Sarapan di Tea Garden , Taman Impian Emas - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 27, 2024

Sarapan di Tea Garden , Taman Impian Emas


Minggu lepas Mama Yan bawa Mijan pergi terapi cara kerja di Taman Impian Emas.
Sampai terawal sikit.
So bawa la Mijan pergi sarapan dulu.
Kalau dengan suami selalu kami pergi kedai mamak je.
Tapi hari tu,
suami tak dapat hantar sebab ada meeting,
MY berdua ajelah dengan Mijan.
Mama Yan heret la Mijan bawa pergi kopitiam moden ni..
tea Garden  ni tak jauh pun dari pusat terapi adik Mijan tu.

Tea Garden , Taman Impian Emas
Macam tu la muka dia bila kita tak bagi handphone ye..

Tea Garden , Taman Impian Emas
Mijan makan ayam goreng dan air coklat ais.
Dia tengah main handphone MY ayam dia sampai..
Kena minta handphone baik-baik cakap nak ambil gambar kejap.
Kemain lebar senyum, mood ada baik.


Mama Yan sarapan roti bakar dan kopi ais.
Diorang pakai mentega jenama apa ye..
MY bakar roti sendiri kat rumah,
Taruk mentega tak jadi cam gini pun rasa lemak masin mentega dia
Konsep restoran Tea  Garden ni,
Hampir hampir serupa dengan Old Town White Coffee..
Service pun cepat dan pantas..


Tea Garden , Taman Impian Emas
Air Mijan tak habis...
Bungkus la bawa masuk kereta.
Boleh la Mama Yan rudut sambil tunggu dia terapi.
Sambil tunggu Mijan siap terapi,
MY cuba buat live Tik Tok tau masa tu..
hahaha... berjaya bercakap sorang depan skrin camera.
hahaha

Lepas selesai sesi terapi,
On the way balik rumah,
Mama Yan bawa Mijan singgah pesta Convo UTM.
Cari anak sulung MY.. katanya ada aktiviti Geocaching anjuran UTM.
Dia wakil sekolah dia.
MY datang la nak bagi sokongan..
Dah siap rupanya..
Kalah dapat nombor 10 daripada 23 penyertaan..
hehehe...
Mijan beli apa di Pesta Konvo?
Beli kereta api Thomas & Friends..
ketika entry ini ditulis.. tinggal kepala Thomos aje seketul.. dah tak nampak bayang dah friends nya...
Begitulah ada seketul anak bertuah ye...
semoga Allah terus memberikan kami kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak untuk jaga Mijan... Aminn

 

9 comments:

  1. Cantik cawan, sayang pulak nak buang 😂
    Rudut tu apa Yan? 1st time dengar nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rudut bahasa pahang... maksudnya hirup sampai berbunyi sruupp gitu

      Delete
  2. Petang petang time hujan begini, terliur pulak tengok roti bakar tu…🤤

    ReplyDelete
  3. Cantiklah gambar pada cawan tea garden tu.

    ReplyDelete
  4. sedap kan roti bakar kedai entah pakai butter brand apa. kita buat sendiri tak sama rasa

    ReplyDelete
  5. Tuh laah kak. Saya pun kadang kalo makan di Kopitiam, roti nya memang enak. Pakai butter yg gurih Masin, tp pas buat sendiri tak bisa sama 🤣. Dah coba anchor butter pun tak sama rasanya

    ReplyDelete
  6. First time dengar perkataan rudut. Semoga MY sekeluarga dimurahkan rezeki seumpama air zam zam yang tidak henti mengalir dan dipermudahkan semua urusan bersama anakanda Mijan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad