Tajuk Filem: B&B Merry
Genre : Komedi Romantik
Penulis : Hayley Car
Pengarah : Paula Elle
Pelakon:
Jen Lilley sebagai Tracey Moore
Jesse Hutch sebagai Graham Cooper
Filem ini mengisahkan Tracey Moore,
yang merupakan seorang travel blogger dan Graham Cooper yang menguruskan sebuah rumah inap desa,
yang bernama Bed & Breakfast,
di sebuah daerah kecil yang terletak di Silver Peak, Vermont.
Graham dan ibunya Sarah, menjemput Tracey dan teman lelakinya untuk percutian romantik sempena cuti Hari Krismas.
sebenarnya pada masa yang sama,
Tracey juga menerima jemputan dari sebuah majalah liburan dan pelancongan mewah untuk mengulas sebuah hotel di daerah tersebut.
Sesampainya di Vermont,
teman lelaki Tracey memutuskan hubungan mereka.
Setelah tinggal di inap desa tersebut,
Tracey mengetahui yang Graham dan ibunya sedang berdepan kesukaran akibat persaingan dengan dengan hotel yang lebih besar dan mewah.
Kemudian Tracey dan Graham merancang mengadakan kembali majlis tari menari yang dahulunya merupakan tradisi masyarakat di sana.
Ketika Tracey sedang bercakap di telefon bersama CEO Majalah Luxe Voyage,
Graham terdengar kata kata Tracey yang agak sinis pada pendengarannya.
Mereka berdua bergaduh dan Tracey terus ke Hotel Park View.
Namun apabila sampai ke sana,
suasana hotel dan rumah inap desa adalah sangat jauh berbeza.
Ini membuatkan Tracey merasakan adanya sesuatu antara dia dan Graham.
Akhirnya, Tracey kembali ke rumah inap B&B pada malam majlis tari menari.
Filem ini membawa suasana hangat dengan tema komuniti, cinta, dan peluang kedua.
Best juga tengok cerita raya orang putih ni.
Takde nak sedih sedih..
happy ending..
Hensemnya hero
ReplyDeleteKalau movie komedi romantik memang best kan. Boleh tengok ni nanti.
ReplyDeleteKalo dah jelang Christmas saya sukaaaa menonton film2 Hollywood ini. Krn memang cerita movie natal mereka selalu menarik, happy, dan macam buat hangat juga . ❤️.nanti nak juga nonton movie ini lah
ReplyDelete