Hari Rabu minggu lepas Mama Yan ada temujanji di Klinik Kesihatan.
Temujanji apa?
Ala.. temujanji buku hijau MY ni la,
untuk penyakit diabetes mellitus, Darah tinggi dan kolestrol.
Biasa kalau kat klinik mesti tekanan darah MY naik sekitar 140/100.
Nanti doktor akan bagi ceramah panjang lebar.
Padahal MY cek sendiri elok aje,
Taklah tinggi sangat pun.
Kiranya paras normal ajela.
Kali ni Mama yan ambil gambar selfie dulu dengan blood pressure monitor sebagai bukti.
MY juga ambil gambar bp monitor untuk tujuh hari punya bacaan.
sebab doktor tak percaya bacaan MY normal je tiap tiap hari.
Kemudian review pula result darah Mama Yan masa bulan 8 hari tu.
Tapi makmal tertinggal satu ujian,
tak buat Hba1C..
Bulan depan kena datang lagi ambil darah untuk Hba1C.
Jom review sama sama...
Memandangkan doktor kata result darah MY okay..
jadi kita jumpa doktor lagi empat bulan, kata doktor.
FSL tu singkatan kepada Fasting Serum Lipid,
iaitu ujian darah yang dijalankan untuk mengukur tahap lipid (lemak) dalam darah.
TC - Total Cholesterol
Jumlah keseluruhan kolestrol dalam darah.
Paras normal : kurang dari 5.2 mmol/L
TG - Trigleserida
Sejenis lemak dalam darah yang juga boleh meningkatkan risiko sakit jantung jika paras tinggi
Paras normal : Kurang dari 1.7 mmol/L
LDL - Low density Lipoprotein
Selalaunya dikenali dengan kolestrol jahat kerana paras yang tinggi boleh menyebabkan plak terbentuk dalam arteri
Paras optimal : Kurang dari 2.6 mmol/L
HDL - High Density Lipoprotein
Dikenali sebagai kolestrol baik kerana membantu menghilangkan koletrol dari arteri
Paras normal wanita : lebih tinggi dari 1.3 mmol/L
Paras normal lelaki : lebih tingg dari 1.0 mmol/L
Ujian FSL ni penting untuk penilaian risiko serangan jantung kepada pesakit diabetes dan darah tinggi.
tapi kalau takde sakit kencing manis dan darah tinggi pun,
elok juga check paras kolestrol,
Mana tahu rupanya ada risiko,
tapi sebab tak pernah buat pemeriksaan,
alih alih stroke la..
heart attack la..
Creatinine yang bacaan dia 46.7 tu pula,
ujian darah untuk menilai fungsi buah pinggang.
tahap creatinine yang tinggi dalam darah mungking indikator bahawa buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.
Bacaan creatinine normal untuk wanita dewasa adalah sekitar 53 hingga 97mol/L
Last sekali eGFR - Estimated Glomerular Filtration Rate
anggaran Kadar penapisan Glomerulus yang juga digunakan untuk menilai fungsi buah pinggang.
Ujian ini menganggarkan keupayaan buah pinggang menapis bahan buangan dari darah melalui glomeruli,
iaitu nama bagi penapis kecil dalam buah pinggang.
Bacaan normal bagi eGFR ialah 90ml/min.
Kalau bacaan 15 ke bawah, tu dah sakit buah pinggang kronik
Ujian eGFR adalah sangat penting dalam mendiagnosis dan pemantauan penyakit buah pinggang
kerana ia membantu menentukan tahap dan perkembangan penyakit itu.
Ujian ini akan dibuat secara berkala bagi semua pesakit darah tinggi dan kencing manis.
Ujian juga akan dijalankan kalau baru tukar dos ubat,
sama ada tukar jenis ubat atau menambah dos pengambilan,
Doktor akan memantau keadaan buah pinggang selepas sebulan pengambilan ubat tersebut.
Stok jajan untuk sebulan..
butter cracker tu bekal sebab tak sempat sarapan pagi.
takut gula drop kat klinik pula..
bawa la biskut.
tapi alhamdulillah, baik baik aje semuanya.
banyak ubatan tu. semoga diberi kesihatan yang baik2 aje.
ReplyDeleteSemoga diberi kesihatan yg baik buat MY. Risau jugak kita yg tak pernah buat pemeriksaan kesihatan ni, takut tiba2 kena macam MY cakap tu.
ReplyDeleteSemoga semuanya ok ok aje utk sis =D
ReplyDeletesemoga sihat2 selalu MY...
ReplyDeletelinda yang tak pernah full body chekup nie, risau...
Alhamdulillah semua nampak baik. eGFR pun atas dari 90, means penyakit kencing manis tu belum affect buah pinggang MY lagi. Semoga terus sihat ye MY.
ReplyDeletePokcik, bila cek darah kat hospital mesti naik darah.. kat rumah ok jer.... biasanya misi minta rehat lebih kurang lima minit.. cek balik darah dah ok..
ReplyDeleteJangan lupa makan jajan klinik ikut jadual dan sukatan
ReplyDeleteMoga allah kurniakan kesihatan yang baik buat mama yan.
ReplyDeletebanyak jajan...ammi takat ni alhamdulillah baru satu je untuk darah tinggi. harap2 satu tu jelah jajannya
ReplyDeleteSehat-sehat buat kita semua ya😊
ReplyDeleteBanyak jajan..akak next kena pi 9/11 nanti...harap2 turun la kolestrol sikit...sebenarnya takde la tinggi pun tapi kolesterol jahat tu yang nakal sangat
ReplyDelete