sedap sedap,
Aikk… selama ni mama masak tak sedap ke?
Pening nak layan…
Nanti satu hari bila korang dah lalui pengalaman jadi parent,
Kitaran ni akan berlaku dan korang akan faham apa rasanya…
Okay?
Mak mak lain yang anaknya ada tinggal kat asrama macam mana?
Bila masak lain sikit dari menu yang biasa..
ada tak perasaan ..
terkilan sebab yang sorang tu tak dapat rasa sama sama...
dilema sungguh...
sedapnya roti jala teringin pulak tengok pagi2 ni.
ReplyDeletesedapnya menu..nyum nyum!
ReplyDeleteCantiknya roti jala MY, nmpk halus & kemas 👍
ReplyDeleteSamalah, PH pun kalau kari Ayam/dgg kena ada kentang. Bendi geng dgn ikan :)
sedapnya yan
ReplyDeletewahhhh cantik kejadiannya MY, dana ni jugak la yang buat roti jala jadi kain gombal hahahah
ReplyDeleteUishhh..Sedap nih
ReplyDeleteWah, kalau hidangan begini memang lamalah saya mengadapnya, tambah kuah bagi banjir roti jalanya.
ReplyDeleteCantik kejadian roti jalanya kak Yan. Betul betul, becinta nak masak daging ni. Lama! Untung juga ada noxxa pressure cooker. Ye lah kan, mesti terkenang anak yang tak ada. Entah makan apa lah agaknya dia.
ReplyDeletecantik kejadian roti jala tu. halus je nampak.
ReplyDeleteLM kalau daging biasanya 20 min campak noxxa. kalau dah hiris 15 je . pernah dapat lembu tua kot, 30 min pun liat lagi. haha
Lihat ini JD teringin roti jala 😍😍😍. Tak ingat kapan terakhir makan. Tp biasanya saya pesan dari teman yg pandai buat. Kari dia khas kari Aceh yg full rempah. Soalnya orang Jawa sini kalo buat kari tak bisa macam kari Sumatra 🤭. Kari mereka beda.
ReplyDeletesedapnyaaa roti jala. dy x kesah kati ayam.ke daging ke kuah serawa durian ke... janji sedap😁
ReplyDeletehari ni je dah 2 blog ammi nampak roti jala. sesuatu sangattt.
ReplyDeletekalau ammi pulak jarang sangat masak kari daging, biasanya kari kambing or ayam. daging biasanya buat masak goreng-gorengan je