Simptom dan tanda kencing manis - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, October 19, 2024

Simptom dan tanda kencing manis


Mama Yan mula didiagnos sebagai pesakit kencing manis Jenis 2 sekitar tahun 2020. 
Oh ya, kencing manis atau Diabetes ni takde tahap 12345..
dia ada jenis 1 dan jenis 2

diabetes type

Jenis 1 tu berpunca dari tindak balas auto imun di mana sistem imun menyerang sel-sel diri sendiri. 
Tindak balas ini merosakkan sel-sel pankreas yang menghasilkan insulin.
pesakit diabetes type 1 perlu bergantung kepada insulin sepanjang hayat.

Jenis 2 pula yang biasanya disebabkan oleh gaya hidup.
Ni macam yang MY kena ni lah.

Berdasarkan pengalaman MY,
Masa mula mula kena dan belum pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan,
Adalah beberapa tanda-tanda nya..

Antara tanda tanda kencing manis ialah:


1. Sering buang air kecil, lebih lebih lagi waktu malam.
Sebelum tidur dah dua kali pergi toilet.
Dah tidur pula,
Asyik terbangun je nak terkucil.
Tidur pukul 11, pukul 12 dah bangun pergi toilet,
Pukul 2 pagi bangun lagi, 
pukul 4 bangun lagi..

2. Rasa haus berlebihan , 
Kebetulan masa tu musim panas dan bulan puasa,
Memang nak sampai ke petang tu rasa haus dan penat yang teruk sangat.
Dah macam budak darjah satu baru belajar puasa.

3. Kebas dan kesemutan pada tangan atau kaki.
Tengah tidur pun kadang kadang tersedar sebab tangan rasa kebas.

4. Selalu mimpi ngeri
Masa tu MY kerap sangat mimpi yang ngeri.
Sampai meracau, mengigau dan menjerit dalam tidur.
Alhamdulillah lepas makan ubat dan gula mula terkawal,
dah takde lagi mimpi pelik pelik

5. Luka lambat sembuh
jari Mama Yan tercucuk duri pokok aloe vera je..
Sampai berminggu minggu tak baik dan siap bernanah pula tu.

Ada lagi beberapa tanda awal yang biasa bagi pesakit kencing manis ni seperti kulit menjadi gelap,
gatal gatal pada kulit, jangkitan kulat (fungus), gatal gatal pada kemaluan, penglihatan kabur serta cepat penat.
Tapi MY ada lima tanda tu aje.
   
Selepas semua tanda-tanda tu wujud,
Masa pergi klinik untuk darah tinggi,
terus MY bagitahu doktor nak buat ujian untuk kencing manis pula..

Perkara pertama yang kita bila kita tahu ada sakit ni,
cari maklumat pemakanan.
Apa yang perlu dikawal,
apa yang boleh dimakan,
apa yang perlu dipotong sama sekali.

Kemudian, makan ubat dengan teratur.
Tapi masa awal awal MY diagnosed, memang susah nak makan ubat pada waktunya
berplastik plastik ubat tak habis dimakan.
Badan pun baru nak biasa dengan ubat,
sembelit la..
sakit dada lah...
stress tu dah tentu sebab kita macam ada satu rasa menafikan..
ada rasa taknak makan ubat tu,
rasa masih sihat...
Tapi, bila check up,
semua makin naik..
Tak pasal doktor tambah dos ubat.
cari pasal betullah.

slow slow MY habiskan ubat...
Ambil ubat di kaunter ikut keperluan sahaja.
Farmasis tak judge pun.. kita nak ambil ke,
taknak ambil ke,
Stok ubat yang ada tu MY habiskan dulu...

Alhamdulillah.. sekarang makin terkawal..
Dah takde dah kerap bangun tengah malam untuk buang air kecil.
Orang kata kencing manis boleh buat berat turun,
Tapi itu tidak dengan Mama Yan eh...
Masih kekal selama beberapa tahun ni.. berat badan yang sama...hahaha...



6 comments:

  1. Terima kasih MY.
    Berguna untuk saya ni sebab umur pun dah meningkat. Kena ambil langkah berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  2. Info yg berguna utk diambil langkah berjaga². Bagus MY berdisiplin ambil ubat sehingga simptom yg dialami hilang.

    ReplyDelete
  3. saya rasa saya pun dah kena buat medical checkup untuk check penyakit 3 serangkai ni

    ReplyDelete
  4. oh ya ke?
    mimpi pun ada kaitan juga ya dengan penyakit ni?
    seram pula saya dengar...

    ReplyDelete
  5. Thank you sharingnya kak. Reminder juga buat saya utk menjaga pola hidup lebih sehat. Usia dah 40++++++ 🤣. Tak bisa lagi makan seenaknya. Beberapa simptom di atas saya pernah baca. Teman saya pun ada yg kena diabetes tipe 1. Gula nya sampai 400 saat itu. Tapi dah tak ada orang nya. Seusia saya juga padahal. Krn dia juga saya mulai jaga hidup sehat.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad