Lama tak menulis di blog ni atas sebab kekangan masa.
Hari ni MY gunakan beberapa minit untuk menulis sebaris dua kata kata untuk memastikan blog ni terus bernyawa.
Oh ya.. hari ni Mama Yan ada kursus atas talian..
Kursus E-Invoice ye teman-teman sekalian..
Tahun depan kita semua dah nak gunakan E-Invoice,
Tapi Mama Yan masih blur dengan cara nak applu E-Invoice ni..
So, marilah kita belajar dan terus belajar.
Belajar pun,takde yang percuma ya..
Semua ada kosnya.
Mujurlah Mama Yan jumpa kursus yang agak murah...
Hari ni juga MY rasmikan mouse yang baru dibeli.
Saja beli sebab nak guna desktop dan laptop serentak..
Eh.. desktop tak hidup pulak..
Pastu, mouse yang selalu guna dengan laptop ni pun meragam juga..
Adeiii...
Si guna ajelah mouse ni dengan laptop.
Desktop lama tu nanti hantar servis.
Canggih mouse zaman sekarang,
tak pakai bateri sel kering saiz A atau AA lagi dah..
Main cas aje guna charger handphone tu.
boleh guna USB dan juga boleh guna bluetooth...
Belum sempat cucuk USB nya..
eh..dah boleh guna...
rupanya dia dapat detect bluetooth laptop MY.
Tinggal nak klik 'pair' saja..
Saiz dia...
tersangatla nipis.
Teringat pula tetikus zaman dulu..
siap kena bersihkan bebola dia daripada habuk...
Ni tulisan pada kotak tu.
Warna pun ada banyak..
tapi malas nak fancy fancy..
amik je warna hitam.
Harga?
Harganya tidak sampai RM10 pun,
Cuma RM 7.43 sahaja tidak termasuk kos penghantaran..
Beli di Shopee la..
Malas MY nak pergi kedai komputer..
Susah kemain nak pergi..
Masalah parking ni memang masalah besar bagi Mama Yan..
Kalau suami hantarkan takpe,
MY turun, suami tunggu dalam kereta je..
Tak payah susah-susah nak cari parking,
tapi kalau suami tak dapat hantar, memang masalah besar tu..
sebab MY tak berapa pandai masuk parking...
Tak lama lagi,
bateri sel kering pun payah nak cari sebab slow slow sebab perkakasan elektronik banyak yang guna charge aje.
Okaylah waktu rehat pun dah habis..
Meh la kita sambung semula kursus...
semoga kursus Mama Yan hari ini beroleh ilmu yang bermanfaat...
Aminnn
Canggun betul tikus sekarang.
ReplyDeleteHarga pun tak le mahal.
Semoga bekerja keras mouse nya
ReplyDeleteSalam kak boleh share kursus E-invoice tu tak...email saya artsueann@gmail.com
ReplyDeleteSelamat bermouse baharu guna bluetooth.
ReplyDelete