Hari cuti tahun baru Cina hari tu,
Mama Yan dan suami balik ke Raub sekejap,
Balik berdua aje, anak anak tinggal semua.
Kami keluar dari rumah jam 5.30 pagi.
Singgah solat Subuh di Hentian Yong Peng.
Tak singgah sarapan pun.. kami beli roti aje di Petronas.
Sampai KL..
Terkejut tengok tengah bandar Kuala Lumpur tu lengang.
Tak banyak kenderaan macam selalu.
Tapi… keazaban bermula sebelum Tol Gombak sampai ke Lentang… kenderaan banyak sepanjang Lebuhraya KL-Karak.
Macam nak terbobos lantai kereta tu Mama Yan tekan, suami tekan brake, bini kat sebelah pun tekan juga… hahaha..
Aduhh.. stresss
Sampai Raub dalam pukul 11 lebih. Kami singgah dulu di Restoran Awiera Tomyam.
Tapi tidak la makan tomyam. Kami makan nasi minyak + rendang daging + ayam goreng + acar darat.
Lupa nak ambil gambar kerana nyaris kebuluran.. hahaha..
Nasi minyak dan ayam gorengnya… sedap sangat. Terus teringat anak anak…
Si Moq peminat sejati nasi minyak dan yang lain lain tu memang ada saka ayam goreng.
Sebab sedap dangat, kami bungkuskan untuk mak abah kat rumah.
Sampai rumah macam biasalah, terus capai penyapu.
Lap-lap dapur sikit, lepas tu gerak ke Johor semula pukul 2.30 petang.
Tak boleh lambat lambat, sebab anak semua tinggal kat rumah.
Alhamdulillah perjalanan pulang ke Johor selamat.
Cuma kat Seremban sampai Air Keroh la sesak sikit.
Kami berhenti rehat di R&R Pagoh dulu. Kena rehatkan enjin kereta dan luruskan pinggang.
Makan kentang wedges, kuih pau dan kekacangs aje.
Perjalanan diteruskan dan Alhamdulillah selamat sampai akhirnya.
Tak tahu la berapa lama mak Mama Yan nak duduk sini.
Kami okay je.. tapi abahnya ada lagi… mana boleh tinggal lama lama…hehehe.
Abah tak nak ikut sebab nanti takde orang bagi makan kucing.
Adik Mama Yan pun kerja.
Abah taknak tinggalkan sorang.. maklumla anak bongsu… hahaha…
Selalunya orang tua ni suka duduk rumah sendiri. Kita ajak ke rumah kita macam2 alasannya. Untung masih ada orang tua ya Yan....
ReplyDeleteAlhamdulillah... masih punya mak abah tempat mengadu
DeletePenat juga tu drive balik hari tu...
ReplyDeleteKL mmg lengang sbb ramai balik kampung.
tu lah..KL lengang, jalan keluar KL, jammed rabak
DeleteMemangnya kalau dari Johor ke Raub memang kena masuk KL & ikut Gombak ya, tak ada jalan lain? Maaf, tak tahu.. hihi. Adik Mijan ok ya kena tinggal?
ReplyDeleteAdik Mijan ok je kalau adik beradik semua tak ikut. Jalan ke Raub ada beberapa juga, tapi ikut KL la paling cepat
DeleteFuh..penat tu Yan balik hari je.
ReplyDeleteNdak jugak mak Yan ikut ke Johor walau abahnya tak ikut. Takpelah tak dapat lama pun, kita faham kebiasaan orang tua macam mana.
Mak memang nak sangat ke rumah anak anak, abah je yang tak suka ke mana mana
Deletehuhu, sedihnya babahnya tidak boleh ikut.. kalau tak boleh tinggal lama sedikit.. bawa sekali dengan si bulusnya
ReplyDeleteabah memang tak suka jalan ke mana mana
DeletePenat juga tu balik hari je Johor - Raub. Musim2 jem pulak ni.
ReplyDeleteboleh tahan la penat. pergi dan balik sangkut jammed
ReplyDeletePergi balik hari yerrr ..
ReplyDelete