Bila takde apa nak tulis sebab takde ke mana mana,
Takde apa yang menarik nak dikongsi,
Memang selalunya MY akan buat entry masak masak,
Resepi biasanya cilok aje dari mana-mana blog atau majalah resipi.
Walaupun begitu,
Biasanya Mama Yan akan cuba buat sendiri dulu untuk dapatkan gambar sendiri.
Kalau tak sempat cuba,
Mama Yan beritahu yang resipi tu MY copy & paste sahaja dari mana dari mana,
Gambar pun, kalau tak mampu nak hasilkan sendiri,
Wajiblah bagitahu kita ambil gambar tu dari mana..
Memang tak bagus kalau plagiat hasil kerja orang,
Lepas tu, mengaku kita yang masak.
Walaupun sekadar kuih kodok pisang,
Tetap tak elok,
Apalagi kalau plagiat hasil kerja sesama blogger.
Berbeza kalau kita ambil resipi dari blog lain,
Kemudian cuba resipi tu,
Lepas tu tulis dalam blog kita,
Letak gambar masakan kita sendiri,
Barulah betul caranya.
Mama Yan selalu masak yang simple dan cepat disediakan,
Sebab utamanya Mama Yan ni pemalas.. hihihi…
Masak pun janji boleh buat makan aje.
Untuk makan malam kali ni,
MY masak sambal sotong je.
Makanan biasa biasa,
Sotongnya pun sikit aje,
Sotong kalau pasar Pontian tu,
Memang geram tengok,
Nampak segar dan dalam saiz sederhana.
Mama Yan tak berapa suka sotong yang besar besar sangat tu,
Selain rasanya agak liat,
Harganya juga agak ‘keras’.
Jadi sotong yang menarik hati MY yang saiz sedang aje..
Resepi Sambal Tumis Sotong
Bahan-bahan:
1/2 kg sotong - potong bulat
2 biji bawang
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2 sudu besar cili boh atau cili kering yang dikisar
2 sudu kecil gula
2 asam keping
Gula
Garam
Ajinomoto (serbuk MSG)
Minyak untuk menumis
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang besar, halia dan bawang putih.
Panaskan minyak masak. Taruk serai. Tumis bahan kisar sampai wangi.
Masukkan cili kisar. Biarkan sampai betul-betul garing.
Perasakan dengan garam, gula, asam keping dan serbuk perasa.
Masukkan sotong. Jangan tambah air.
Gaul sampai sotong masak...syiappp...
Toskan air sotong dalam penapis.
MY selalunya rendam sotong dalam air panas untuk buang air sotong tu.
Bila air tu dah agak suam, baru toskan.
Hari ni harga sekilogram sotong ni ialah RM40.90
Hah engko…
Terpukang sebatang serai dalam kuali.
Kuali dah buruk pula tu.
Ahh,..tak kira..
Nak juga pakai kuali buruk ni…
Korang jangan nak selek sangat eh…
Tengku Ampuan Pahang pakai kuali buruk korang kata sedap masak pakai kuali lejen,
Kalau bloggers sendu pakai kuali buruk…
Selekeh la, jakun la, bawak bawak la tukar kuali, yada yada yada…
waduhhhh lapar terus sy tgk sambal sotong niiiii
ReplyDeleteKuali buruklah yang banyak jasa.
ReplyDeleteMakin lama dipakai, makin sedap hasil masakannya.
Sayang buang air sotong tu. Air tu lah perasa tambahan dalam sambal.
ReplyDeleteKadang² buat cara sama MY juga .. kadang campak juga dalam sambal
ReplyDeleteSedap nih =D
ReplyDeletesuka menu ni...makan ngan nasi panas2 letak kicap...yummyyyy
ReplyDeleteAkak suka sambal sotong tapi kena stop dulu sampai la lepas 9 Nov nanti...nak check kolestrol..asyik meninggi je..hahaha
ReplyDelete